Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Thursday, August 29, 2013

Sembah Seloka Buat Pemimpin UMNO Cawangan/Bahagian/Negeri/Malaysia

Assalamualaikum pembuka bicara
Buat semua hadirin yang mulia
Izinkan saya sembahkan seloka
Buat renungan kita bersama

Anak dara duduk tersipu
Sambil membungkus si kuih koci
Ini bukannya seloka merapu
Ini kisah mengapa UMNO dibenci

Menang sabung Pak Kaduk gembira
Melompat-lompat kain terlondeh
Dalam masa politik sedang gelora
Eloklah diperbetul mana yang boleh

Belum berjalan sudah berlari
Jatuh tersungkur terluka dahi
Tak perlu sibuk menuding jari
Semuanya punca angkara sendiri

Anak penghulu memang rupawan
Sesuai sangat dibuat bini
Orang UMNO ni, bila dah ada jawatan
Mudah benar lupakan diri

Jangan dimakan nasi yang basi
Nanti ke tandas berkali-kali
Bila saja mendapat kerusi
Dia kata itulah hak dia sejak azali

Bila tiba bulan puasa
Macam macam datang dugaan
Lupakah kita pada yang Esa?
Baik menang atau kalah, semua itu hanyalah ujian

Bila Tok Siak memakai jubah
Tok imam pula geleng kepala
Bila dah menang perangai pun berubah
Dah dapat betis, nak peha pula

Masuk ke hutan mencari rusa
Rusa berbongol seperti unta
Kuasa yang patutnya membela bangsa
Diguna buat mengaut wang dan harta

Kata orang Badang tu perkasa
Gajah pun boleh dihumban ke laut
Selagi ada pangkat dan kuasa
Selagi boleh dia nak kaut

Tengah hari badan berpeluh
Nak minum tak boleh sebab puasa
Benda dah terang lagi bersuluh
Orang macam ni gila benar pada kuasa

Tengah malam terhantuk pintu
Sakitnya kepala tidak terperi
Nak pesan kepada yang ada kuasa tu
Jangan lupa, kuasa tu kami semua yang beri

Ke pasar tani membeli kain
Selepas diukur terus digunting
Dah ada kuasa, sombongnya bukan main
Tak boleh ditegur, terus melenting

Pergi ke padang menjemur gula
Kaki tersepak si besi karat
Perangai sebiji dah macam Hitler
Yang melawan kata, semua nak dikerat

Pergi ke dapur mencari baldi
Buat diisi daging pelanduk
Kenapa tak ikut resmi si padi
Semakin berisi semakin menunduk?

Baring di katil berlaga lutut
Mata terbeliak memandang bumbung
Orang yang pandai mencium bontot
Yang itulah yang dipuji dan dilambung

Pergi ke paya menangkap belut
Untuk dibuat si ubat kuat
Yang paling kuat menjilat bontot
Orang itulah yang dia jadikan penasihat

Waktu malam hujannya lebat
Hantu jembalang berjoget ligat
Konon dirinya berkuasa dan hebat
Rupanya ikut telunjuk penasihat

Kalau tuan ke Tanjung Malim
Jangan lupa membeli penyapu
Konon orang-orangnya warak dan alim
Tak tau semuanya kaki menipu

Kalau bercukur pasanglah lampu
Takut nanti tercukur jambang
Tak cukup dengan kerja menipu
Digunanya pula jin dan mambang

Bila Si Luncai menggosok perut
Tandanya dia makan berpinggan pinggan
Sekarang memanglah mereka semua membontot
Sebab masing-masing ada kepentingan

Ular tedung binatang berbisa
Tapi maut di kaki helang
Esok bila dah tak ada kuasa
Tengoklah kemana mereka semua menghilang

Bila Pak Pandir cuba nak puasa
Mak Andeh sibuk menyanyi keroncong
Nasihat pada yang gila kuasa
Ubahlah perangai sebelum dipancung

Disuruh berlari dia berjalan
Katanya badan penat dan letih
Selagi yang batil dijadikan amalan
Jangan harap UMNO nak pulih

Pakai baju kancing suasa
Sayang rambutnya penuh kutu
Kalau ada sesiapa yang terasa
Siapa yang suruh makan cili tu?

Kalau tuan pergi ke Miri
Kirimkan saya batu kristal
Eloklah saya undurkan diri
Takut nanti ada yang ke hospital

Tuesday, August 27, 2013

Gampang Ni Tongah Molantak Babi.!!!

Haram jadah punyo budak Melayu! Patut pun perangai macam BABI, Mantedaghah binatang haram tue ghupo eh.... Tapi bondo macam nie yang membolehkan dioghang nie boguling-guling kek dopan Parlimen. Kalau setakat lubang kunyit Anwar mintak apo ado hal der....... Patut la Anwar dongan budak jambu gagal belajar nie.....

