Jadi Geng OKC

Wednesday, June 16, 2010

DHPP Akan Singkir Hadi Awang

Bunyi macam tak konfiden...Nik Aziz lebih suka pilih Anwar sama macam Cina dalam PAS punya kalkulator laa..

Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang dilancarkan bulan lalu sebagai sayap baru parti Islam itu, dijangka akan menerima hak mengundi untuk memilih barisan kepimpinan pusat selepas pilihan raya umum ke-13.


Meskipun wujud sedikit kesangsian berhubung arah aliran orang Melayu kepada PAS ekoran sikap pragmatik parti itu menerima bukan Islam sebagai ahlinya, rata-rata pemimpin kanan termasuk dari Dewan Ulama optimistik hak mengundi akan diberikan dalam waktu terdekat.

Betulkah boleh pilih tapi kenapa mesti lepas PRU13? Mr.Bean PAS cuba playsafe nak sedapkan hati.Katanya dia merasakan dalam dua tiga tahun ini, dia yakin selepas pilihan raya umum ke-13,jika merujuk tahap komitmen mereka kepada PAS.


Ini bergantung kepada penilaian komitmen...bukannya penilaian ke atas prestasi (calon bukan Islam) dalam pilihan raya nanti, sebab menang atau kalah merupakan sesuatu yang turun naik (dalam politik), tetapi Hadi Awang ni percaya Dewan Himpunan Penyokong patut diberi hak untuk mengundi

Rumusannya, Lebai-lebai atas pentas PAS lepas ini akan lebih menjaga DHPP daripada perwakilan yang lain kerana undi penentu akan datang daripada puak-puak harbi ini. Dalam pemilihan lepas pun kita tahu ramai yang hantar sejadah dan kain pelikat berserta duit untuk beli undi.

Apa ..! Islam untuk semua, podaah..! itu semua retorik nakkan kuasa.

Kalau PRU Ke-13 akan datang, PAS bungkus terlungkup satu haram kerusi pun tarak.. masih ada tempatkah lagi DHPP? Dalam Muktamar di KB pun sudah ada suara akar umbi yang ditutup mulut dari melahirkan kekecewaan dengan tindak tanduk DHPP, jadi macam mana akar umbi tak marah!

Nampaknya Presiden PAS tak nampak realiti akar umbi yang kecewa.

Baguih..baguih..baguih....kah kah kah

Giliran ADUN Malim Nawar Pula Melompat



Seorang lagi ADUN di Perak angkat kaki. Kali ini keputusan meninggalkan parti DAP merupakan satu tindakan bijak bagi Keshvinder A/L Kasmir Singh yang begitu kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat kerana agenda politik PR itu lebih kepada cakap-cakap kosong sehinggakan tiada langsung lekat dihati untuk menabur bakti kepada rakyat dan lupa kepada tugas dan tangungjawab yang diberikan rakyat.

ADUN Malin Nawar itu juga menegaskan pendirian beliau berpalin tadah untuk keluar daripada parti DAP adalah disebabkan rasa tangungjawab kepada rakyat khususnya di Perak kerana selama menjadi wakil rakyat, beliau merasakan khidmat kepada masyarakat tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna jikalau pimpinan DAP masih asyik berpolitik tanpa mengambil kira situasi rakyat yang perlu dibela.

Atas dasar kecewa dan tertarik kepada corak kepimpinan yang ditonjolkan oleh Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Keshvinder nekad keluar dari kepompong DAP yang lapuk dan tidak bertamadun itu demi membela nasib rakyat.

Keshvinder juga berkata, beliau tidak menghadapi tekanan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat keputusan itu.Dengan tegas beliau mengakui telah membuat pengamatan selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.

Beliau juga tertarik dan yakin dengan corak serta cara kepimpinan kerajaan BN hari ini terutama konsep 1Malaysia yang menurutnya merupakan pendekatan realiti yang terbaik untuk rakyat Malaysia selain mengakui dan yakin dengan keupayaan serta pembaharuan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Perak.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, berpaling tadah awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang. Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula 4 orang.

Jelaslah kini, DAP kebangsaan dan negeri gagal membantu ADUN mereka dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat kerana bagi pucuk pimpinan DAP apa yang mereka tahu adalah memerintah tetapi tidak tahu bagaimana menjalankan tugas dan amanah yang diberi oleh rakyat.

Tentunya dengan isu yang kita dengar hari ini pasti akan dimainkan oleh pembangkang dalam kancah politik mereka dan pastinya akan kedengaran tuduhan kononnya Keshvinder dan yang lain melompat parti kerana mendapat imbuhan atau tawaran istimewa daripada pihak BN. Kalau tidak percaya kita tunggu sahaja komen DAP dan Pakatan Pembangkang yang lain..aduhai politik...

