Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Thursday, October 31, 2013

GST~Anwar Dah Jilat Ludah Sendiri, Mahfuz Bila Pula???


Dua hari lepas semasa perbahasan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim dengan gah mengumumkan pakatan pembangkang akan menentang perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atas alasan ia akan memberi kesan negatif pada rakyat berpendapatan rendah.

Untuk menonjolkan kesungguhannya dalam isu ini, Ketua Umum PKR itu mengugut untuk membuat bantahan dan himpunan di seluruh negara kerana menurutnya perlaksanaan GST adalah satu bentuk jenayah yang wajib di lawan secara berhabis-habisan.

Tengokkan pada respon keras sebegitu harus siapa sahaja akan merasakan pembangkang sudah muktamad menolak perlaksanaan GST 6% yang dicadangkan kerana lebih meyakini keberkesanan sistem cukai SST 16% (cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6%) yang digunakan sekarang.CJP aka GST By Anwar Ibrahim

Hari ini di Dewan Rakyat yang sama, tiba-tiba sahaja lidah Anwar berbelit 180 darjah sambil menjilat air ludah dan kahak sendiri mengakui bahawa perlaksanaan cukai GST memang cukup efisien.

Dalam masa dua hari saja Anwar boleh berubah nada dari keras menjadi selembut-lembutnya tentu membuatkan ramai penyokong PR pening kepala.

Semasa Bajet 2014 mahu dibentang tempohari, ramai yang masih ingat sekelompok balaci PAS diketuai Mahfuz Omar terjerit-jerit membantah GST. Sekarang dengan Anwar sudah menjilat kembali ludahnya, penulis tertanya-tanya kot-kot Mahfuz pun bersedia makan muntah sendiri.

Kenapa dan mengapa Anwar berubah nada tak sukar untuk difahami andainya kita semua maklum semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dulu dia pernah membawa cadangan ke Dewan Rakyat untuk menukar sistem cukai SST kepada Cukai Jualan & perkhidmatan (CJP) dengan kadar cukai kurang dari 10%.

Waktu itu pendapatan rakyat rata-ratanya masih agak rendah berbanding sekarang, namun soal pendapatan tak pernah jadi isu pun pada Anwar untuk membawa cadangan tersebut.

Tapi hari ini perihal pendapatan rakyat dijadikan syarat pula sebelum perlaksanaan GST. Anwar lupa kebanyakan barangan yang kita beli sekarang tetap tersembunyi cukai jualan 10% dan hanya cukai perkhidmatan 6% yang kelihatan pada resit yang diterima. Tiada pun rakyat yang terjejas disebabkannya meskipun kadar cukainya lebih tinggi dari GST yang cuma 6% sahaja.

CJP atau pun GST maksud dan matlamatnya lebih kurang sama dimana cukai jualan dan cukai perkhidmatan digabungkan dan nilai cukai dikurangkan dari 10% + 6% (16%) kepada kurang dari 10%. Yang membezakan CJP dan GST, satu berbahasa Melayu dan satu lagi berbahasa Inggeris

Namun matlamat dan tujuan akhirnya juga sama untuk menggantikan sistem SST yang mempunyai banyak kelemahan seterusnya memastikan kutipan cukai lebih sistematik, menyeluruh tetapi tidak membebankan rakyat.

Kesimpulannya, cakap-cakap kononnya GST menindas dan membebankan rakyat hanyalah satu illusi, ia bukan cukai baru sebaliknya pertukaran sistem pungutan cukai semata-mata. Yang buat kalut ribut cuma pembangkang kerana melihat kerumitan isu ini sebagai peluang untuk dimanipulasi demi kepentingan politik, itu sahaja.

-Kak Yong Shariena V

Wednesday, October 30, 2013

Hairie Othman Menyesal Masuk PAS..

“Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

Pelakon Hairie Othman tidak mahu lagi terlibat dengan apa-apa acara politik pembangkang, malah tidak terlibat dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah.
Jelas, Hairie tak senasib dengan Abby dan jelas juga Hairie menyesal masuk PAS..

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.
Nasib baiklah Hairie menyesal masuk PAS daripada menyesal jadi artis macam Abby Ababi tu..

Tuesday, October 29, 2013

Confirm Sekutu PAS Mengelabah Nasharudin Mat Isa Join Najib


KETIKA PAS SIBUK MENDABIK DADA KONONNYA PERJUANGKAN ISLAM, NAJIB ABDUL RAZAK UTUS NASHARUDDIN MAT ISA KETUAI PASUKAN JIHAD TENTANG COMANGO DI GENEVA!!!

PAS akan mengangguk dan akan mencari-cari dalil untuk membenarkan tuntutan COMANGO di PBB. Walaupun tidak menyatakannya secara berterus-terang, PAS berada di belakang tuntutan agar elemen-elemen berkenaan dibenarkan di Malaysia.

Berbeza pula dengan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia yang menyedari bahayanya tuntutan tersebut sekiranya dipaksa pakai di negara ini oleh PBB. Tidak sahaja kerosakan generasi muda akan berlaku, bahkan Islam akan diinjak-injak dengan penuh kehinaan oleh golongan berkenaan yang semakin ramai dan membiak subur di Malaysia.