Mungkin bagi diorang ianyo adolah perkaro biaso totapi bagi kito ianyo amat menjijikkan malah menyimpang dari pogangan agamo Islam itu sendiri. Apokah anak-anak mudo yang celupar ini masih Islam atau hanyo mengaku Islam ?


Gambar di atas merupokan salah satu daripado gambar yang di muatnaik oleh sorang pemogang akaun facebook bernama Komrad Haizal. Melihat kepado komen yang dinyatokan jolas diorang ni sodang mempomain-mainkan agamo Islam itu sendiri.

Monday, August 26, 2013

Cakap Selangor Bebas Rasuah, JAIS Pun Makan Rasuah, Apa Citer??

Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai menyalahguna kuasa apabila bertindak menerima suapan daripada pasangan yang melakukan kesalahan khalwat sehingga berjaya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan.

Memetik laporan Berita Harian hari ini, tiga penguatkuasa berkenaan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan bakal didakwa pada minggu hadapan.

Jelas sudah, pesta lari berbogel juga hanya ada si Selangor. Exco Agama Selangor dibawah pimpinan Menteri Tidur apa cerita? Nampak sangat tak buat kerja!!

Friday, August 23, 2013

Dey Tamby!!! Lu Apa Cakap?

Dey tambi.. lu sudah jadi menteri itu Najib sudah lantik.. Apa lagi lu mau.. sudah kasi capati free sekarang lu besaq kepala ka?
Dah jadi menteri si kepala Hindraf ni patutnya gunalah saluran yang sepatutnya dan pertahankan kerajaan bukan tumpang mabuk se todi dengan DAP! Apa kejadahnya nak inkueas.. bila dah di sahkan kesemua yang berjaya ditembak mati dari gengster 04.
Menteri Hindraf ni bawa suara pembangkang sehaluan dengan DAP yang awal awal lagi persoalkan tindakan pihak polis,seolah mereka lebih tahu hal ehwal underworld siapa gengster atau siapa bukan..
Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama. Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.
Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?
Baca Sini


Sebarang komen yang korang buat adalah tidak menjadi tanggungjawab admin. Korang nak komen apapun, itu korang punya pasal dan korang akan terima risikonya..Selamat membaca

Thursday, August 22, 2013

Menteri Lubang Cacing Dah Keluar Arahan...

Nak bercerita pasal Bas bunuh diri kat Genting Highland..??? gua langsung takda simpati beb... lantak pi la berapa ramai nak mati sekalipun sebabnya tempat tu adalah tempat yang menanti BALA daripada Allah SWT... kita jer yang tak tau bila BALA tu nak sampai... let it be... dalam ertikata bahasa penjajah... dalam bahasa Malaysia... mampuih pi kat depa laaaa.... hahahaha...!!!!

Yang gua nak kepoh kat sini apabila terbaca kat sini, di mana menteri yang jaga KDN suatu masa dulu pernah bagi kenyataan yang hampir serupa dalam isu membenteras Samseng dan Ahlong suatu ketika dulu. Malahan sehingga la ni dah bertukar kementerian pun masih lagi nak melalak bagi Amaran yang ntah boleh dilaksanakan ataupun tidak.

Amaran lubang cacing dia tu sewaktu di KDN dulu pun tak terlaksana lagi hinggakan sekarang nih ada ugutan di mana Para Gangster nak serang Polis la pulak.... muakakakakaaaaa... cam cibai punya Amaran...!!!!

Hari ini di ulangi lagi Amaran Lubang Jubor Cacing dia lagi, kononnya..;

"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.
Menteri2 Malaysia nih tugas diorang hanya bagi Amaran (apabila melibatkan tragedi maut), jadi pakar pemakanan (apabila harga gula dan barangan naik), penasihat ekonomi (dalam isu kenaikkan harga ayam) dan menjadi Badut Sarkas (dalam mengumumkan keputusan Kera...jaan atas sesuatu perkara kemudian membatalkannya, contoh isu PTPTN-CCriss.. hahaha...)

Kepada Menteri Amaran Pertahanan nih... adalah lebih baik lu jaga isu Keselamatan Pertahanan Negara sudah laaaa... Mamat tak berdaulat nih dah bagi Amaran dan pecah lubang nih... hahahaha...!!!!

Urusan Bas bunuh diri tu... serahkan kepada Menteri Pengangkutan, ooppsss... sori dia la jugak yang memangku jawatan Menteri Pengangkutan beb... hehehehe... takan la sampai la ni sepepet dia tak bleh letakkan sorang menteri kat kementerian pengangkutan... hahahaha...!!!!

Walau Menteri Pengangkutan bersilih ganti tapi masalah insiden melibatkan bas tak pernah selesai pun... masalah dan punca utamanya adalah korupsi yang berlaku dalam Agensi Pengangkutan Jalan seperti Puspakom dan JPJ.