Tuesday, June 15, 2010

Anwar Di Cabar Tunjuk Bukti

Oleh: Jejaka Lantang

Jika Dahulu kita dikejutkan dengan gimik pembangkang dengan isu klip video VK Lingam yang ahkirnya sehingga kini, kisah itu dilupakan begitu sahaja.Namun perlu di ingat, kisah ciptaan pengarah politik terkenal tanahair, Anwar Ibrahim pasti akan di imbas tayangan apabila hampirnya PRU nanti.

Kali ini, kisah lama dibangkitkan kembali oleh bekas pimpinan PKR yang juga Ahli Parliman Bayan Baru dari parti Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan kembali bukti-bukti tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang pada suatu ketika dahulu dimana Anwar pernah memberitahu Zahrain bahawa beliau mempunyai bukti gambar-gambar dan video separuh bogel ADUN tersebut.

Anwar juga turut dicabar membuktikan kewujudan kontrovesi tersebut dimana kini semua orang tahu retorik Anwar yang mahu Elizabeth disingkirkan kerana bagi Anwar, Elizabeth ini tidak layak untuk terus kekal menjadi wakil rakyat dan Exco.Tambahan pula ramai di kalangan ahli PKR tahu Anwar dan Elizabeth tidak ‘ngam’ sejak dulu. (mungkin Elizabeth bukan selera Anwar kot...)

Sekarang ini, giliran Zahrain pula mencabar Anwar buktikannya tuduhan Anwar yang mendakwa Zahrain bersama-sama Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menerima imbuhan daripada pihak UMNO/BN. Kononnya mereka mendapat kereta baru, rumah baru...

Tentunya dikalangan orang-orang politik lebih mengenali Anwar ini yang hebat bermain kata-kata dalam mempengaruhi akal dan minda rakyat untuk menjayakan misi peribadi Anwar menawan Malaysia. Tetapi kini, Anwar kebarangkalian kehabisan peluru untuk menyerang ahli-ahli UMNO maka peluru yang berbaki itu ditujukan pula terhadap bekas-bekas ahli PKR yang berpaling tadah menolak matlamat durjana beliau.

Inilah yang dapat disaksikan oleh kita semua bagaimana Anwar menyerang bekas-bekas ahli PKR yang melompat parti dengan menuduh tindakan sebenar mereka itu disebabkan oleh tawaran dan imbuhan daripada UMNO.

Biarpun dakwaan demi dakwaan direka Anwar, namun sedikit pun tidak mempengaruhi minda rakyat kerana sudah jelas sandiwara Anwar kini ke penghujungnya. Jika benar realitinya, mengapa tidak dibuktikan sahaja tanpa perlu membazir air liur berhujah sini sana?

Politik kebudak-budakan inilah yang akan terus bersemadi didalam jiwa Anwar selagi termampu sebelum impian menakluk kerajaan tidak tercapai. Pasti kita ingat lagi bagaimana hebatnya promosi Anwar menjaja kisah kononnya 16 September kerajaan jadi miliknya? Dan kepastian itu jugalah yang membawa Anwar ini ke muka pengadilan atas tuduhan yang memalukan bangsa melayu-islam itu sendiri.

Tidak habis dengan cerita 16 September, Anwar mulakan pula babak lain dengan menuduh 1 Malaysia meniru 1 Israel..sekarang Anwar ini main pula cerita orang UMNO tawar 2 juta kepada ahli-ahli PR jika sudi melompat parti.

Sifat dan bakat Anwar ini sebaiknya digunakan didalam mahkamah dimana Anwar selayaknya menjadikan Pendakwa Raya sebagai karier bukannya ahli politik, sebab Anwar ini memang pandai bab tuduh menuduh ni..Wajarlah jika Anwar berkhidmat sebagai peguambela atau pendakwaraya kerana sikap ‘gentelman’ menuduh orang sebati dengan dirinya.Adalah lebih baiknya jika Anwar segera letak jawatan sebagai ahli politik dan mohon borang kerja di mana-mana mahkamah dalam Malaysia ini. Lebih wajar jika Anwar memilih mahkamah seksyen kerana disitu nanti Anwar dapat membantu menyelesaikan kes-kes liwat atau rogol sejenis kelak.


Thursday, June 10, 2010

MP ‘bergaduh’ di tempat rehat Dewan Rakyat


Mereka memaki BN celaka, Umno celaka. Itulah perkataaan yang boleh diibaratkan seperti tiada akal fikiran yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang kepada wakil pemimpin kerajaan iaitu MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat.

Beliau juga menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa beliau ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolaknya.

Oleh yang demikian MP Kinabatangan , Datuk Bung Moktar Radin dari Umno telah memfailkan satu usul mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

Beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.Beliau juga mendakwa ‘orang luar’ berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan. Oleh kerana jumlah mereka yang terlalu ramai,beliau mengambil keputusan untuk berundur.