Justeru, satu pasukan JIHAD telah dihantar ke Geneva untuk menyanggah tuntutan tersebut di mana salah seorang ahlinya adalah NASHARUDDIN MAT ISA, bekas Timbalan Presiden PAS yang amat dibenci oleh golongan Anwarinas dan DAPigs.

Nasharuddin Mat Isa atau Ustaz Nasha mengetuai pasukan tersebut untuk memastikan PBB tidak menurunkan UPR ke atas Malaysia yang akan memberi pelbagai kesan jangka panjang terutama sekali dalam hal yang membabitkan perdagangan dan ekonomi.

Dikhabarkan bahawa pasukan tersebut pada mulanya telah gagal dalam Pusingan Pertama apabila panel enggan mendengar atau bertemu dengan mereka. Bagaimanapun pada Pusingan Kedua, ada khabar positif walaupun pada masa yang sama, PKR menerusi pemimpin-pemimpin mereka yang berlagak keIslaman seperti Nurul Izzah sedang meracuni pemikiran umat Islam agar menyokong tuntutan COMANGO.

Semoga pasukan JIHAD yang diketuai oleh Ustaz Nasha memperolehi kemenangan di Geneva. Malaysia perlu dipertahankan daripada dimasuki nilai-nilai yang telah meruntuhkan ketamadunan dan nilai-nilai kemanusiaan.

Sunday, October 27, 2013

BONGKAR!!! Rahsia Kerjaya Ahli PAS Musim Pilihanraya



Tips dan cara PAS mengajar rakyatnya berkerja tanpa susah payah..Hidup senang cara PAS. Hidup hanya perlu beribadat je.. Cakap tipu bohong semua ni hanya sunat bagi mereka.

Ada sapa-sapa nak kaya cara mudah tak perlu kerja lebih? Tak perlu kerja sehingga lapan jam sehari, tak perlu modal besar, tak perlu berpelajaran tinggi, modal kecil pendapatan boleh mencecah hingga enam ke tujuh angka..tak percaya?..

Senang dan mudah je..Apa yang diperlukan hanya sediakan sehelai jubah, kopiah mahupun serban atau tasbih, jika boleh bela janggut sikit, tin milo kosong, beg plastik atau jika nak dapat lebih bawa guni plastik, jangan lupa sebatang marker pen dan sekeping manila kad sebarang warna, tapi lebih baik lagi jika berwarna hijau.. Jika semua dah tersedia pergi ke komplek membeli belah, tempat-tempat awam atau sebarang majlis keramaian..

Pakailah jubah dengan kelengkapan lainnya, tulis kat kertas manila kad menggunakan marker pen besar-besar ayat "Derma itu Jihad". Pasti ramai yang menghulurkan derma seringgit, lima ringgit sehingga ada yang menderma sehingga beratus dan tidak mustahil sehingga beribu jika rajin lakukan setiap hari. 
 
Tidak mustahil hasilnya boleh mencecah sehingga enam ke tujuh angka sebulan..Tak caya cubalah sendiri.. Kerana kerjaya inilah yang dilakukan oleh juak-juak PAS yang daif dalam mencari pekerjaan..Tak percaya pergilah ke Sg. Limau sekarang..pasti korang akan bertemu jawapannya


.

Sunday, October 20, 2013

3 Yang Tewas Beri Ruang Akar Umbi Bernafas Lega...

Negeri Sembilan kini menonjolkan 3 muka baru dalam kepimpinan UMNO Bahagian apabila pemilihan yang yang dibuat membuktikan akar umbi menyokong transformasi kepimpinan UMNO.OKC nak menyingkap kekalahan 3 calon yang telah mencuba untuk pertahankan kedudukan tetapi nasib tidak menyebelahi kerana salah diri sendiri.


JEMPOL - Kekalahan Datuk Lilah Yasin memang sudah dijangka awal kerana isu orang-orang kuatnya yang amat menjengkelkan akar umbi dari banyak Cawangan yang betul-betul tidak puas hati dengan corak layanan dan kepimpinan kumpulan Lilah Yasin yang dilihat juga makin tidak relevan semenjak sebelum PRU13 lagi..Namun, kesedaran pengundi dan ahli dalam memartabatkan bangsa dan parti UMNO yang tercinta, kemenangan diberi pada wakil rakyat UMNO/BN pada PRU13 lalu atas alasan demi parti.

Namun, hakikat yang sebenar kekeluhan ahli akar umbi dan anak muda Jempol, menidakkan kepimpinan Lilah Yasin yang makin tersasar dan tidak relevan hanya disebabkan askar barisan Lilah sendiri yang sombong, korup dan lupa pada perjuangan dan tanggungjawab pada rakyat, khususnya orang-orang kampung.

Atas desakan itu, Datuk Hj Salim Sharif, diberi mandat oleh perwakilan untuk membawa transformasi UMNO Jempol dan berharap barisan kepimpinan UMNO Bahagian Jempol, dari Ketua, Timbalan hinggalah kepada AJK Bahagian tidaklah hendaknya bersikap gampang seperti barisan kepimpinan puak Lilah Yasin...

