Jadi Geng OKC

Wednesday, May 26, 2010

DERMA AKHIRAT??

AWAS!! N.Sembilan & Melaka Jadi Sasaran?

SENAWANG: Alasan derma untuk akhirat menjadi senjata peminta derma, yang kini berleluasa mengutip derma daripada pemandu yang berhenti meletakkan kereta di beberapa kawasan komersial sekitar kawasan ini.

Pengutip derma ini akan menerpa ke arah kenderaan yang berhenti di situ dan tidak akan berganjak selagi pemandu tidak memberi sumbangan.Tinjauan yang dibuat di Taman Komersial Senawang dan Pusat Komersial Cempaka di sini mendapati antara dua hingga tiga peminta derma berada kaki lima premis perniagaan menantikan kereta berhenti di tempat letak kenderaan.

Setiap kali kereta tiba, mereka akan menghampiri kenderaan dan mengetuk tingkap, meminta derma dengan menunjukkan satu fail, yang kononnya mengandungi surat kebenaran daripada pihak tertentu (selalunya kementerian) untuk mengutip derma.

Apabila tidak dilayan, mereka yang berpakaian baju Melayu dan berkopiah terus menunggu di situ selama kira-kira lima minit sambil memberi nasihat seperti derma itu adalah untuk akhirat, tetapi tidak menyatakan tujuan derma dikutip.

Kebanyakan pemandu kereta yang ditemui memberitahu mereka terpaksa menghulurkan derma kerana tidak mahu diganggu. Ini menyebabkan mereka meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kerana selain mengganggu, kesahihan kutipan derma turut diragui.
Wallahualam..

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"