Lu orang pasti menyedari berapa banyak Bas Kilang, Bas Persiaran, Lori Berat dan Ringan yang berada atas jalanraya yang keadaan kenderaan tersebut cukup mengharukan dunia..., dengan asap hitam berkepul, tayar takda bunga, brek ntah ok ke tidak, melebihi muatan serta pelbagai lagi yang tak sepatutnya lulus untuk berada atas jalanraya tetapi boleh lulus.

Ambil contoh Puspakom Padang Jawa sudah laaaa... dan gua yakin Puspakom cawangan lain pun 2x5 jugak... berapa banyak ulat2 yang berstongkol dengan kakitangan Puspakom untuk pemeriksaan kenderaan. Dengan RM300++ hingga RM500++ sudah mencukupi untuk membuatkan kenderaan tak cukup sifat boleh lulus dan beroperasi atas jalanraya.

Itulah masalah di Malaysia nih... takda rasuah, takda duit tepi kerja tak jalan, bila ada semua benda2 tu... semuanya beres walaupun bakal mengundang maut kepada rakyat yang tak berdosa.

Dan sudah menjadi habitat tabiat Menteri2 dan Pihak Berkuasa atau Kera...jaan Malaysia sejak dulu, kini dan mungkin selamanya iaitu apabila berlaku sesuatu tragedi diorang akan cuba meraih populariti untuk menunjukkan kehebatan masing2.... siasat itu ini, dakwa itu ini bla... bla.. bla.... boleh blah laaaa...

Akhirnya cerita yang hebat pada awalnya akan menjadi suam2 kuku dan terus senyap sehinggalah ada tragedi maut berulang lagi... kemudian diorang akan mula melalak balik... hahahaha....


Cuba tanya dengan Menteri Pengangkutan dulu2 tuuuu... dengan pelbagai insiden tragis melibatkan bas, cadangan menteri dimulakan dengan pemasangan kamera di lebuh raya, kotak hitam dalam bas, wajibkan dua pemandu, penyediaan buku log, usia bas ekspres tidak boleh melebihi 10 tahun, pemandu wajib lulus pemeriksaan kesihatan dan bebas dadah, peperiksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) setiap enam bulan dan beberapa peraturan lain sudah diperkenalkan.

Kesudahannya apa yeaaaa....???
Apakah mungkin alasan paling munasabah bagi seorang Menteri BN nih.... "berkemungkinan jalan Genting Highland takda kamera AES" ataupun Pemandu Bas tersebut adalah salah sorang daripada 1.7 juta pemandu yang gagal bayar saman tertunggak seperti dakwaan KPN semalam... muakakakakaaaaa....

Ohhhh.... Malaysia ku masih Aman... dan bersyukurlah kita semua dengan keamanan yang dinikmati kini, walaupun boleh mati kena tembak bila2 masa sahaja.... nauzubillah...!!!!
sumber: sini

Wednesday, August 21, 2013

Apahal PR ni? Asal Penjenayah Ditembak, Diorang Mengamuk!!!

Pelik la cara Pakatan defend penjenayah berat ni. Ianya amat mencurigakan? Ntah-ntah mereka yang bela ramai penjenayah kat negara kita yang tercinta ini.

Sebab aku dah perhati lama, bila orang awam mati ditembak. Mereka senyap dan kata polis tak buat kerja. Tapi bila penjenayah mati je maka akan menggelupor la seluruh Pakatan. Ni aku tengah tunggu Lateefa yang Koyak pukinya akan menjadi lawyer penjenayah tu dan memaki hamun polis nanti, tak percaya tengok je la.

Aku menjadi semakin musykil. Apa kamu semua wahai rakyat Malaysia tak nampakkah semua ni? Mereka secara terang-terangan menyebelahi PENJENAYAH! Takkan la korang ni bodoh nak mampos dan tak boleh nampak benda simple macam ni atau ada dari kalangan kamu memang dah jadi bodoh nak mampos?

Aku harap pihak PDRM dan semua pihak yang berwajib akan terus menghapuskan jenayah dari bumi Malaysia ini. Fuck the Pakatan Pembangkang anak haram. Kami rakyat Malaysia memang mahu jenayah dihapuskan. Teruskan kerja baik anda wahai pihak berkuasa sekalian!

Tuesday, August 20, 2013

Hati-Hati Kalau Lalu Di Jalan Bukit Putus Lama



Benarkah jalan lama Bukit Putus di sini bahaya untuk digunakan oleh orang awam ketika ini, apatah lagi memandu sendirian? Walaupun ketika ini keadaannya sunyi dan kurang kenderaan yang menggunakannya, masih ada pemandu yang tetap mahu menggunakannya.

Jika diimbas kejadian pada 22 November 2011, mangsa kes tikam sebanyak lapan kali, Armaan Shah, 29, yang kemudiannya dibuang di kawasan jalan lama sebelum diselamatkan oleh orang ramai adalah antara contoh penjenayah menjadikan lokasi jalan lama itu sebagai tempat membuang bahan bukti.