Wednesday, June 2, 2010


Lihatlah!!
Merata dulang paku serpih..
Inilah hakikat nyata dimana gambar ini menjelaskan Badrul juga adalah ketua Gengster..
Rosak sudah

Biar pun ia agak pelik, namun inilah realiti yang berlaku sekarang.
Selepas diharamkan hampir 17 tahun lalu, kini sukan snuker sudah
dibenarkan di Kelantan.

Ini selaras dengan tindakan kerajaan Pusat tidak lagi mengkategorikan
snuker sebagai hiburan, sebaliknya sebagai sebahagian daripada acara
sukan.

Kejohanan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 18 Ogos ini. Ia
akan diadakan di Pusat Snuker KB Mall, yang julungkali diadakan di
Kelantan.

Presiden Persatuan Snuker dan Billiard Kelantan, Azmi Mashyah Ishak
berkata, Kejohanan itu diadakan bertujuan mengelakkan remaja daripada terjebak
dengan gejala tidak sihat.

“Kita tidak mahu mereka terjebak dengan kumpulan mat rempit,
berpeleseran dan lepak, sebaliknya menumpukan masa dan minda dengan
sukan snuker.

"Ini kerana program yang kita adakan lebih tertumpu kepada kegiatan
sukan dan bukannya perjudian,” ujarnya pada persidangan media di sini,
hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu, Setiausaha Persatuan Snuker dan
Billiard Kelantan, Hu Pang Chaw dan Presiden Persatuan Snuker dan
Billiard Kota Bharu, Kevin Poh.

Azmi berkata, kesediaan Menteri Besar hadir merasmikan kejohanan itu
membuktikan keterbukaan kerajaan negeri terhadap acara sukan tersebut.

Selain itu membuktikan tiada unsur perjudian dan perkara negetif lain
sepanjang kejohanan itu diadakan.

PERCAYA KE? BILA SNOOKER DAH ADA BALIK DI KELANTAN, TAK MUSTAHIL LEPAS NI RAMAI LER BELIA2 PAS KELANTAN MASUK PUASAT SNOOKER MAIN 'LUCKY BALL' Hehehehehe...Haprak punya LAW pas bikin..

Thursday, May 27, 2010

Mengapa Perlu Suruhanjaya?? Khalid Samad Merapu Lagi...



Semalam Jejaka menonton tv terpapar berita mengenai perbincangan dan rundingan dua negara antara Malaysia dan Singapura yang akhirnya mencapai kata sepakat tanpa merugikan atau menyusahkan mana-mana pihak antara dua negara serumpun ini.

Tapi..bila Jejaka terbaca pula laporan di sebuah laman web pro-pembangkang, tersentap juga hati Jejaka bila kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mana secara terusan umpama melabelkan pihak kerajaan mengkhianati kerajaan sendiri?

Apa yang menarik perhatian Jejaka, dengan langkah spontan pula Khalid menyeru agar di bentuk satu Suruhanjaya bagi menyiasat tindak-tanduk kerajaan yang kononnya mengapa kerajaan menjual tanah milik KTMB kepada Singapura dan penyerahan semula beberapa Blok Petroleum kepada Brunei.Mungkin isu ini agak sensitif bagi mereka yang tidak tahu dan mungkin inilah topik dan bahan yang akan dijaja oleh parti-parti politik pembangkang seperti PKR, PAS & DAP.

Khalid juga memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam kedua-dua kes tersebut. Beliau juga khuatir ada urusan bawah meja atau ada rundingan disebalik tirai yang menyebabkan ianya dipersetujui.Kononnya segala urusan mendapat nasihat dari firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan yakni, APCO. Tetapi hakikatnya beliau tidak berpuas hati kerana keputusan yang dibuat oleh kerajaan tidak dibawa ke Parlimen dan amarah beliaulah yang memaksa keluarnya cadangan kolot agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat isu berkenaan.

Menyentuh soal penjualan tanah KTMB pula, Khalid tetap tidak berpuas hati kononnya tiada rundingan antara pemimpin dalam Parlimen untuk memberi pandangan mahupun bantahan sebelum apa-apa keputusan dibuat dengan alasan tanah berkenaan juga hak milik rakyat.

Hal inilah yang mendapat perhatian dan penjelasan dari Menteri Pengangkutan sendiri dalam sidang medianya. Beliau telah menjelaskan perihal tanah yang sejak sekian lama tidak dibangunkan itu diserahkan. Menurut beliau, tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Singapura tidak boleh dibangunkan sebelum ini berikutan wujud sekatan bagi penggunaan tanah itu.

"Kebelakangan ini juga terdapat ramai media dan blogger yang tertanya-tanya tentang tapak tanah itu.Mungkin mereka samar-samar tentang adanya sekatan penggunaan tanah berkenaan,” katanya sebelum mempengerusikan mesyuarat pascakabinet di kementeriannya di sini.

