Jadi Geng OKC

Thursday, July 11, 2013

Lengkaplah Sudah Alasan Kejatuhan Anwar Bakal Tiba...


Anwar Ibrahim berada dalam keadaan dilema untuk menyatakan pendirian yang telus dan ikhlas dalam insiden kudeta di Mesir oleh tentera terhadap Presiden Mohammed Morsi. Ketika kumpulan Islamik, Ikhwan Muslimin, berjaya menumbangkan rejim Presiden Mubarak lebih setahun yang lalu, Anwar menganggapnya sebagai satu kejayaan besar siri revolusi ‘Arab Spring’ yang didokong kuat oleh kuasa rakyat.

Sebelum Mesir,‘Arab Spring’ juga berjaya menurunkan rejim-rejim Arab yang dianggap bersifat diktator di Tunisia dan juga Libya.Kejayaan ini telah mencetuskan ilham di dalam minda Anwar untuk membawa bukan sahaja semangat ‘Arab Spring’ tetapi juga kaedah yang sama untuk diapplikasi di Malaysia.Malah dalam temuramah dengan media asing dan pada siri ceramah semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu,Ketua Pembangkang itu menekankan berkali-kali tentang pentingnya rakyat bersama-sama pakatan pembangkang untuk menggerakkan ‘Malaysian Spring’ bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.Rasional yang digunakan oleh Anwar untuk menyeru rakyat menjatuhkan kerajaan BN adalah atas alasan korupsi dan penyelewengan kuasa yang berleluasa.

Malangnya Anwar tidak pula menyebut mengenai pelbagai dakwaan rasuah serta salahguna kuasa semasa beliau berada di dalam kerajaan selama 16 tahun.Tidak pula dijelaskan bagaimanakah ahli keluarga terdekat,saudara mara da sahabat handai yang rapat denga Anwar menjadi begitu kaya raya dan kemewahan melimpah ruah sepanjang beliau berkhidmat di bawah kerajaan BN. 

Malah terkini apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam dari BN,Liang Teck Meng membangkitkan isu 20 akaun luar negara berjumlah USD66 juta yang didakwa kepunyaan Anwar,beliau diancam dengan tindakan saman.Rakyat melihat dua sikap berbeza yang diamalkan oleh Anwar,satu yang memberi kepentingan kepada agenda politiknya untuk menjadi Perdana Menteri dan satu lagi sikap agresif yang ditonjolkan apabila tembelang dan temberangnya didedahkan.Begitu juga dalam isu rampasan kuasa di Mesir di mana pada satu pihak Anwar begitu kuat menyokong rakyat Mesir yang meletakkan Morsi di atas tampuk kuasa malah teruja untuk mengimport ide ‘Arab Spring’ ke Malaysia. 

Pada masa yang sama Anwar juga mengkritik keras rakyat Mesir yang sama yang kini menurunkan pula Morsi dari kerusi presiden di atas kegagalan beliau untuk mengurus 1001 macam masalah kritikal yang mendepani negara Arab di utara benua Afrika itu.

Paling ketara ialah masalah ekonomi yang meruncing di tambah pula dengan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan golongan muda dan belia.Masalah Morsi dikompaunkan lagi dengan sikap golongan Ikhwan Muslimin yang tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang dilandaskan kepada permuafatan nasional yang melibatkan semua ‘stakeholders’ termasuk golongan yang pernah mendokong rejim Mubarak.

Dengan menjadikan pentadbiran Morsi eksklusif kepada golongan Ikhwan Muslimin ia meminggirkan sebahagian besar golongan penting lain yang juga mahu memainkan peranan yang bermakna di bawah pentadbiran baru.Dalam kenyataannya sejurus berita Morsi digulingkan,Anwar berkata,“Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar.” 

Dalam hal ini Anwar menampakkan sifat hipokritnya yang amat jelas mempertahankan pentadbiran Morsi yang dipilih secara demokratik. Bagaimana standard penilaian yang sama tidak diapplikasikan kepada negara sendiri apabila mengeluarkan kenyataan untuk menghasut rakyat menumbangkang kerajaan BN yang telah sah dipilih rakyat.Melalui amalan demokrasilah BN telah dipilih semula untuk menerajui kerajaan pada PRU13 lalu tetapi Anwar tidak dapat menerima kekalahan pihak pembangkang.