Banyak juga kisah peras ugut didengarnya berlaku di jalan lama yang sunyi itu dan menasihatkan orang ramai supaya mengelak menggunakan laluan berkenaan selepas pukul 7 malam kerana berbahaya.

Ada juga menggunakan laluan ini pada sebelah pagi kerana lebih santai terutama ketika menunggang motosikal. Apa pun kita perlu berwaspada.

Selain itu, elakkanlah daripada menggunakan laluan itu pada waktu hujan kerana bimbang berlaku kejadian tanah runtuh. Memang benar kita mahu merasai nostalgia jalan lama itu, tetapi kalau berlaku sesuatu kejadian, tiada siapa yang sedar.

Amat malang kerana jalan lama di Bukit Putus ketika ini menjadi tempat pembuangan sampah seperti perabot lama dan sisa pembinaan. Hutan yang indah itu akan tercemar dan ini perlu dihentikan.

Apa pun, OKC menasihatkan orang ramai yang ingin menggunakan jalan lama tersebut supaya bergerak secara berkonvoi dan ketika itu, nikmatilah keindahan hutan rimbanya.

Kadangkala apabila melalui jalan baharu di Bukit Putus dekat sini terkenang selekoh tajam di laluan lama yang telah banyak meninggalkan nostalgia. Bukan sahaja melibatkan tanah runtuh, kemalangan yang meragut nyawa, malah ada juga mayat yang dibuang di gaung yang dalam di laluan paling 'seram' terutama di tengah malam.

Namun begitu, pemandu yang hendak ke Kuala Pilah, hari ini tidak perlu bimbang lagi untuk melalui selekoh tajam di jalan lama dekat Bukit Putus itu, sebaliknya mereka boleh melalui jalan lurus yang kini lebih cepat dan pantas, malah disebut sebagai 'laluan sutera moden' bagi pedagang dari Pantai Timur ke Pantai Barat.

Biarpun jalan lama ditinggalkan sepi sejak jalan baharu itu dirasmikan pada 29 November 2009, kini hanya tempat tinggal binatang liar yang bebas berkeliaran di atas jalan raya, khususnya kera. Inilah nostalgia jalan yang suatu ketika dahulu telah memberi khidmat kepada penduduk khususnya di daerah Kuala Pilah, Jempol dan Gemas.

Malah jalan itu juga menjadi laluan penting ke Kuantan, Pahang dan Segamat, Johor bahkan penghubung penting kawasan sebelah barat yang merupakan kawasan pertanian yang luas menerusi penanaman kelapa sawit melalui tanah rancangan Felda.

Selain itu, ia menempatkan lokasi pelancongan utama kerana Istana Besar Seri Menanti terletak di Kuala Pilah dan kawasan rekreasi air terjun Ulu Bendul yang menggamit kedatangan pelancong dalam dan luar negeri.
Lebih nostalgia, 'laluan sutera' yang digantikan dengan jalan baharu itu merupakan pencetus kewujudan pelbagai institusi pendidikan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah, Kolej Matrikulasi dan sekolah berasrama penuh di sekitar daerah Kuala Pilah dan Jempol, sekali gus menyaksikan peningkatan bilangan kenderaan terutama pada hujung minggu.

Apa pun, jalan lama Bukit Putus ini, sekadar menjadi memori terutama bagi mereka yang gemar menikmati selekoh tajam dan hutan rimba di sekitarnya. Dahulu kalau terdapat lori di hadapan pasti orang ramai sukar untuk memotongnya kerana selekoh di jalan lama itu terlalu bahaya.

Kesudahannya, kita tunggulah sampai ke penghujung jalan. Bila ada jalan baharu itu semuanya dapat diatasi, tetapi bagi saya jalan lama ini terlalu banyak kenangannya. Tambahan, macam-macam cerita didengar ketika melalui jalan lama ini, maklumlah banyak sangat kejadian korban jalan raya di situ.

Cerita seram, tidak perlu cakap. Yang berlumba dan jatuh gaung pun ramai. Kes jenayah pun ada di situ. Buang sampah pun ke dalam gaung itu. Sekarang tidak ada lagi orang berhenti tepi jalan bagi makan pada kera di situ.

Kalau ikut jalan lama dahulu, yang banyak terbabit kemalangan ialah penunggang motosikal. Bila salah pecut, sudah terbabas dan masuk bawah lori. Bagi OKC memandu di jalan lama Bukit Putus itu memang santailah. Kita dapat tengok pokok menghijau dan sesekali melihat habitat dan kehidupan lain di situ seperti burung, kera, haiwan liar. Seronok juga!

Jalan lama banyak kenangan. Pada waktu pagi tiada masalah besar tetapi apabila pulang waktu malam timbul risau kerana keseorangan menunggang motosikal melalui jalan yang gelap dan sunyi.

Biasanya dahulu kebanyakan pengguna jalan ini akan berhenti di stesen minyak di Paroi berhampiran Bukit Putus dan menunggu jika ada kenderaan lain yang lalu di jalan lama Bukit Putus sebelum mengekorinya.