SEREMBAN - Jatuh tersungkur akhirnya Datuk Ishak Ismail a.k.a Tok Sahak, apabila Hj Abu Ubaidah Redza dengan mudah mendapat mandat dari ahli yang sememmangnya sudah rimas, lemas dan menyampah dengan keegoan, kebiadapan serta kebongkakan Tok Sahak selama menjadi Ketua Bahagian yang mempamerkan UMNO Bahagian Seremban berprestasi malap dan bungkur dengan kekalahan demi kekalahan dalam PRU..

Tok Sahak juga melondehkan kesilapan sendiri dengan kenyataan yang menyinggung sesama ahli. Justeru, Tok Sahak juga dibelenggu dengan pelbagai isu skandal  tanah yang memboroi seperti perutnya. Azab seksa orang-orang Lenggeng dan Pantai khususnya kini terburai dan melegakan apabila dinasti kepimpinan Tok Sahak yang gerila itu disemadikan oleh Abu Ubaidah yang juga ADUN Ampangan.

Mungkin ramai yang akan berpendapat Tok Sahak kalah disebabkan aura Menteri Besar yang boleh menjahanamkan kebangkitan Tok Sahak, namun...hakikatnya bukanlah disebabkan oleh MB ataupun sesiapa tetapi kekalahan Tok Sahak disebabkan balasan Allah atas apa yang telah dilakukan sepanjang menjadi Ketua Bahagian UMNO Seremban selama ini.

Mulut-mulut ahli yang dikunci rapi kini telah dibuka oleh Abu Ubaidah. Suara ahli akar umbi orang-orang Pantai kini bebas berkumandang bagi memantapkan lagi parti..Telahan OKC juga mungkin sama seperti Datuk Lilah Yasin, di mana kemenangan BN di DUN Lenggeng atas dasar sayangkan parti, sayangkan tanah tumpah darah..bukan kerana sayangkan Tok Sahak 'Kain Palekat' tu..

JELEBU - OKC tak mahu mengulas lebih tentang dua jagoan bagi orang-orang Jelebu ni kerana masing-masing mempunyai kredibiliti tersendiri dalam mencari pengaruh. Seperti sedia maklum, Datuk Jalaludin Alias adalah Timbalan Ketua UMNO sebelum ini, makanya tidak hairanlah kemenangan dalam merebut jawatan Ketua di Bahagian Jelebu kerana ianya lebih kepada tradisi dimana peralihan kuasa dari 'otai' yang makin dimamah usia.

Zainuddin Ismail juga punyai 'team' sendiri namun pengaruh 'abang besar' di Jelebu ini mungkin melebihi segalanya untuk memberi ruang mudah kepada Jalaluddin.

Mungkin ramai yang tahu, Jalaluddin adalah 'team' Rais Yatim. Tidak hairanlah mandat boleh diberi..Kalau tak, takde lah Rais nak memenatkan badan membantu Jalaluddin dalam PRU13 lalu berbanding Zainuddin.

Apapun telahannya, inilah kupasan OKC yang menyimpan buah mulut ahli-ahli ynng selama ini mengharapkan perubahan yang lebih telus dan dapat seorang ketua yang jujur dan tak sombong..

Saturday, October 19, 2013

Confirm!! Selesai Mesyuarat Mukhriz Saman The Malaysian Insider

Confirm habis je persidangan Pemilihan UMNO Bahagian nanti..Mukhriz akan menyaman The Malaysian Insider..Saman jangan saman...Portal pembohong, yang menjadi kudis dunia media hari ini..OKC tak sabar jugak nak tengok Menteri KDN saman Malaysiakini pulak..

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya tuduhan portal propembangkang, The Malaysian Insider kononnya beliau mengamalkan politik wang menjelang saat-saat akhir kempen pemilihan parti.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kedah mendesak The Malaysian Insider supaya menarik balik artikel fitnah tersebut dan memohon maaf kepadanya secara terbuka sebelum pukul 10 pagi ini (Sabtu) atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

"Ini satu perbuatan berniat jahat yang bertujuan mencemar reputasi saya. Saya tidak pernah mengamalkan politik wang dalam karier politik saya. Sebaliknya saya penentang keras amalan politik wang. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan The Malaysian Insider.

"Saya beri tempoh sehingga pukul 10 pagi kepada portal tersebut tarik balik artikel dan mohon maaf secara terbuka kepada saya. Jika tidak tindakan undang-undang akan diambil," katanya.

Friday, October 18, 2013

Wawancara Khas MBNS: #MohamadHjHasanMBNS4MKT@vote40

Beliau tewas dalam usaha merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan UMNO 2009 dan mencuba nasib kali kedua dalam pemilihan parti kali ini.

Pemimpin dimaksudkan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau.

Walaupun beliau layak berada dalam mesyuarat MT atas kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, namun statusnya sebagai ‘turut hadir’ dan perlu ‘meminta izin’ Presiden jika hendak menyuarakan pandangan dan idea dianggap agak mengehadkan peranannya membantu mengukuhkan parti.