Sekatan yang dimaksudkan adalah tapak tanah itu hanya boleh digunakan bagi tujuan perkeretaapian.Jika tapak tanah itu digunakan bagi kegunaan lain selain dari perkeretaapian, ia bukan saja disekat, malah ia tidak dibenarkan mengikut perjanjian sedia ada.Malahan kalau itu berlaku ia juga bermaksud KTMB akan kehilangan tapak itu. Kita tidak berbuat demikian sebab kita patuhi perjanjian sedia ada.

Ahad lalu, Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.anah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte. Ltd. yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Apakah perkara ini masih belum jelas pada Khalid yang sentiasa membangkang selagi termampu? Atau beliau kecil hati kerana tidak dibawa ke Parlimen sebab dah cukup gian untuk berdebat??

Wednesday, May 26, 2010

DERMA AKHIRAT??

AWAS!! N.Sembilan & Melaka Jadi Sasaran?

SENAWANG: Alasan derma untuk akhirat menjadi senjata peminta derma, yang kini berleluasa mengutip derma daripada pemandu yang berhenti meletakkan kereta di beberapa kawasan komersial sekitar kawasan ini.

Pengutip derma ini akan menerpa ke arah kenderaan yang berhenti di situ dan tidak akan berganjak selagi pemandu tidak memberi sumbangan.Tinjauan yang dibuat di Taman Komersial Senawang dan Pusat Komersial Cempaka di sini mendapati antara dua hingga tiga peminta derma berada kaki lima premis perniagaan menantikan kereta berhenti di tempat letak kenderaan.

Setiap kali kereta tiba, mereka akan menghampiri kenderaan dan mengetuk tingkap, meminta derma dengan menunjukkan satu fail, yang kononnya mengandungi surat kebenaran daripada pihak tertentu (selalunya kementerian) untuk mengutip derma.

Apabila tidak dilayan, mereka yang berpakaian baju Melayu dan berkopiah terus menunggu di situ selama kira-kira lima minit sambil memberi nasihat seperti derma itu adalah untuk akhirat, tetapi tidak menyatakan tujuan derma dikutip.

Kebanyakan pemandu kereta yang ditemui memberitahu mereka terpaksa menghulurkan derma kerana tidak mahu diganggu. Ini menyebabkan mereka meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kerana selain mengganggu, kesahihan kutipan derma turut diragui.
Wallahualam..

Samy Vellu’s Stance Is Hurting BN

May 26, 2010 by
Filed under Articles, Kadir Jasin

S. SAMY Vellu’s position as MIC President is clearly becoming more desperate and growingly untenable. It could plunge the MIC into another round of crisis.
Desperation is making him intolerant. Just day after V. Mugilan, the MIC Deputy Youth Chief, blamed him for the party’s poor performance in the 2008 general elections, Samy Vellu sacked him.
Mugilan had also claimed that party members and the Indian community at large had grown weary of Samy Vellu’s promise to step down.
The MIC president said he would stick to his decision to step down “eight or nine months” before his term expires in May 2012, despite a call for him to quit immediately.
Flexing his muscles, he summarily expelled Mugilan without referring him to the party’s disciplinary committee.
In my Other Thots column published in the May16-31 issue of the Malaysian Business magazine, I made the following remarks about the MIC president:
“IT’S time for the MIC president of 31 years, Datuk Seri S. Samy Vellu, to make good his promises to turn the party over to his anointed successor, Datuk P Palanivel.
“Given the boost enjoyed by the MIC in recent weeks, sans his active participation, the passing of the baton now should give the party enough time to regroup and recoup lost grounds.
“Samy Vellu has no more reason to whine and to delay his departure. Thanks to the correct choice by the Barisan Nasional, the MIC novice candidate, P Kamalanathan successfully recaptured the Hulu Selangor parliamentary seat.
“Though Kamalanathan was not Samy Vellu’s choice, his victory over the Parti Keadilan Rakyat’s Datuk Mohd Zaid Ibrahim was a strong indication that the MIC still has a role to play in the BN.
“The BN, in particular the Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, did not altogether ignore Samy Vellu’s wishes when Palanivel was made a Senator and may soon be given a governmental post.
“If Samy Vellu makes a graceful exit now, there is still time for the MIC to strengthen itself and regain the support of the Indians in the three-year before the next general elections.
“I am sure if he makes a graceful exit, the Prime Minister will show the government’s usual appreciation by suitably honouring him like other retired heads of BN parties.
“After three decades of tumultuous leadership, which saw his edging out countless promising MIC leaders, and finally suffering a rout in the 2008 general elections, the time could be running out for the party unless Samy Vellu makes way for younger and untainted leaders.
“Kamalanathan’s victory showed that Malay and Indian voters were more amiable towards a younger MIC leader than Samy Vellu’s ally, Palanivel.
“If the outcome of the Hulu Selangor by-election is any indication, the ties between Umno and the MIC are a binding one.
“That the Malays, who form 54 per cent of the voters, would support an MIC candidate at the time when the Chinese support for the DAP was becoming entrenched, should not miss the attention of the BN leadership.
“The Malays, Indians, the Orang Asli and the natives of Sarawak and Sabah have many things in common — the most prominent being their inferior economic status and widespread poverty.
“Also, given the higher birth rates and lower tendency to migrate, the Malays, Indians, the Orang Asli and the natives of Sarawak and Sabah will in future form a much larger proportion of the population.
“The New Economic Model and all other policy initiates of the government cannot be considered to imbue the spirit of 1Malaysia if the interest of these communities are not safeguarded and promoted.”
FOOTNOTE: Of the main Barisan Nasional parties in the Peninsular, only the MIC is yet to have a new leader after the 2008 general elections debacle. Umno, the MCA and the Gerakan have all elected new leaders — the MCA twice.
Read more: www.n9kini.com