KISAH MISTIK

Apabila diajukan soalan mengenai jalan lama Bukit Putus, ramai yang tidak berani bercerita, apatah lagi diajak menggunakan laluan berkenaan terutamanya pada waktu malam, walaupun ketika ini jalan baharu sudah ada.

Namun kisah seram ini mungkin rekaan termasuklah kononnya terjumpa orang mengusung keranda sambil membawa obor dan suara wanita menjerit minta tolong dari gaung dan sebagainya.

Namun begitu, sepanjang OKC memandu di jalan lama dahulu, tiada peristiwa ganjil yang ditemuinya dan menganggap kisah mistik itu sekadar 'mengaibkan' jalan lama yang sudah banyak berjasa ini.


Monday, August 19, 2013

Shamsiah Fakeh Pejuang Lawan British Bukan Komunis?


"Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita." - Shamsiah Fakeh

Shamsiah dilahirkan pada tahun 1924 di Kampung Gemuruh kira-kira satu batu dari pekan Kuala Pilah. Shamsiah merupakan puteri kepada Sutan bin Sulaiman dan Saamah bte Nonggok. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, PelangaiNegeri Sembilan dan kemudian ke Madrasah Tuddimiah in Padang Panjang, Sumatera. Shamsiah pernah berguru dengan Lebai Maadah di Pelangai. Antara rakannya ialah Ustaz Abdul Jalil Salim, Haji Abd Aziz dan Hambiah.
Pada umurnya 17 tahun, Shamsiah berkahwin dengan Yasin Kina tetapi ditinggalkan suami ketika mengandung anak yang kedua. Kedua-dua anaknya meninggal dunia dalam usia yang muda. Beliau telah berkahwin sebanyak lima kali dan perkahwinannya dengan Ibrahim Mohamad adalah yang terakhir. Antara suami Shamsiah adalah Ahmad Boestamam yang merupakan pemimpin bagi Angkatan Pemuda Insaf. Ahmad tidak pernah menceritakan perkahwinan ini dalam mana-mana karya beliau. Perkahwinannya dengan Ahmad terganggu dengan penahanan Ahmad ditahan oleh kerajaan penjajah British pada April 1947 berikutan karyanya Testament Politik A.P.I. yang diharamkan oleh pihak penjajah. Mahkamah mendapati Ahmad Boestamam bersalah dan kemudiannya didenda 1,200 ringgit ataupun 9 bulan penjara. Ahmad membayar denda tersebut dan kemudiannya telah dibebaskan.
Shamsiah dikatakan kecewa dengan tindakan Ahmad yang bagi Shamsiah, seorang nasionalis rela meringkuk di dalam penjara. Tindakan Boestamam membayar denda dan tidak rela dipenjara dipercayai puncanya mereka bercerai.
Perjuangan nasionalisme
Shamsiah merupakan ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.
Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Tekanan pihak penjajah yang berterusan memaksa Shamsiah membuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakan seperjuangannya untuk lari ke hutan di Lubok Kawah di TemerlohPahang, dan meneruskan perjuangan bersenjata dari sana. Sebagaimana yang diungkapkan oleh beliau sendiri.
Kehidupannya penuh ranjau berduri dan perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya, Ibrahim Mohammad, bertugas di ChinaIndonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Pada tahun 1956 Shamsiah dan Ibrahim dihantar PKM ke China untuk belajar. Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu Radio Beijing antarabangsa. Pada tahun 1965, Shamsiah dan Ibrahim ditugaskan ke Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOM iaitu Nasionalisma, Sosialisma dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno. Kehadiran Shamsiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia.

Mereka bebas beroperasi sehinggalah tercetusnya ketegangan di Jakarta apabila berlaku rampasan kuasa tentera dan Suharto mengambil-alih kuasa pemerintahan. Beliau dan rakan-rakannya ditangkap oleh penguasa Indonesia pada tahun 1965 sehinggalah dibebaskan pada tahun 1967 dengan bantuan kedutaan Vietnam. Dan dari sana beliau diterbangkan ke Vietnam dan kemudian kembali ke China. 
Membunuh anak sendiri
Beliau dikatakan pernah membunuh anak kecilnya di dalam hutan kerana melambatkan pergerakannya di dalam hutan. Tetapi itu semua dinafikan dan menjadi propaganda tentera British untuk melemahkan perjuangan PKM. Shamsiah menyatakan bayi baru lahir itu dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpa pengetahuan Shamsiah kerana bimbangkan kehadirannya akan menyusahkan pergerakan mereka.
Bekas Pengerusi PKM Musa Ahmad semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Dan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1987 seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya telah menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis. Shamsiah menafikan kedua-dua cerita tersebut.
Kembali ke Malaysia
Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.
Perjanjian itu bukan bermakna pihak kerajaan telah menang di medan perang. Ianya lebih merupakan kejayaan kedua-dua pihak di meja perundingan yang sebelum ini tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan sejak perjumpaan di Baling pada tahun 1955 gagal
Meninggal dunia
Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya, Jamaluddin Ibrahim, di Kodominium de Tropicana, Jalan Kuchai LamaKuala Lumpur. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai BesiKuala Lumpur pada jam 5.30 petang dengan diiringi oleh lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais.
Salam Kemerdekaan dari OrangKampungCyber

Antara 'Lewat dan Liwat'

Salam to all,
OKC hari ni nak share satu posting dari rakan fb yang menyedari kekhilafan diri. So, OKC tak nak conteng bebanyak, korang baca ler..