Ikuti pandangan dan harapan calon MT nombor 40, Datuk Seri Mohammad Hassan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau mengenai pendiriannya bertanding jawatan MT kali ini.

S: Datuk Seri pernah mencuba nasib bertanding dalam pemilihan UMNO 2008 tetapi tewas. Apa yang mendorong Datuk Seri bertanding kali ini?

J: Saya menawarkan diri bertanding jawatan MT bagi membolehkan saya dapat bersama-sama menyokong dan membantu kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Razak sama ada dalam politik atau pentadbiran.

Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, saya merasakan berada dalam MT akan membuka ruang lebih luas dan kukuh bagi saya memberikan sumbangan kepada parti dan dapat membawa suara dari dan kepada akar umbi.

Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ibarat jambatan. Kiita boleh menjadi jambatan membawa apa saja pesanan, hasrat dan dasar Presiden kepada akar umbi di Bahagian semasa mesyuarat perhubungan negeri.

Jambatan dua hala ini juga membolehkan saya membawa apa saja pandangan dan cadangan serta masalah di peringkat akar umbi untuk kita bawa, bincangkan dan bentangkan dalam MT. Maka, berasaskan kepada ada fungsi itu, saya menawarkan diri kali ini untuk bertanding sebagai calon MT.

S: Ada cadangan dan pandangan daripada pemimpin UMNO supaya Menteri Besar tidak perlu bertanding merebut jawatan MT kerana mereka lazimnya turut serta dalam mesyuarat MT. Apa pandangan Datuk Seri?

J: Memang betul Menteri Besar hadir dalam mesyuarat MT tetapi kita dijemput. Hendak bercakap perlu minta izin Presiden. Akan tetapi jika kita Ahli MT, salurannya lebih terus.

Kalau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjadi Ahli MT, ia boleh membantu mengukuhkan Presiden. Itu pandangan saya. Persoalannya bukan sekadar hadir, tetapi apa peranan kita hendak memperkukuhkan parti.

Presiden adalah satu institusi dan ia perlu dipertahan dan diperkukuh. Kalau entah siapa-siapa bertanding nanti, Presiden juga yang susah. Presiden perlu kumpulan yang boleh memberi sumbangan, sokongan dan dokongan kepadanya untuk memperkukuhkan parti ini. Saya lihat ketika bertanding pada 2008, saya tidak ada apa-apa sangat dan tidak keluar (kempen) sangat.

Kali ini saya keluar juga kerana saya hendak UMNO kuat dan kukuh serta bersedia mulai dari sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Besar kemungkinan kita (UMNO) akan berseorangan. Apa juga kemungkinan itu, UMNO mesti menerokainya dan jangan menganggap perkara itu mustahil berlaku.

Kita kena teroka. Kalau kita berseorangan dalam PRU-14, apa perlu kita buat. Kalau masih bersama, apa perlu kita buat. Jangan kita jatuh terduduk. Apabila UMNO kuat dan kukuh, orang selalunya bergantung kepada pokok yang kuat.

Siapa yang hendak bergantung kepada pokok condong menunggu rebah. Hasrat saya adalah hendak melihat UMNO kuat, kukuh dan menjadi tempat orang Melayu menaruh harapan.

S: Setakat ini adakah Datuk Seri dapat membaca peluang merebut jawatan MT kali ini kerana ada 63 calon bertanding, termasuk mereka yang hendak mempertahankan jawatan?

J: Adat bertanding biasanya ada peluang cerah dan tidak cerah. Itu sebab saya keluar (bertemu perwakilan). Kalau saya tidak keluar, pasti akan kalah. Orang akan kata saya sombong. Orang juga akan berkata, kita tidak pandang orang.

Pemilihan sekarang tidak sama seperti dulu. Format baru sekarang membenarkan 146,000 memilih, maka kita kena pergi bertemu perwakilan seperti ke majlis memperkenalkan calon anjuran UMNO pusat, badan perhubungan negeri dan bahagian. Kalau tidak turun nanti susah orang hendak kenal kita.

Peluang itu insya-Allah. Itu sebab saya katakan, ahli UMNO perlu buat penilaian baik sebelum pilih pemimpin untuk diberi tanggungjawab memimpin parti ini. Jangan jadikan pemilihan kali ini sebagai pesta ria. Kita bukan hendak pergi berseronok. Perwakilan di cawangan mempunyai tanggungjawab besar untuk meletakkan kepercayaan pemimpin yang diberi mandat memimpin parti.

Perwakilan kena bijak memilih, parti kita berdepan masalah besar. Tidak betul memilih orang, kita akan berdepan masalah. Tujuan kita kali ini adalah hendak memantapkan dan memperkukuhkan lagi UMNO bagi menghadapi apa juga cabaran dalam PRU-14.

S: Apakah pandangan Datuk Seri terhadap format pemilihan kali ini. Sejauh manakah ia selari dengan usaha transformasi dan meremajakan parti.
J: Format pemilihan yang baru ini adalah sebahagian daripada usaha Presiden melakukan transformasi parti. Di mana lagi kita hendak cari parti seperti UMNO yang terbuka seperti hari ini. Sesiapa saja boleh mencabar Presiden dan ketua UMNO bahagian termasuk saya hadapi hari ini.

