Macam manalah MCA tak ditolak Cina, gerak kerja MCA di bawah Chua Soi Lek, dah macam PPP zaman Kayveas. Dari tahun 2008 sehinggalah 2013, apa gerak kerja terbesar MCA untuk memulihkan keyakinan dan mengembalikan sokongan masyarakat Cina terutama sekali golongan muda kepada MCA berbanding menyalahkan UMNO dan berkongsi citarasa dengan DAP?
Dek kerana itulah, ramai di kalangan MCA yang mendesak agar Chua Soi Lek letak jawatan dan segera berundur bagi memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru yang lebih dinamik untuk memimpin parti tersebut.
Malangnya, Chua Soi Lek ketegar. Desakan tersebut, seperti mencabarnya. Dan dengan menjadikannya sebagai alasan, Chua Soi Lek dikatakan menarik semula janjinya untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden MCA.
Makin malap ler MCA selepas ini... bayangkanlah, ahli-ahli MCA sendiri pun tak undi dan pilih calon-calon MCA masa PRU-13 lalu walaupun kebanyakan calon adalah pilihan Chuo Soi Lek sendiri. Macam mana pula dengan PRU-14?
Jawabnya, ruyup makin teruk ler... silap-silap Persatuan (Parti) Cina SeMalaysia itu akan berkubur seperti parti-parti pra-kemerdekaan yang lain!
Hah, sekarang ni sibuk pulak nak pertahankan kerusi Presiden MCA tu...Memang apek tua ni berbulu dengan Liow Tiong Lai, orang lain caras dia boleh tapi bukan Liow...Punah ler...
No comments:
Post a Comment