Negeri Sembilan kini menonjolkan 3 muka baru dalam kepimpinan UMNO Bahagian apabila pemilihan yang yang dibuat membuktikan akar umbi menyokong transformasi kepimpinan UMNO.OKC nak menyingkap kekalahan 3 calon yang telah mencuba untuk pertahankan kedudukan tetapi nasib tidak menyebelahi kerana salah diri sendiri.
JEMPOL - Kekalahan Datuk Lilah Yasin memang sudah dijangka awal kerana isu orang-orang kuatnya yang amat menjengkelkan akar umbi dari banyak Cawangan yang betul-betul tidak puas hati dengan corak layanan dan kepimpinan kumpulan Lilah Yasin yang dilihat juga makin tidak relevan semenjak sebelum PRU13 lagi..Namun, kesedaran pengundi dan ahli dalam memartabatkan bangsa dan parti UMNO yang tercinta, kemenangan diberi pada wakil rakyat UMNO/BN pada PRU13 lalu atas alasan demi parti.
Namun, hakikat yang sebenar kekeluhan ahli akar umbi dan anak muda Jempol, menidakkan kepimpinan Lilah Yasin yang makin tersasar dan tidak relevan hanya disebabkan askar barisan Lilah sendiri yang sombong, korup dan lupa pada perjuangan dan tanggungjawab pada rakyat, khususnya orang-orang kampung.
Atas desakan itu, Datuk Hj Salim Sharif, diberi mandat oleh perwakilan untuk membawa transformasi UMNO Jempol dan berharap barisan kepimpinan UMNO Bahagian Jempol, dari Ketua, Timbalan hinggalah kepada AJK Bahagian tidaklah hendaknya bersikap gampang seperti barisan kepimpinan puak Lilah Yasin...
SEREMBAN - Jatuh tersungkur akhirnya Datuk Ishak Ismail a.k.a Tok Sahak, apabila Hj Abu Ubaidah Redza dengan mudah mendapat mandat dari ahli yang sememmangnya sudah rimas, lemas dan menyampah dengan keegoan, kebiadapan serta kebongkakan Tok Sahak selama menjadi Ketua Bahagian yang mempamerkan UMNO Bahagian Seremban berprestasi malap dan bungkur dengan kekalahan demi kekalahan dalam PRU..
Tok Sahak juga melondehkan kesilapan sendiri dengan kenyataan yang menyinggung sesama ahli. Justeru, Tok Sahak juga dibelenggu dengan pelbagai isu skandal tanah yang memboroi seperti perutnya. Azab seksa orang-orang Lenggeng dan Pantai khususnya kini terburai dan melegakan apabila dinasti kepimpinan Tok Sahak yang gerila itu disemadikan oleh Abu Ubaidah yang juga ADUN Ampangan.
Mungkin ramai yang akan berpendapat Tok Sahak kalah disebabkan aura Menteri Besar yang boleh menjahanamkan kebangkitan Tok Sahak, namun...hakikatnya bukanlah disebabkan oleh MB ataupun sesiapa tetapi kekalahan Tok Sahak disebabkan balasan Allah atas apa yang telah dilakukan sepanjang menjadi Ketua Bahagian UMNO Seremban selama ini.
Mulut-mulut ahli yang dikunci rapi kini telah dibuka oleh Abu Ubaidah. Suara ahli akar umbi orang-orang Pantai kini bebas berkumandang bagi memantapkan lagi parti..Telahan OKC juga mungkin sama seperti Datuk Lilah Yasin, di mana kemenangan BN di DUN Lenggeng atas dasar sayangkan parti, sayangkan tanah tumpah darah..bukan kerana sayangkan Tok Sahak 'Kain Palekat' tu..
JELEBU - OKC tak mahu mengulas lebih tentang dua jagoan bagi orang-orang Jelebu ni kerana masing-masing mempunyai kredibiliti tersendiri dalam mencari pengaruh. Seperti sedia maklum, Datuk Jalaludin Alias adalah Timbalan Ketua UMNO sebelum ini, makanya tidak hairanlah kemenangan dalam merebut jawatan Ketua di Bahagian Jelebu kerana ianya lebih kepada tradisi dimana peralihan kuasa dari 'otai' yang makin dimamah usia.
Zainuddin Ismail juga punyai 'team' sendiri namun pengaruh 'abang besar' di Jelebu ini mungkin melebihi segalanya untuk memberi ruang mudah kepada Jalaluddin.
Mungkin ramai yang tahu, Jalaluddin adalah 'team' Rais Yatim. Tidak hairanlah mandat boleh diberi..Kalau tak, takde lah Rais nak memenatkan badan membantu Jalaluddin dalam PRU13 lalu berbanding Zainuddin.
Apapun telahannya, inilah kupasan OKC yang menyimpan buah mulut ahli-ahli ynng selama ini mengharapkan perubahan yang lebih telus dan dapat seorang ketua yang jujur dan tak sombong..
No comments:
Post a Comment