Anwar mungkin berfikir bahawa beliau adalah calon paling layak untuk menjadi Perdana Menteri tetapi rakyat pula mempunyai pandangan lain yang harus dihormati. Sebenarnya bukan Anwar menentang BN tetapi hakikatnya beliau melawan kuasa rakyat yang telah meletakkan BN kembali ke tampuk kekuasaan.Anwar menganjurkan siri perhimpunan haram Blackout 505 dalam percubaannya mempergunakan rakyat sekali lagi untuk memenuhi impian peribadinya.Akhirnya beliau kecundang dek perbuatan penyokong pembangkang sendiri yang menyedari mereka telah ditipu oleh Sang Pembohong Agung.

Anwar menipu pemimpin-pemimpin pembangkang, penyokong pembangkang,rakyat Malaysia, Jusuf Kalla,pembiaya-pembiaya asing,pelabur-pelabur antarabangsa malah keluarganya sendiri. Kini beliau tersepit dan terperangkap dalam permainan politik yang natijahnya tidak membawa apa-apa hasil bagi dirinya tetapi hanya berjaya membawa negara ke jurang kemusnahan.

Korang dah baca? Korang renung-renungkanlah di bulan Ramadhan nie...

Yang Wajib Kita Ketahui Hak Istimewa Orang Melayu Malaysia & Singapura



Hak istimewa orang-orang Melayu sebagai penduduk asal Singapura ada di nyatakan dalam perlembagaan negara itu yang menyebut,

(1) Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk sentiasa menjaga kepentingan kaum minoriti dan agama mereka di Singapura.

(2) Kerajaan hendaklah menjalankan fungsinya dengan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu, yang merupakan orang asal Singapura, dan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi, menjaga, menyokong, memupuk dan menggalakkan , kepentingan politik mereka, pendidikan agama, ekonomi, sosial dan budaya dan bahasa Melayu.”

Dalam konteks kerajaan Malaysia pula, Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.

Melalui Artikel 152 Perlembagaan Singapura dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, hak orang Melayu sebagai penduduk asal dipelihara tanpa mengambilkira sama ada orang Melayu tergolong dalam kumpulan majoriti atau minoriti . Sekiranya di Singapura, sokongan kaum Melayu dilihat kritikal bagi sesebuah parti politik untuk menjadi parti yang memerintah, sebaliknya di Malaysia pula sokongan kaum-kaum minoriti Cina dan India turut memainkan peranan yang sama.

Demi survival politik, parti PAP yang menjadi pemerintah Singapura sekarang dilihat cenderung mempertahankan hak-hak orang Melayu. Peranan PAP ini boleh dilihat apabila NMP Viswa membangkitkan isu supaya hak sama rata diberikan untuk semua kaum dalam satu sesi Parlimen pada tahun 2009.

Walaubagaimanapun isu yang dibangkitkan itu dibidas oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew dengan menyatakan perlembagaan Singapura itu sendiri yang telah menetapkan hak-hak istimewa orang Melayu.

http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=211512

Sebaliknya di Malaysia, gabungan parti-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR pula cenderung berbicara tentang soal kesamarataan di antara kaum dan agama. Parti PAS dan PKR yang majoriti ahlinya kaum Melayu pula dilihat boleh bertoleransi dengan konsep Malaysia Malaysian yang menjadi asas perjuangan parti majoriti kaum Cina, DAP.

Sikap toleransi ini mungkin berpunca dari kesedaran bahawa kebarangkalian untuk gabungan DAP, PAS dan PKR mengambil alih pemerintahan negara adalah dengan mendapat sokongan kaum-kaum minoriti di negara ini kerana kaum majoriti Melayu telah terpisah kepada dua blok dari segi sokongan politik.

Walaupun soal hak keistimewaan orang Melayu kerap dipersoalkan oleh kaum-kaum lain di kedua-dua buah negara Malaysia dan Singapura. Asas pembentukan negara dengan memahat kedudukan hak istimewa orang Melayu telah menjadi 'penyelamat' supaya kaum Melayu tidak dipinggirkan di negara sendiri.

Hak istimewa orang Melayu di Singapura tidak sama dengan apa yang kita namakan sebagai 'affirmative action' kerana walaupun Melayu di Singapura adalah golongan minoriti tetapi 'kedudukan istimewa' diberi berdasarkan pengiktirafan yang tertulis dalam perlembagaan negara itu melalui Artikel 152 menghormati hak-hak istimewa orang Melayu sebagai penghuni asal .

Affirmative action' ialah merujuk kaedah yang digunapakai untuk memperbetulkan ketidak seimbangan di antara kumpulan-kumpulan yang berlainan.