SUDAHKAH SEDIAKAH BN KEDAH?

KEKALUTAN yang berlaku dalam arena politik negara berikutan satu demi satu pilihan raya kecil diadakan serta 'penghijrahan' ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlanjutan pula di Kedah.

Ia berikutan timbulnya khabar angin Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan. Segalanya berpunca daripada berita kononnya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR dan DAP dijangka keluar parti.

Mereka ialah S.Manikumar (PKR-Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR-Sidam), Lim Soo Nee (PKR-Kulim) dan Lim Guan Aik (DAP-Kota Darulaman).

Namun begitu ia baru sahaja khabar angin semata-mata. Jika kesemua mereka hadir di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, pada Sabtu ini maka sahlah khabar angin itu.

Adalah tidak munasabah jika kesemua mereka hendak mengumumkan keluar parti di hadapan penyokong sendiri.

Tambahan pula Chow Kang sudah mengesahkan bahawa mereka akan memberikan ceramah khas untuk memberikan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku.

Oleh itu, jelaslah pembubaran DUN yang digembar-gemburkan hanyalah khabar angin. Tetapi persoalan yang lebih besar ialah siapakah sebenarnya yang inginkan keadaan itu berlaku?

Adakah ia agenda Barisan Nasional (BN) atau lebih tepat lagi UMNO? Atau suasana tersebut sengaja diwujudkan oleh pembangkang semata-mata untuk mengejutkan wakil rakyat mereka yang berhasrat melompat parti?

Memanglah di atas kertas kedudukan kerajaan negeri yang dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP tidaklah sekukuh mana. Ketika ini mereka memerintah dengan kelebihan empat kerusi sahaja.

Daripada 36 kerusi DUN di Kedah, Pas mempunyai 16 kerusi, PKR (3 kerusi), DAP (1 kerusi), BN (14 kerusi) dan Bebas (2 kerusi).

Jika empat ADUN PKR dan DAP keluar parti dengan menjadi bebas ertinya, Pas tinggal keseorangan.

Dengan berada kedudukan itu, ia bermakna Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak tiada sokongan majoriti dalam DUN. Justeru cara terbaik ialah membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri diadakan.

Tetapi semua itu hanyalah sekadar ramalan. Apa yang pasti kerajaan negeri Kedah ketika ini masih stabil.

Selain itu, persoalan juga timbul apakah BN benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya tersebut jika ia diadakan?

Dalam pertemuan penulis dengan beberapa pihak di Kedah, minggu lalu. Laluan BN untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negeri bukanlah mudah.

Malahan senario politik yang berlaku pada masa ini boleh dianggap segalanya berkemungkinan. Walaupun rata-rata rakyat Kedah menyedari bahawa negeri itu tidaklah semaju mana di bawah pakatan pembangkang dan banyak janji pilihan raya tidak ditunaikan tetapi sindrom 'biaqla (biarlah) Pas perintah' seolah-olah menjadi halangan terbesar kepada BN.

''Sebenarnya kalau pun diadakan pilihan raya, susah nak cakap sapa nak menang. Walaupun kerajaan negeri nampak ada masalah, BN pun masih belum bangkit lagi,'' kata seorang pemimpin UMNO bahagian kepada penulis.

Jika keputusan pilihan raya umum lalu dikaji, kita akan mendapati kenyataan tersebut ada benarnya.

Selain terdapat sekurang-kurangnya 11 kawasan yang mencatatkan majoriti di bawah 1,000 undi. Terdapat juga kerusi yang peluang bagi kedua-dua pihak adalah 50-50, biarpun perolehan majoriti undi agak besar.