Antara 'LEWAT dan LIWAT...BENGANG dan BANGANG...BINGUNG DAN BENGONG'.

DULU MASA AKU JADI AKTIVIS REFORMASI, AKU CUKUP BENCI TV3 DAN BERITA HARIAN..SEMUA YG KERAJAAN BUAT AKU TETAP SALAHKAN... SO KINI SEDIKIT PUN AKU TAK HAIRAN KLU ADA CAI2 YG SANGGAH NASIHAT AKU...SEBAB AKU DULU PUN PERNAH MCM DIORANG...CUMA BEZANYA AKU TAK TA'SUB TAHAP SELIPER JER LAGI...APAPUN KEPALSUAN TIDAK AKAN KEKAL...PERCAYALAH!!! RAKYAT DAH TAHU ANTARA LEWAT DAN LIWAT'...ANTARA BENGANG DAN BANGANG...ANTARA BINGUNG DAN BENGONG... SEMUA PUN NAK ISLAM!! SEMUA PUN NAK KEADILAN!! SEMUA PUN NAK KEMAJUAN!!
TUHAN MAHA ADIL LAGI BIJAKSANA'. GADUH PUN DAPAT APA? NAK TIPU SIAPA..???

-YG IKHLAS BERJUANG TANPA BAYARAN
(Bekas Aktivis Barisan Alternatif 1998-2008).
Maafkan saya Tun M...SAYA TERKHILAF...'

Sunday, August 18, 2013

Madah Merdeka...Sudah Merdeka Ke??


Dimana letaknya Melayu?
Bangsa itu kan darah daging, 
Warisan & keturunan. Iaitu mewarisi adab budaya. 
Orang yang tidak bangga dengan asal keturunan bangsa
Ini kan golongan yang emaknya bin kan dia dalam tong sampah, kaki lima surau, kuil dan lain-lain?

Dimana letaknya ISLAM?
Adakah tang janggut?
Atau tang serban?
Ataupun tang mulut yg celupar?
Atau bersepah dijalanan cara mengutipnya dgn bergolek dijalanan?

Dimana pula letaknya maruah Melayu?
Di bumi tumpah darahnya ke? Di celah kelangkang bangsanya ke?
Di sebalik agamanya ke? Atau hanya terpampang disebalik parti politik yang menaji taksub diri?

Merdekakah kita? Merdekakah Melayu? Merdekakah Islam?

Friday, August 16, 2013

Soi Lek Pertahan Kerusi Presiden Kalau Liow Ada Hati Nak Lawan

Macam manalah MCA tak ditolak Cina, gerak kerja MCA di bawah Chua Soi Lek, dah macam PPP zaman Kayveas. Dari tahun 2008 sehinggalah 2013, apa gerak kerja terbesar MCA untuk memulihkan keyakinan dan mengembalikan sokongan masyarakat Cina terutama sekali golongan muda kepada MCA berbanding menyalahkan UMNO dan berkongsi citarasa dengan DAP?

Dek kerana itulah, ramai di kalangan MCA yang mendesak agar Chua Soi Lek letak jawatan dan segera berundur bagi memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru yang lebih dinamik untuk memimpin parti tersebut.

Malangnya, Chua Soi Lek ketegar. Desakan tersebut, seperti mencabarnya. Dan dengan menjadikannya sebagai alasan, Chua Soi Lek dikatakan menarik semula janjinya untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden MCA.

Makin malap ler MCA selepas ini... bayangkanlah, ahli-ahli MCA sendiri pun tak undi dan pilih calon-calon MCA masa PRU-13 lalu walaupun kebanyakan calon adalah pilihan Chuo Soi Lek sendiri. Macam mana pula dengan PRU-14?

Jawabnya, ruyup makin teruk ler... silap-silap Persatuan (Parti) Cina SeMalaysia itu akan berkubur seperti parti-parti pra-kemerdekaan yang lain!


Hah, sekarang ni sibuk pulak nak pertahankan kerusi Presiden MCA tu...Memang apek tua ni berbulu dengan Liow Tiong Lai, orang lain caras dia boleh tapi bukan Liow...Punah ler...

Anwar Masih 'Gila Talak' Dengan UMNO..