Dalam soal hendak meremajakan UMNO, ia bukan sekadar menyentuh aspek umur sebenarnya, tetapi lebih menjurus kepada pendekatan kita. Bagaimana kita menjalankan kerja dan merangka dasar kita. Ia menyentuh soal cara bekerja dan pendekatan kita. Kita mesti inklusif, bukan lagi eksklusif. Dulu kita syok sesama sendiri.

UMNO parti mewakili orang Melayu dan UMNO parti kerajaan. Apabila kita menjadi parti kerajaan, secara automatik pemimpin UMNO adalah pemimpin kerajaan. Maka pemilihan kali ini adalah juga memilih siapa yang akan bersama Presiden dan Perdana Menteri untuk merangka dasar negara, dasar luar negara, dasar ekonomi, kewangan dan keselamatan. Ini ciri-ciri pemimpin yang kita perlu pilih iaitu yang ada kewibawaan dan pengalaman.

S: Datuk Seri ada menyatakan yang pemilihan UMNO kali ini amat terbuka. Jika dilihat senario hari ini, jawatan Datuk Seri sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau turut dicabar. Adakah keputusan bertanding bertanding jawatan MT adalah platform untuk menyelamatkan karier politik Datuk Seri seandainya keputusan di bahagian tidak memihak kepada Datuk Seri?

J: Saya bertanding bukan untuk menyelamatkan diri. Saya hendak selamatkan apa? Sesiapa saja hendak bertanding di bahagian, bertandinglah. Saya bertanding MT kerana mahu menyumbang kepada parti dan hendak memastikan parti kuat lagi kukuh.

Saya tidak kisah orang bertanding melawan saya. Ini keterbukaan. Kita pula tidak disekat. Saya juga tidak nampak pertandingan di peringkat bahagian akan memberi impak kepada saya kerana pemilihan diadakan dalam sehari.

Lainlah kalau pemilihan di bahagian diadakan dulu dan selepas seminggu atau sebulan, baru pemilihan MT diadakan. Misalnya jika tewas di bahagian, sudah tentu akan beri impak bagi sesiapa yang bertanding di MT. Pemilihan hari ini dibuat sekali, maka tidak ada impak kepada calon MT.

Wednesday, October 16, 2013

Kawan Se-DAP Pun Tak Boleh Pakai


Bekas ADUN Teratai, Selangor, Jenice Lee Ying Ha (DAP) membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai (DAP) kerana didakwa memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap dirinya di akhbar.

"Ini merupakan satu fitnah untuk menjatuhkan saya. Saya telah berbincang dengan pihak peguam dan mereka meminta saya membuat laporan polis. Saya minta kes ini dapat disiasat segera kerana ia merupakan perlakuan jenayah yang cuba menjatuhkan reputasi saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Lee mendakwa kenyataan Tan kononnya pembantunya Lee Hsuan Ba terlibat dalam penyalahgunaan kuasa berkaitan isu tembok keselamatan di Taman Seraya, di sini merupakan satu fitnah.

Hehe..Apa sudah jadi..kengkawan sendiri pun nak saman..haru-biru dah Dapig ni..

Thursday, October 10, 2013

Bongok Punya Melayu!! Bangga Sangat Ke Jadi Penjilat DAP Kapir Harbi??


Ada kami kesah ke korang nak masuk DAP ke, masuk jamban ke, masuk komunis ke..
Sedang elok lah tu..Esok kalau DAP berkuasa di tanah air korang..jilatlah kaki si apek Guang Eng tu jadi pengampu kapir!

Berapa hinggit korang dapat buat ayat tu.??..Bongok punya melayu..bangga lah sangat jadi penjilat DAP kapir harbi ye?!

Spesis melayu bodoh macam nilah yang bagi si apek tu tambah besar kepala, tambah sombong berlagak..puihhh..

Wednesday, October 9, 2013

Politik Sharizat Di Ambang Jahanam?

Politik Sharizat tiba-tiba di ambang jahanam. Ibarat tersungkur di pintu syurga. Kita harus redho dan pasrah terhadap apa yang berlaku dan secara tiba-tiba nama Raihan Sulaiman Palestin begitu bersinar dan begitu berahi untuk ganti Sharizat. Hebat. Aku pun secara ikhlas bagitau kat korang aku sendiri baru kenal dengan orang yang namanya Raihan dan sudah lama sangat tahu tentang orang yang bernama Sulaiman Palestin. 

Anak pada orang yang ada nama dalam Umno. Aku menyokong penuh Transformasi dalam Umno. Cuma bila 'bini' aku tanya aku siapa Sulaiman Palestine ni, maka aku pun mula lah bercerita. Aku dah tahu lama hubungan Anwar dan Sulaiman Palestine cuma agak pelik kenapa semuanya harus jadi 'time' sekarang ni?.

