Untuk menonjolkan kesungguhannya dalam isu ini, Ketua Umum PKR itu mengugut untuk membuat bantahan dan himpunan di seluruh negara kerana menurutnya perlaksanaan GST adalah satu bentuk jenayah yang wajib di lawan secara berhabis-habisan.
Tengokkan pada respon keras sebegitu harus siapa sahaja akan merasakan pembangkang sudah muktamad menolak perlaksanaan GST 6% yang dicadangkan kerana lebih meyakini keberkesanan sistem cukai SST 16% (cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6%) yang digunakan sekarang.CJP aka GST By Anwar Ibrahim
Hari ini di Dewan Rakyat yang sama, tiba-tiba sahaja lidah Anwar berbelit 180 darjah sambil menjilat air ludah dan kahak sendiri mengakui bahawa perlaksanaan cukai GST memang cukup efisien.
Dalam masa dua hari saja Anwar boleh berubah nada dari keras menjadi selembut-lembutnya tentu membuatkan ramai penyokong PR pening kepala.
Semasa Bajet 2014 mahu dibentang tempohari, ramai yang masih ingat sekelompok balaci PAS diketuai Mahfuz Omar terjerit-jerit membantah GST. Sekarang dengan Anwar sudah menjilat kembali ludahnya, penulis tertanya-tanya kot-kot Mahfuz pun bersedia makan muntah sendiri.
Kenapa dan mengapa Anwar berubah nada tak sukar untuk difahami andainya kita semua maklum semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dulu dia pernah membawa cadangan ke Dewan Rakyat untuk menukar sistem cukai SST kepada Cukai Jualan & perkhidmatan (CJP) dengan kadar cukai kurang dari 10%.
Waktu itu pendapatan rakyat rata-ratanya masih agak rendah berbanding sekarang, namun soal pendapatan tak pernah jadi isu pun pada Anwar untuk membawa cadangan tersebut.
Tapi hari ini perihal pendapatan rakyat dijadikan syarat pula sebelum perlaksanaan GST. Anwar lupa kebanyakan barangan yang kita beli sekarang tetap tersembunyi cukai jualan 10% dan hanya cukai perkhidmatan 6% yang kelihatan pada resit yang diterima. Tiada pun rakyat yang terjejas disebabkannya meskipun kadar cukainya lebih tinggi dari GST yang cuma 6% sahaja.
CJP atau pun GST maksud dan matlamatnya lebih kurang sama dimana cukai jualan dan cukai perkhidmatan digabungkan dan nilai cukai dikurangkan dari 10% + 6% (16%) kepada kurang dari 10%. Yang membezakan CJP dan GST, satu berbahasa Melayu dan satu lagi berbahasa Inggeris
Namun matlamat dan tujuan akhirnya juga sama untuk menggantikan sistem SST yang mempunyai banyak kelemahan seterusnya memastikan kutipan cukai lebih sistematik, menyeluruh tetapi tidak membebankan rakyat.
Kesimpulannya, cakap-cakap kononnya GST menindas dan membebankan rakyat hanyalah satu illusi, ia bukan cukai baru sebaliknya pertukaran sistem pungutan cukai semata-mata. Yang buat kalut ribut cuma pembangkang kerana melihat kerumitan isu ini sebagai peluang untuk dimanipulasi demi kepentingan politik, itu sahaja.
-Kak Yong Shariena V
No comments:
Post a Comment