Beberapa pihak akhir-akhir ini heboh memperkatakan tentang kemungkinan Anwar kembali ke dalam UMNO. Berbagai teori dikemukakan, antaranya perjanjian sulit antara Anwar dengan Dato’ Seri Najib yang memberi syarat dan ruang tertentu bagi membolehkan Anwar selamat. Kemudiannya, heboh pula berita bahawa Pak Lah merupakan ‘tali perhubungan’ utama yang bakal menarik Anwar kembali.

Desas-desus ini dikuatkan lagi dengan munculnya buku ‘The Awakening’ yang menjadikan Pak Lah sebagai subjek dan juga laporan Asia Sentinel mengenai pengakuan Anwar bahawa beliau telah berbuhung dengan Dato’ Seri Najib sebelum pilihanraya-13 untuk berbincang soal ‘perjanjian’.

Menurut teori yang dikemukakan, Dato’ Seri Najib kini berada dalam keadaan lemah dan takut lantaran kemenangan PRU-13 yang tipis. Justeru, Dato’ Seri Najib memerlukan sokongan dari kumpulan Pak Lah dan juga Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO. Kononnya, kritikan dari kumpulan pro-Tun Mahathir dilihat sebagai pemangkin kepada kejatuhan Dato’ Seri Najib. 

Teori ini tidak lain tidak bukan pastinya diilhamkan oleh mereka-mereka yang tidak berpijak di bumi nyata. 

Hakikatnya, Pak Lah dan Anwar adalah dua pihak yang kalah dan ditolak oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, ‘apa ke jadahnya’ bagi Dato’ Seri Najib untuk melukut meraih sokongan dari pihak yang ditolak oleh rakyat? Bukankah tindakan itu hanya mengundang penolakan terhadap dirinya juga? 

Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukan hanya setakat Perhimpunan Agong UMNO sahaja, tetapi perjuangan sebenar ialah PRU-14. 

Dalam politik, yang mengkritik tidak semestinya menentang dan yang menyokong kadangkala membawa rebah dan kita pasti Dato’ Seri Najib cukup maklum akan prinsip ini. 

Dalam politik Malaysia pula, sudah jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah musuh Dato’ Seri Najib, musuh UMNO dan musuh negara - bukan Tun Mahathir, biar betapa pedas pun kritikan beliau. Malah, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah UMNO mungkin gagal meningkatkan jumlah kerusi dalam PRU-13 jika Tun Mahathir tidak bertungkus lumus menjelajah ke serata ceruk negara, berkempen untuk BN. 

Dan semua rakyat Malaysia sedia maklum mengenai situasi ini melainkan mereka-mereka yang punya agenda tersendiri yang enggan mengakuinya. 

Sedangkan Anwar sanggup memfitnah Dato’ Seri Najib membunuh dan tidak peduli sekiranya orang yang tidak bersalah dihukum. Anwar sanggup memburukkan imej Datin Seri Rosmah seburuk-buruknya. Anwar telah merosakkan UMNO dengan politik wang dan Anwar jugalah yang memburukkan imej negara di serata dunia. 

Oleh itu, sekali lagi diulang bahawa Anwar adalah musuh dan tidak ada sebab bagi Dato’ Seri Najib untuk bekerjasama dengan musuh apatah lagi dalam keadaan di mana kedudukan Dato’ Seri Najib adalah jauh lebih kukuh dari kedudukan Anwar sendiri. 

Tidak kira apa jua keputusan post-mortem yang dibentangkan, hakikatnya, BN menang dalam PRU-13 semata-mata kerana rakyat, khususnya orang Melayu, menolak PR/Anwar sebagai pemerintah. Walhal, orang Melayu pada ketika itu, masih ragu-ragu dengan UMNO kerana kewujudan kumpulan pro-Pak Lah di dalamnya. 

Namun, orang Melayu masih memberi sokongan kepada UMNO atas faktor keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib. 

Maka, dengan kekuatan yang ada pada dirinya, untuk apa Dato’ Seri Najib perlu menumpang kelemahan Pak Lah dan Anwar Ibrahim? 

Bukankah lebih logik jika Dato’ Seri Najib bekerjasama dengan kumpulan yang terbukti lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat seperti kumpulan pro-Tun Mahathir? 

Justeru, teori Anwar akan kembali kepada UMNO ini membuktikan bahawa Anwar sebenarnya sudah tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap partinya sendiri. Anwar tahu bahawa hanya UMNO yang mampu memberi kuasa kepadanya. 

Dalam kata lain, hanya ‘orang-orang Melayu’ yang mampu menentukan Perdana Menteri Malaysia dan kerana itu, Anwar sedaya upaya ingin kembali kepada UMNO. 

Malang bagi Anwar kerana orang-orang Melayu sudah serik dengan Anwar mahupun Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka. Dan bagi mana-mana pemimpin UMNO untuk mengharapkan kerjasama dengan dua personaliti ini untuk terus berkuasa, pastinya merupakan satu perhitungan yang salah.