Di Malaysia pula hak keistimewaan orang Melayu seperti yang dinyatakan dalam Artikal 153 disokong oleh 'affirmative action' iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969. DEB diperkenalkan bagi mengecilkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum. Setelah 44 tahun dilaksanakan, DAP merupakan antara parti politik yang lantang membantah supaya dasar ini diteruskan.

Berbeza dengan Malaysia, kerajaan Singapura tidak mempunyai polisi yang serupa untuk kaum Melayu di negara itu . Walaupun hak-hak keistimewaan kaum Melayu Singapura dipertahankan , kerajaan Singapura tidak memperkenalkan mekanisme yang serupa seperti DEB bagi membantu orang Melayu di negara itu terutama dari segi ekonomi . Mereka terpaksa berusaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain dinegara itu. Namun begitu, masih wujud desakan terhadap kerajaan Singapura supaya hak-hak istimewa ini dimansuhkan.

Melihat kepada perbandingan Malaysia-Singapura berkaitan hak istimewa orang Melayu di kedua-dua buah negara. 'affirmative action' oleh kerajaan memerintah dilihat perlu bagi membolehkan pembahagian kek ekonomi negara tidak dibolot oleh hanya kumpulan tertentu sahaja. Tidak dinafikan 'hak istimewa' kaum Melayu dijamin perlembagaan kedua-dua buah negara namun sekiranya terdapat jurang ekonomi yang luas antara kaum, mereka akan dilihat merempat di tanah air sendiri.

Hal ini boleh dirujuk dengan melihat kembali sejarah sebelum pembentukan DEB di Malaysia.  Walaupun 'hak istimewa' Melayu telah dinyatakan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957, tahap ekonomi kaum Melayu dalam tempoh itu amat menyedihkan kerana 'affirmative action' masih belum dilaksanakan. Legasi yang ditinggalkan penjajah British melalui dasar pecah dan perintah telah mewujudkaan jurang sosio-ekonomi yang luas di antara kaum. Walau pun telah mencapai kemerdekaan, momentum dari dasar yang diperkenalkan itu tetap berterusan sehinggalah berlaku peristiwa 13 Mei.

Dengan peredaran zaman dan peningkatan taraf hidup rakyat di kedua-dua buah negara, generasi muda di Malaysia dan Singapura mungkin 'terlepas pandang' dengan Artikel 152 dalam Perlembagaan Singapura dan Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut penulis blog dari Singapura, Encik Umar Abdul Hamid di dalam blog beliau ;
http://uahmarican.wordpress.com/2013/02/10/why-are-malays-special-in-singapore/

Generasi muda di negara itu mungkin tidak memahami keperluan Artikel 152 , malah mungkin tertanya mengapa ianya perlu dalam satu masyarakat berbilang kaum tanpa terlebih dahulu mengkaji sejarah disebalik penggubalan perlembagaan negara. Generasi muda kaum Melayu khususnya mungkin sudah dibiasakan untuk hidup dalam keadaan tidak 'bertongkat' di negara itu sehingga 'terlupa' tentang Artikel 152 yang termaktub dalam perlembagaan Singapura.

Perkara yang serupa berlaku pada generasi muda di Malaysia. Ada di kalangan muda-mudi bukan bumiputera dengan keras sekali mengkritik Artikel 153 yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia . Kritikan dilemparkan dalam laman media sosial seolah-olah mereka gagal memahami sejarah pembentukan negara ini. Tidak kurang juga kritikan yang dibuat oleh muda-mudi dari kalangan kaum Melayu sendiri.

Tindakan-tindakan sebegini mencerminkan kelemahan penyebaran informasi kenegaraan kepada rakyat. Hasilnya soal-soal berkaitan kenegaraan mulai dilupakan dari satu generasi ke generasi yang lain. Bezanya generasi muda Melayu Singapura ialah mereka telah dibiasakan untuk hidup tanpa 'tongkat' , namun bagi generasi muda Melayu di Malaysia adakah mereka hanya akan 'tersedar' sekiranya 'tongkat' itu dirampas ? - Sumber  

 Pesanan saya kepada semua orang Melayu "Daftarlah sebagai pengundi kerana setiap undi kita orang Melayu amat beharga"

Husam mahu PAS kalah di Kuala Besut??


Satu ungkapan yang sememangnya bagi setengah orang memang tidak masuk akal. Namun hakikatnya itulah perkara yang sedang bermain di kepala beberapa orang Pas yang amat sayangkan kepimpinan ulamak.

Perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut oleh Dr. Hatta Ramli menimbulkan persoalan kepada penyokong Pas Terengganu. Siapa
Husam Musa di mata penyokong Pas Terengganu? Penyokong Pas Terengganu dipercayai amat sayangkan Ayak Chik, sedangkan umum mengetahui bahawa Husam Musa adalah salah seorang individu dalam “team Anwarinas”.

“Team Anwarinas” adalah team yang cuba mengliberalkan Pas sebagaimana Pas sekarang. Atau kenyataan yang lebih kasar sedikit ialah “team Anwarinas” adalah team dari kumpulan yang pro Anwar Ibrahim yang cuba untuk meng sekularkan  Pas.

Berbalik kepada tajuk Husam mahu PAS kalah di Kuala Besut pula ialah:

Kenapa Husam mahu Pas kalah di Kuala Besut? Husam mahu Pas kalah di Kuala Besut adalah kerana jika Pas menang maka kedudukan kerusi di Terengganu akan jadi 16:16. Sekiranya kerusi kedudukan sedemikian berkemungkinan Sultan Terengganu akan mengarahkan kerajaan perpaduan ditubuhkan antara BN dan PAS. 

Sumber daripada istana menyatakan Tuanku tidak akan mengarahkan PRN diadakan. Keadaan sebeginilah yang membimbangkan Husam. Ini adalah kerana sekiranya berlaku kerajaan perpaduan antara BN dan PAS di Terengganu maka kedudukan Pas di dalam pakatan akan retak dan mungkin akan terus berpecah.

Umum mengetahui kejayaan besar pakatan di mana-mana pilihanraya adalah bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan jentera Pas.

Sebab kedua mengapa Husam mahu Pas kalah di Kuala Besut ialah sekiranya Pas kalah maka populariti Ayah Chik akan terus merudum di dalam Pas. Kerana hari ini Pas Kelantan cuba mendominasi Pas Pusat kerana pas Kelantan sudah lebih 20 tahun mempertakan kerajaan Pas di Kelantan.

Perlantikan Husam sebagai pengarah adalah satu usaha untuk mencemarkan imej Pas Terengganu sekaligus menamatkan karier politik Ayah Chik.

Tuesday, July 9, 2013

PAS Bagi Amaran Buat Karpal Kerusi Roda!!


Setidak-tidaknya aku salute ler dengan anak Pok Nik yang boleh dikatakan berani mempertahankan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan daripada dipinda dan turut menempelak si Pengerusi yang memang hidup di atas kerusi jer selama ini.

Apa yang jelas, Nik Abduh lebih berani dalam memperkasakan agama dan hak-hak melayu daripada bapaknya sendiri Nik Aziz.

Meskipun Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (WP) 2013 ditarik balik, namun Karpal Kerusi Roda masih tidak berpuas hati.

Lebih parah bila Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin turut menyanggah tindakan Karpal dengan memberi kata dua kepada PAS merupakan agenda yang sudah tersasar jauh kelaut dengan intipati perkongsian kuasa antara ketiga-tiga parti itu.

Oleh itu, sebagai bangsa melayu dan beragama Islam, wajib dan wajarlah tindakan Nik Abduh itu, ini juga memberi gambaran buat Karpal Kerusi Roda agar berhati-hati dengan kebangkitan Melayu dan Islam..
Ini tanah kami yang punya...korang menumpang jer..

Jejaka Baghuh



.

Semalam, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu bertentangan dengan konsep perkongsian antara ketiga-tiga parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Monday, July 8, 2013

Lupakan Aje Matlamat Si Kurang Upaya Ni!!

Perkara 12 (4), jelas tersembunyi agenda tersirat DAP dalam usaha menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang bebas beragama mengikut kehendak individu itu sendiri.

Pengerusi DAP, Karpal OKU dengan biadap mahukan meminda perlembagaan persekutuan berhubung status agama kanak-kanak dibawah umur 18 tahun membuktikan agenda yang maha jahat dalam melumpuhkan syiar Islam yang menjadi teras utama di negara ini.

Apabila Karpal OKU membangkitkan hal ini, dia menunjukkan DAP dan sekutunya seolah-olah mahu mengulang semula apa yang dah berlaku di Singapura 60 tahun dahulu. Isu Natrah menjadi pedoman untuk kita rakyat Melayu Islam mengerti dan memahami maksud tersirat si OKU itu.