Kita tak boleh lupa propaganda Anwar yang dia kata Najib dok tergedik gedik call dia nak tubuh kerajaan campuran. Dan kita pun tidak lupa bagaimana pada setiap masa Anwar sedang mencari ruang dan peluang untuk menyusup masuk balik dalam Umno.

Kesetiaan Raihan Sulaiman Palestine dalam Umno tidak pernah aku ragui. Cuma kita berasa cukup was-was. Kenapa harus sekarang? Cuba kita fikir. Pru13 yang lalu, dengan Anwar masih belum dapat menjadi PM. Bermacam helah Anwar dah bubuh jarum pada ahli dan orang Umno namun jarumnya tetap jadi tumpul seterusnya patah dari mengena sasaran. 

Dia guna pulak pengaruh Jusuf Kalla untuk bagi tekanan pada Presiden Umno namun gagal juga malahan dia pula di label PENIPU. Malahan cubaan dia nak bawa keputusan PRU13 ke tribunal PBB juga merupakan satu usaha hangat-hangat taik biawak kerana orang-orangnya sudah kecewa dan kecil hati dengan kelakuannya tersengih sana tersengih sini.

Sementara balaci-balaci nya berguling bergantang dengan polis di luar Parlimen semasa hari dia mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang. Setelah dia tahu yang orang cina pun dah tahu bahawasanya dia telah menipu kaum Tiong Hua dengan janji palsunya maka dia cuba mencari kaedah altenatif lain. 

Dia tahu dengan serangan maha hebat dari PRU11 sampai PRU13 Umno bukan hanya tidak tumbang atau lemah malah bertambah kuat. Jadi dengan apa yang telah berlaku dia dah nampak memang tiada jalan lain untuk menjadi PM melainkan harus melalui parti keramat orang melayu iaitu UMNO. 

Sebab itulah kita mendengar propaganda tentang kononnya orang-orang Umno bawahan minta pada Majlis Kerja Tertinggi UMNO supaya maafkan Anwar. Ingat lagi ungkapan Anwar dalam isu abu Chin Peng 'Let The Be Gone Be Gone'??. 

Penuh dengan maksud tersirat. Nak masuk Umno ni balik tiada cara lain melainkan harus dapat Lampu Hijau dari MKT. How? Tanam orang-orang dia sebagai mana dia tanam orang-orang dia dalam majlis tertinggi Pas sampai Pas berpecah belah antara kepimpinan ulamak dan fahaman Anwarinas!. 

Back to this issue. Kita tahu dalam persedian perebutan jawatan Ketua Wanita Umno mulanya ada satu calon iaitu Dato' Azalina dan Dato' Sharizat sendiri untuk mempertahankan jawatan. Tiba-tiba Dato Aza tarik diri. Dalam pada tu muncul satu nama baru yang muda yang membawa nama bapanya untuk masuk gelanggang bertanding menentang Sharizat. 

Sharizat di ketahui amat di sayangi segenap lapisan dalam organisasi wanita umno walaupun terpalit buruk namanya akibat isu lembu NFC. Namun rata-rata mengatakan Sharizat bakal melalui laluan sukar bila Raihan masuk gelanggang tapi masih boleh mampu mempertahankan jawatan kerana sharizat mempunyai cara tersendiri untuk menyentuh perasaan wanita-wanita ini nanti pada masa pemilihan. 

Tiba-tiba, kem PR heboh yang SPRM dah sita berpuluh-puluh biji kereta mewah milik PA Sharizat yang mana berada bawah kementeriannya dulu. Akibatnya nama baik yang masih tinggal padanya habis lunyai sama sekali. 

Pendedahan dari kem pembangkang ini adalah milik 100% kepunyaan jentera media siber PKR yang menyembah 'direct' pada Anwar Ibrahim. Dalam erti kata lain mereka buat kerja under ground untuk Raihan dan pastikan Sharizat di rejam dalam lumpur dan jangan bagi lagi dia bernafas dalam politik. 

Kononnya dia careless dalam menjaga kepentingan orang miskin di bawah kementeriannya sehingga pegawainya makan hak mereka sewenang wenangnya. 

Soalan aku:-
Kenapa sekarang? Kenapa isu ni tak keluar masa PRU13 sudah? Kenapa harus tunggu masa pemilihan wanita umno dan yang paling bestnya ialah kenapa jentera media siber PKR pula berhempas pulas buat kerja bagi mati Sharizat demi memberi laluan mudah untuk Raihan Sulaiman Palestine?? 

Harus di ingat jawatan Ketua Wanita mempunyai Merit dalam MKT Umno. Siapa dia hubungan Raihan Sulaiman Palestine dengan Anwar Ibrahim? Jangan sampai ulaq ayaq ulaq ayaq Anwar terlepas masuk pula ke MKT dan minta pulak MKT ampunkan Anwar dan bagi Lampu Hijau untuk dia jadi ahli Umno balik.

