Jadi Geng OKC

Saturday, October 19, 2013

Confirm!! Selesai Mesyuarat Mukhriz Saman The Malaysian Insider

Confirm habis je persidangan Pemilihan UMNO Bahagian nanti..Mukhriz akan menyaman The Malaysian Insider..Saman jangan saman...Portal pembohong, yang menjadi kudis dunia media hari ini..OKC tak sabar jugak nak tengok Menteri KDN saman Malaysiakini pulak..

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya tuduhan portal propembangkang, The Malaysian Insider kononnya beliau mengamalkan politik wang menjelang saat-saat akhir kempen pemilihan parti.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kedah mendesak The Malaysian Insider supaya menarik balik artikel fitnah tersebut dan memohon maaf kepadanya secara terbuka sebelum pukul 10 pagi ini (Sabtu) atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

"Ini satu perbuatan berniat jahat yang bertujuan mencemar reputasi saya. Saya tidak pernah mengamalkan politik wang dalam karier politik saya. Sebaliknya saya penentang keras amalan politik wang. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan The Malaysian Insider.

"Saya beri tempoh sehingga pukul 10 pagi kepada portal tersebut tarik balik artikel dan mohon maaf secara terbuka kepada saya. Jika tidak tindakan undang-undang akan diambil," katanya.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"