Pada masa yang sama terdapat hanya 13 kawasan sahaja yang dianggap 'selamat' atau peluang cerah bagi BN atau pakatan menang. Daripada jumlah itu, sembilan adalah milik BN dan empat milik Pas.

Bagaimanapun semua itu adalah perkiraan di atas kertas. Dalam soal ini, BN tidak boleh terlalu yakin kerana sudah terbukti dalam pilihan raya lalu banyak kawasan yang sebelum ini dianggap kawasan tradisi BN ditawan oleh pembangkang.

Satu sumber memberitahu penulis, laluan BN untuk kembali memerintah juga agak sukar memandangkan kemelut-kemelut yang masih lagi berlanjutan di peringkat bahagian-bahagian.

''Memanglah dari segi bersedia, semua parti akan bercakap dah sedia tetapi soal lebih penting boleh menang atau tidak,'' kata seorang lagi penyokong kuat BN.

Mungkin kenyataan seumpama ini tidak begitu disenangi oleh BN tetapi ia adalah hakikat. Pentadbiran kerajaan negeri Kedah bukannya tidak ada masalah, banyak isu yang berlaku.

Ia termasuklah dakwaan bagaimana beberapa ketua pegawai eksekutif yang menerajui syarikat milik kerajaan negeri digugurkan atas alasan yang boleh dipersoalkan.

Begitu juga dengan dakwaan pentadbiran Azizan gagal untuk melunaskan banyak janji-janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu.

Malahan walaupun sudah masuk tahun kedua pemerintahan, kerajaan negeri Kedah masih gagal menunjukkan ke arah mana negeri jelapang padi itu akan dibawa. Apa yang kerap didengar hanyalah slogan Kedah Sejahtera.

Tetapi malangnya, jentera BN dan UMNO tidak memainkan peranan aktif bagi memanipulasikannya.

Kesudahannya, pentadbiran kerajaan negeri dilihat elok-elok belaka, sedangkan kalau dilihat dengan lebih mendalam terlalu banyak masalah yang boleh disifatkan peluang terbaik untuk BN kembali meraih sokongan rakyat.

Namun BN tidak melakukan itu semua. Kekalahan di dalam pilihan raya umum seolah-olah belum menyedarkan UMNO negeri itu bahawa mereka perlu bangkit untuk menamatkan penguasaan pakatan pembangkang di Kedah.

Di peringkat bahagian-bahagian tiada aktiviti dilakukan bagi memperkukuhkan kembali sokongan rakyat. Sebaliknya apa yang terjadi sehingga ke hari ini, masih terdengar kisah-kisah politiking yang memualkan sesama sendiri.

Begitu juga tiada usaha dilakukan bagi menonjolkan pemimpin pelapis biarpun ramai yang mengetahui bahawa sebahagian besar pemimpin BN Kedah yang ada sekarang semakin ditolak oleh rakyat.

Oleh itu, daripada BN Kedah begitu teruja menanti kalau-kalau DUN dibubarkan, adalah lebih baik jika mereka bertanya sesama sendiri sejauh manakah persiapan mereka bagi menghadapi pilihan raya dan sejauh mana pula kekuatan bagi merampas kembali Kedah daripada pembangkang.

Hakikatnya, gabungan pembangkang di Kedah tidaklah sekuat mana. Keyakinan di kalangan pemimpin sendiri pun sudah goyah sebab itulah dua wakil rakyat mereka menjadi ADUN bebas.

Ini belum lagi mengambil kira apa yang berlaku di dalam PKR di peringkat pusat. Tetapi semua itu tidak akan memberikan apa-apa manfaat kepada BN Kedah, jika mereka terus diulit mimpi dan tidak melakukan sesuatu untuk mendekati rakyat.

Apa yang perlu difahami, dalam senario politik sekarang segala-galanya boleh terjadi termasuklah juga Kedah tidak mustahil menerima nasib seperti mana di Kelantan yang terus dikuasai oleh Pas, biarpun pentadbiran kerajaan negeri mempunyai seribu satu kelemahan. Segalanya bukan kerana pembangkang kuat tetapi disebabkan BN tidak mahu menang.

Sunday, May 16, 2010

RASMI...DAP menang majoriti 398 undi



Oleh: ROSLAN BIAN

DAP menjual pilihanraya kecil kawasan Parlimen Sibu, Ahad sebagai pertembungan golongan kaya dan miskin.

Itu modal untuk meraih undi kasihan.Cara paling mudah dalam kempennya tidak lekang kata calon BN Robert Lau Jr adalah jutawan manakala wakilnya Wong Ho Leng, rakyat biasa.

Namun realitinya pilihanraya kecil itu adalah pertembungan antara tycoon dan tycoon.Orang Sarawak khususnya di Sibu cukup mengetahui latarbelakang kedua-dua calon tersebut.