Aku tak tuduh Raihan Sulaiman Palestine ni Bakal Agen Anwar dalam MKT nanti. Ye lah...kata org tua-tua...gaduh-gaduh politik kot mana pun hubungan darah kena jaga. So...Raihan kena buktikan yang dia bukan membawa MISI NAK USAHA BAWAK ANWAR MASUK UMNO BALIK MELALUI JAWATAN KETUA WANITA YANG MANA AKAN JADI AUTOMATIK VICE PRESIDEN UMNO, satu jawatan paling kanan dalam hiraki Umno. 

Lebih elok kalau dia bersumpah nafikan usaha ni. Walau apa pun yang bakal berlaku aku tabik dengan peranan media siber PKR yang buat kerja untuk Raihan atas 'arahan' SEPUPU RAIHAN iaitu Anwar Ibrahim. 

Tak pasal-pasal Sharizat bagai BERNAFAS DALAM LUMPUR....hebat perancangan Anwar....dia pandai guna orang-orang yang ada dalam Umno demi kepentingan masa depan politiknya......patut lah dia pi luar negara buat BOTOX kat muka dia....rupa rupanya dia dah dapat semangat baru untuk menyelamatkan karier politiknya dalam Malaysia... 

RAIHAN SULAIMAN PALESTINE MERUPAKAN JAMBATAN ANTARA DIA DAN UMNO.....wahai para perwakilan sekelian..hati hatilah.....ini sekadar lontaran peringatan. Actually search klip ni kawan aku yang cari. Dia yang tanya apa hubungan Raihan dan Anwar. Maka ini yang terbit......

-mamluk qalawun

Tuesday, October 8, 2013

Lu Melayu Lu Fikir Sendiri...Lu Cina, Lu Langsi Lu Mati!!

Apabila Perdana Menteri Malaysia umumkan berbilion peruntukan dalam AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA beberapa minggu yang lalu, ianya mengundang KETIDAKPUASAN hati golongan / kaum CINA. Mereka merayu agar agar PM berlaku adil terhadap kaum mereka, begitu juga di negeri Kedah di mana kaum itu didakwa TIDAK dilayan dengan sama adil.

Kita dah terlalu BANYAK berkompromi dengan kaum itu sehingga mereka dilihat TIDAK KENANG BUDI!

Mereka juga TIDAK BERLAKU ADIL terhadap orang MELAYU. Tak payah pergi jauh, dari segi PELUANG PEKERJAAN pun mereka dah RASIS!!!. Sering kali dilihat dalam IKLAN JAWATAN KOSONG sama ada di akhbar mahupon portal carian kerja ONLINE, majikan-majikan BUKAN MELAYU ini telah menetapkan antara syarat mereka adalah :

*** PREFERABLY CHINESE MALE / FEMALE ****
*** POSSESS A GOOD COMMAND OF MANDARIN LANGUANGE WILL BE AN ADVANTAGE *** REQUEST LANGUAGE : MANDARIN ***

Syarat-syarat sebegini secara tak langsung MERENCATkan peluang anak-anak Melayu untuk bekerja di sektor SWASTA & bertambahnya bilangan PENGANGGUR di Malaysia ni.

Adakah PERLU anak-anak Melayu BELAJAR bahasa MANDARIN untuk penuhi syarat-syarat mereka ATAU majikan-majikan ini memang SENGAJA tidak mahu ambil orang-orang melayu makan gaji dengan mereka!!!

Siapa yang TIDAK berlaku ADIL???? Adilkah mereka dengan kita????? Apakah ANAK-ANAK MELAYU TIDAK BERKUALITI untuk bekerja dengan mereka???

Monday, October 7, 2013

Macha PKR Rasuah OKU RM50 Cover Malu Sebagai Ahli Parlimen

Tiba-tiba pagi ni Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kena ambush dengan pembangkang yang di DALANGI oleh MP Padang Serai R.Surendran. Kononnya JKM kejam biar orang kudung kaki tangan dan putus kepala merangkak-rangkak naik tangga nak minta belas kasihan JKM. 

Maka di tunjukkanlah foto-foto penerima upah RM50 dair ahli parlimen tersebut untuk di paparkan kepada tontonan dunia media maya bagaimana OKU-OKU ini di layan JKM. 


Actually isu ni simple saja. 

1.Untuk menutup malu MP Padang Serai kena halau keluar dari dewan rakyat baru-baru ni. Dia tak sedar bila berkelakuan macam monyet dalam parlimen dan perkara tu pulak di TONTON LIVE OLEH BANYAK HINDU-HINDU ESTET GETAH MASA TIME BREAK DIORANG! dan ini telah menjadi buah mulut perkerja-pekerja hindu ni tadi di estet-estet milik Sime Darby dalam parlimen padang serai macam di mukim naga lilit dan di dalam mukim Merbau Pulau yang mana hindu-hindu ni berpendapat rupa rupanya kehebatan ahli parlimen yang diorang pilih cuma takat tu saja. 

PANDAI MELOMPAT DALAM PARLIMEN SAJA. Sebab tu bagi memulihkan imej dia sebagai ahli parlimen maka dia UPAH diorang ni tadi untuk STAGE SHOW bagi menaikkan semula imej dia yang telah tercalar kerana dihalau keluar dewan rakyat minggu sudah. 