Oleh: Ib Husin

Wednesday, August 14, 2013

Cybertron PR Kantoi...Cybertron BN Gempur!!

PERINGATAN!!! Ops. S&K kini sedang digerakkan oleh cybertrooper Pakatan Rakyat. Maklumat gerak kerja cyber war team PR untuk PRU14. Codename SNK (seek and kill).
Motif:

  • Mewujudkan pasukan di setiap DUN dengan anggota minima 5 orang. (Dibayar dengan RM3k)
  • Mempersiap command center disetiap DUN 
  •  Menyediakan infrastruktur komunikasi server, handphone maxis celcom digi, laptop,digital camera, video recorder, digital line. 
  • Melatih pasukan dengan kemahiran komunikasi internet, hacking, attack and defend.
  •  Mendengar, mengenalpasti dan memanipulasi segala masalah dalaman parti UMNO,MCA,MIC dan lain lain secara mingguan dan bulanan 
  • Mewujudkan gerak saraf dgn memanipulasi isu bagi memporak perandakan serta menggoncang kekuatan dalaman UMNO, MIC,MCA. 
  • Membangkitkan isu perkauman dan menjadikan UMNO, MIC,MCA sebagai kuda hitam. 
  • Menjadikan UMNO sebagai sebuah parti ekstrem dan dilihat hanya perjuangkan org Melayu sahaja 


Matlamat - 
1. UMNO dilihat parti rasis dan cauvanis Melayu. 
2. Mengekalkan sokongan org Cina terhadap PR. 
3. Menterjemah berita propaganda utk anggota PR hingga akar umbi. 
4. Memperkemas anggota media warfare for battle (intership 1-7) 

Ramai tertipu dengan nafsu serakah mereka....Mereka hanya berjaya memperbodohkan orang Cina..tapi tidak Melayu UMNO...Melayu kekal bersama UMNO dan ramai Melayu yang dulunya pembangkang sudah kembali kepada UMNO...sampai bila masyarakat Cina merelakan diri mereka diperbodohkan?ayuh bangkit orang Cina!!! 

Kini bukan masa untuk bercerita tentang hari raya, bukan masa bercerita tentang calon pemilihan parti tapi kini masanya untuk gempur dan menang dalam segala bentuk fitnah maya jika mahu lihat Barisan Nasional terus utuh bersama relevannya pemerintahan negara..OKC

Monday, August 12, 2013

Poligraf Dah Dipermodenkan, Anwar Berani Ke??


Sodang eden duduk  terlopong tengok tv, tetiba keluar berito tontang ponggunaan Poligraf yang akan diperluaskan penggunaannya di negara ini dalam menyelosaikan satu-satu kes. Dalam pado tu jugak anak den yang sulung tu tetibo berkato ado baiknyo sistem Poligraf ni sobab kito boleh tengok dan lihat kobonarannyo pengakuan seseorang yang didakwa dalam sesebuah kes.

Oleh yang domikian, den pun nak usulkan, apokah ado koberanian dan kesudian Pak Sheikh Anwar Al-Juburi ibni Al-Rasuahi untuk di uji dan kito test tahap kejujurannya dio dalam kes liwat dan china doll yang makin monjadi pertanyaan banyak pihak termasuk kanak-kanak..

Ado Berani Ka Lu Anwar???

Friday, August 9, 2013

Hina Islam Jadi Trend Terkini 2013

Semakin hari semakin hebat provikasi yang dilakukan ke atas umat Islam oleh kaum kafir harbi.

Selepas pasangan pelakon porno kelas bawahan Alvin dan Vivian memulakannya pada bulan puasa yang lepas, hari ini satu lagi penghinaan oleh individu yang dikenali sebagai Alan Tang dapat dikesan oleh laman facebook Analisis Politik Terkini.

Sememangnya pages facebook itu banyak menjadi rujukan dan sumber admin dalam mengarang sesuatu artikel.

Admin berharap pihak berwajib dapat melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terbukti individu tersebut benar- benar menghina Islam.

Mungkinkah keberanian mereka ini dalam menimbulkan provokasi terhadap umat Islam semakin bertambah selepas kedua pasangan pelakon porno sebelum ini yang ditahan dapat dibebaskan melalui ikat jamin?

Pandangan admin juga, pihak berwajib harus memperhalusi tindakan yang bakal diambil terhadap individu- individu yang mengeluarkan provikasi yang boleh mengeruhkan keharmonian kaum seperti ini.

Untuk pendedahan selanjutnya siapakah individu ini, sini

Ikutkan marah, memanglah tersangat marah..umpama letusan gunung berapi jadinya..
Tapi dihari baik bulan baik ni tak mahu nak marah sangat, nanti hilang mood raya..
Biar kita serahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan..
Jangan asyik catch and release sudah!!

Kenapa aku kata penyokong pakatan tegar??
Sebab di badge gambar FB anak haram ni ada tulis stop114A..
Hangpa pahamlah ye...

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"