Kedua-dua mereka sama hebat hingga layak mendapat gelaran itu berdasarkan kelebihan dan pengaruh masing-masing.

Robert Lau Jr memang datang dari keluarga jutawan yang berpengaruh di Sibu manakala Wong pula ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek,iaitu salah sebuah kawasan DUN di daerah itu dan juga Pengerusi DAP Sarawak.

Sebab itu jugalah hingga ke saat ini baik pihak BN dan DAP, belum ada yang berani mendabik dada mengatakan calon parti masing-masing pasti menang Ahad ini.

Penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri pandai main ‘ gear gostan’ mendakwa BN mendahului dengan 52 peratus berbanding DAP 48 peratus.

Beliau berharap pengundi simpati dan menyokong calon DAP sedangkan ada pemimpin lain dalam parti itu hanya berani mengatakan peluang kedua-dua calon masih 50-50.

Setakat ini jentera kedua-dua parti sudah melakukan pelbagai cara bagi menawan hati pengundi-pengundi. Segala senjata sudah dilepaskan sejak kempen bermula 8 Mei lalu.

Sasaran mereka pastilah semua pengundi sama ada kaum Cina 36,494 , Melayu/Melanau 9,369 dan Iban (8,665) di rumah-rumah panjang kerana undi masing-masing amat berharga.

Jika BN berkempen menggunakan rekod cemerlang kerajaan sejak lepas merdeka dan mengotakan apa yang dijanji, pembangkang tetap dengan lagu lamanya menidakkan apa saja kerajaan BN sudah lakukan.

Lebih malang lagi pakatan DAP, PKR dan PAS berterusan memainkan pelbagai isu, memaki hamun dan mencari kesalahan BN malah ada sesetengah isu boleh mengancam perpaduan kaum apabila bab agama turut dipolitikkan.

Ramai tahu, DAP terdesak untuk menenangi Parlimen Sibu selepas PKR tewas di Hulu Selangor.

Maklumat diperolehi Agendadaily mengatakan, pembangkang kini menyasarkan pengundi Melayu dan Iban kerana yakin mereka dapat menguasai pengundi Cina.

Khabarnya, DAP berjaya mengurangkan jumlah 38 peratus undi kaum Cina yang diperolehi mendiang Robert Lau pada pilihanraya umum Mac 2008.

BN pula percaya undi Cina masih kekal dan perlu mempertahankan undi Melayu dan kaum Iban yang mungkin sesetengah daripada mereka akan protes disebabkan kecewa faktor wakil rakyat yang tidak turun padang dan tiada kemudahan asas baru untuk mereka serta isu tanah.

Sebab itu Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut berkempen di Sibu mengumumkan peruntukkan RM1 bilion bagi menyediakan dan membaiki prasana berkaitan tebatan banjir serta mengumumkan 6,000 hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR)

Kerajaan sudah berusaha mengatasi isu tersebut dan bagi masyarakat Cina, peruntukkan RM18 juta membantu sekolah rendah dan menengah Cina serta mubaligh jelas mengambarkan kesamarataan kerajaan membantu semua kaum dan selari matlamat 1Malaysia.

Jika ambil kira keprihatinan kerajaan ini, BN tiada masalah untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu tetapi politik orang Sarawak termasuk di Sibu seperti dikatakan sebelum ini sukar dibaca berbanding di Semenanjung.

Sikap melihat, mendengar dan menerima apa diberikan dan diperkatakan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang yang dibuat oleh pengundi-pengundi Sibu terus membingungkan pemerhati politik untuk mencogak BN atau DAP yang menang Ahad ini.

Berasaskan situasi ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat menilai tempoh 48 jam terakhir adalah amat kritikal dalam menentukan kemenangan di Parlimen yang hampir 67 peratus didomonasi pengundi Cina.

Mahu atau tidak, peluang terakhir BN adalah menumpukan usaha meraih sokongan pengundi atas pagar pada peringkat akhir siri kempen pilihanraya kecil ini.

Agendadaily dengar khabar ada pihak yang congak BN akan ketinggalan dua peratus di belakang DAP jika peratus keluar mengundi sama seperti pilihanraya umum Mac 2008.

Sekiranya BN dapat menarik lima daripada 7 peratus pengundi atas pagar, calon BN ada peluang menang dengan majoriti sekitar 1,850 undi.

Usaha juga perlu supaya peratusan keluar mengundi bertambah agar peluang menang besar lebih cerah jika tidak BN terpaksa berpuashati dengan majoriti undi sekitar 700 sahaja..

Sebaliknya jika usaha ini gagal, DAP bakal menang dengan majoriti di bawah 1,000 undi.

Calon Bebas dijangka bukan masalah besar malah Narawi Haron paling tidakpun hanya dapat sekitar 600 undi sahaja.