2- Siapa heading JKM ni masa dekat-dekat musim pemilihan Umno?? 
Dia nak tunjuk betapa teruknya JKM di bawah kawal selia orang ni dan seolah-olah ingin mempengaruhi pewakilan Umno supaya jangan pilih orang ni masa pemilihan Umno nanti. 

Ini je lah yang aku nampak NIAT SEBENAR DIA. Kalau betul-betul nak tolong dan tunjuk dia perihatin KENAPA TAK KOKKO SAJA SI KUDUNG YANG DIA UPAH RM50 TU????

Saturday, October 5, 2013

Ubah Muka Tak Semestinya Perangai Gila Kunyit Anwar Akan Berubah!!

Firman Allah SWT dalam Surah At Tin ayat-5 :- " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,"

Jangan ubah ciptaan Allah, Ciptaan Allah adalah sempurna dan kita adalah sebaik-baik kejadian..Mengapa perlu ubah??

Buat Anwar, baik ubah perangai tu daripada ubah muka yang dah kerepot tu...

Friday, October 4, 2013

Bini Mat Yo Bikin Panas Lagi!!

Bodoh + Bangang + Sengal = Bini Mat Yo!

Dah la kes kurang ajar dengan orang tua pak Guard tu belum selesai, ni gila meroyan lagi bini Mat Yo dengan sumpah seranah tak puas hati kena saman dengan JPJ.

Kalau dah buat kesalahan jalanraya tu, akur jer la..Buat malu orang Johor jer ko ni!! Yang heran, si suami ontok (diam) jer..Janganlah dek terlalu sayang bini sampai nampak kedayusan dan kebodohan sebagai Imam dalam rumahtangga dol...

Thursday, October 3, 2013

Keputusan CEC Bukti DAPig Parti Rasist

DAP chauvinis.... Inilah hakikat yang jelas tapi masih membutakan mata hati Melayu DAP..Apa yang dah disuap sampai mabuk dengan parti komunis ni?? Bukti dah nyata Melayu DAP disisihkan ibarat melukut di tepi gantang jer...Pemilihan CEC DAP mempamerkan segalanya..

Wakil kaum india pun ada lima orang beb.....wakil Sabah satu orang berpadanan untuk satu negeri. Begitu juga wakil Sarawak satu orang berpadanan untuk satu negeri. Wakil kaum melayu selaku kaum majoriti di negara ini sepatutnya kena ada 5 orang jika mereka benar-benar tidak anti melayu. Kalau tak dapat 5 orang dapat 3 orang pun ok lah....Tetapi seorang sahaja yang mereka lantik. Lagi nak bercakap parti yang berbilang kaum,berjuang untuk semua kaum dan tidak anti melayu ke wahai Kit Siang dan Guan Eng ?

DAP sekali lagi membuktikan melayu tidak penting kepada mereka. Pemilihan semula CEC yang berlangsung pada 29 September 2013, daripada 20 calon yang menang seorang pun tidak ada melayu yang terpilih. Sedangkan dalam pemilihan itu enam calon melayu yang bertanding. Seorang pun tak menang beb....

Wednesday, October 2, 2013

Tabung Memali, Lahad Datu PAS Sape Audit??



Berdentum-dentum puak Pakatan Haram memperkatakan isu laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan..OKC tak nak campurlah urusan audit-audit ni..itu tanggungjawab yang dah diberikan..Cuma OKC nak tanya lah pada bijak pandai audit PAS ni...

Siapa yang audit kutipan Tabung Memali dan Lahad Datu??

Cepat atau lambat setiap ketirisan yang dilaporkan Audit Negara pasti ada penjelasan dari kerajaan. Tapi bagaimana pula ketirisan yang berlaku dalam PAS? Mana penjelasan status duit Tabung Memali? Mana penjelasan status kutipan Lahad Datu? Sudah berapa lama isu ini masih belum ada penjelasan. 

PAS mendesak satu himpunan seperti BERSIH diadakan bagi menuntut penyiasatan dan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab berhubung ketirisan seperti yang dilapor Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan semalam.

OKC pulak hari ni nak desak Polis, SPRM dan Jabatan Audit Negara menuntut siasatan tentang dua Tabung PAS tu..Mana pergi aliran duitnya dan berapa jumlah kutipannya??? Ada berani??

Apo Kono Eh Jang?? Undi Eden Yo!

Semboyan Calon Naib Presiden dah dibunyikan malam tadi untuk perwakilan N.Sembilan. Dengan penuh harapan calon Naib Presiden ni begitu mengharap ada lah kiranya wakil dari bumi pepatih ni memihak kepada beliau uantuk terus menerajui kepimpinan seterusnya mempertahankan jawatan..
Mungkin ada yang beranggap tajuk program mengaburi segalanya..Kenapa tak direct jer..jangan jaja program kementerian bro! Apapun tak kisah lah...apa yang penting, Survival dan kekuatan parti UMNO terletak di hati dan hujung jari perwakilan, apabila pada tarikh 19 Oktober ini, sejumlah 146,000 perwakilan seluruh negara dan di negeri ini, akan memilih pemimpin mereka di peringkat bahagian dan pusat.

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"