Bagaimanapun, isu yang menghantui banyak pihak adalah tauke-tauke perjudian sudah mula ‘buka meja’ selepas lawatan Najib Rabu dan Khamis.

Kewujudan mereka sukar dinafikan. Selain Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein turut mengakui ada mendengar perkara itu walaupun tiada laporan polis mengenainya.

Lebih menarik lagi apabila Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Shafie Ismail turut mendedahkan kononnya pihak bertaruh meletakkan kemenangan kepada BN dengan majoriti 2,000 hingga 2,500 undi.

Namun, memegang kata mereka, pengundi-pengundi Sibu tidak seharusnya membenarkan ‘orang lain’ menentukan siapa wakil rakyat yang perlu mereka pilih sebagai tempat mereka mengadu nasib selepas ini.

Cuma masalah di depan mata sekarang sesiapa saja yang bertanding mahukan kemenangan…begitu juga mereka yang berjudi.

Situasi 50-50 pilihanraya kecil ini pasti akan membuat semua berdebar hingga ke wisel penamat.
Dipetik dari Agena Daily.com– 15/5/2010

Friday, September 4, 2009

ADUN Bagan Pinang,N.Sembilan Meninggal Dunia

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Kisah CINTA & KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya couple, teman still paling setia..

Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.


frenz never break....... .....

Tuesday, September 1, 2009

Minta Tolong DAP Lagi Bagus daripada UMNO...??

hai...Salam Ramadhan,

Kali ni, Jejaka nak bicara dan berkongsi cerita buat semua yang sudi membaca rentetan sepanjang perjalanan Jejaka menjadi pemerhati ragam manusia ni..hehehehe...macam pakar je bunyinya kan?
Baiklah, Jejaka nak bercerita di mana pada suatu petang dalam bulan Ramadhan ni, kebanyakan orang akan berpusu-pusu pegi ke Bazaar Ramadhan sebab di situlah bertimbun-timbun makanan.

Dengan tidak semena-mena, Jejaka telah bertemu dengan kawan lama Jejaka.Apa yang di maklumkan pada Jejaka, beliau kini bekerja sepenuh masa sebagai Petani Moden.Maka Jejaka pun bertanyalah pada sahabat ni..apakah bidang projek pertanian yang dilakukannya itu?
" Menanam Tebu" jelasnya.

Baguslah tu jika ramai anak muda generasi sekarang yang masih berminat untuk bertani macam sahabat Jejaka ni.Tetapi di sebalik kejayaan yang masih dalam proses penumbuhan tu...ada jugak rupanya cerita-cerita yang tak sedap mkita dengar mengenai proses penjagaan tanaman tebu tersebut..

Maklumlah kan...Jejaka ni bukan boleh dengar cerita-cerita yang boleh membangkitkan 'hangin' satu badan ni..Jadi, Jejaka pun tnayalah kepada sahabat Jejaka ni...

"Apa pulak yang tak kena lagi?"

"biasalah Jejaka oii...memang perkara ni dah bertahun-tahun berlaku dalam kawasan ni tapi..takder sorang pun yang nak ketengahkan..." balasnya dengan muka sememeh..huhu..

"Yelah..tapi apa yang problemnya bila buat tanam tebu ni?," Jejaka cuba korek cerita lagi...

"Ni ha..tentang bantuan..kau tahu je lah kan..baru-baru ni kerajaan umumkan bantuan untuk belia di negara kita ni telah diperuntukkan bagi apa jua bidang yang ingin dibuat..janji mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan.."

"betul..betul..betul.." saya berseloroh.

"Jadi, sampai la ni aku dok tunggu bantuan yang dijanjikan oleh pihak JBSNS ni..hampeh!! dah 2 kali tebang tebu aku tu..bantuannya tak gak sampai-sampai..bila ditanya,diorang cakap bantuan dah di agihkan tapi kenapa tak sampai ke tangan aku?"

So, dipendekkan citer..kawan sorang ni pun stop r wat jobs tanam tebu atas nama belia ni...dia sekarang still la wat projek tanam tebu ni tapi bukan lagi terikat dengan kerajaan macam yang memula dia buat dulu tapi kali ni terikat dengan Tauke Cina yang lebih adil, prihatin dan berjiwa petani macam yang orang-orang kg, ndak..

Kesimpulan Jejaka senang je...macam yang diorang cakap, lebih baik minta tolong kat cina DAP dari minta tolong kat melayu UMNO, katanyalah...
Alasan yang Jejaka sendiri tak dapat nak jawab..tapi tak tahulah kot-kot para Menteri kita yang bijak pandai tu bleh jawab pulak..

"Minta tolong kat Cina lagi senang daripada Melayu, takder selindung2 takder nak tapis2..sampai subsidi pun orang2 dalam nak makan gak..."

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"