Kekacaun yang berlaku dari peristiwa itu menyebabkan Singapura bertukar menjadi sebuah negeri yang relatifnya Melayu kepada Singapura sekarang. 60% dari kaum Cina, 15% pula Melayu yang kebanyakkan kini lupa pada kemelayuan mereka. Pertuturan sahaja sudah cukup memperlihatkan lambang kemelayuan di Singapura kian pupus.

Apakah ini yang di idamkan oleh penyokong-penyokong PKR dan PAS?? Kompomlah yang melayunya. Sebab itulah kita sebagai pewaris bangsa wajib mempertahankan dan memartabatkan bangsa dari terus dipijak oleh kaum lain yang menumpang kasih di bumi Melayu ini.

Tuntutan Karpal OKU memanglah logik dan relevan sebab DAP memang mengimpikan Malaysia menjadi negara sekular sama seperti Singapura. Lim Kit Siang tentunya mahu menandingi Lee Kuan Yew yang berjaya mengusir orang Melayu secara sistematik dan ini jualah matlamat agung Karpal untuk diwarisi kepada anak-anak Singh yang akan datang.

Kalau perihal sebegini masih lagi menjadi kabur bagi puak-puak Melayu yang menyokong taksub kepada PR, maka tidak hairanlah jika apa yang terjadi bakal terjadi.

Lebih-lebih lagi pengamal politik PAS. Sehingga kini masih dengan angan-angan Negara Islam..Bukan tak setuju tapi ukur baju badan sendirilah beb....Macam mana nak bentuk negara Islam kalau masih bergaul dengan bukan Islam macam DAP tu?

PKR aku tak nak cakap la, sebab semua orang tahu yang PKR ini ikut jer DAP sebab PKR sebuah parti yang bebas beragama, bebas bergaul laki-laki perempuan, pondan, gay dan sebagainya. Asal dapat jadi Perdana Menteri sudah ler...

Apapun, Perlembagaan Persekutuan wajar menolak sebarang pindaan yang melibatkan perkauman, agama dan adat resam negara yang berbilang kaum ini. Hasrat si OKU tu, tepis jauh-jauh. Biarlah dia melalak di atas wheel chair nya kerana, matlamat kesejahteraan bangsa lebih utama dari matlamat si kurang upaya.

jejaka.






Saturday, July 6, 2013

Artis Tiada Ilmu Jadi Bukti Ditolak Rakyat

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)pada 5 Mei lalu menyaksikan banyak perubahan landskap dalam industri politik negara. Keputusan rakyat menunjukkan trend polarisasi pengundi begitu membimbangkan kerajaan.
Ada di antara ahli politik dalam sesebuah parti sanggup bertanding calon Bebas kerana sudah mempunyai hala tuju tersendiri.
Dan yang menarik pada PRU-13 ini apabila melihat tiga selebriti Malaysia iaitu Herman Tino yang bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Tanjung Karang, Dayangku Intan (PKR - Parlimen Penggerang, Johor) dan Aishah (PAS – Parlimen Jempol, Negeri Sembilan).
Namun, keterlibatan artis dalam politik khasnya PRU-13 kini membenarkan cakap-cakap mengatakan bahawa golongan artis ini hanya cukuplah sekadar menjadi penyanyi dan menghiburkan, bukan berjuang di pentas politik.
Itulah keputusan PRU-13 apabila menyaksikan ketiga-tiga artis yang bertanding di kerusi Parlimen ini gagal memenangi hati pengundi di kawasan masing-masing.
Kira-kira 42,333 pengundi di Parlimen Tanjong Karang, 65,231 pengundi di Parlimen Jempol serta 37,999 pengundi di Parlimen Pengerang lebih cenderung membuat keputusan dengan memilih calon yang dirasakan mampu membantu dan menggerakkan kemajuan di kawasan berkenaan dengan memberi undi kepada parti Barisan Nasional (BN).
Di Parlimen Jempol menyaksikan Aishah tewas dengan memperoleh 22,495 undi kepada Tan Sri Isa Samad yang menang 31,109 undi.
Sementara di Parlimen Pengerang, Dayangku Intan memperoleh undi sebanyak 4,484 tewas kepada Datuk Seri Azalina Othman Said dengan 26,992.
Penyanyi Herman Tino berjalan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Karang untuk berkempen sebagai calon Bebas pada PRU-13 lalu.
Manakala Herman Tino yang bertanding tiga penjuru Parlimen Tanjung Karang hanya memperoleh 340 undi yang juga tewas kepada calon BN, Datuk Seri Noh Omar. Noh menang 20,548 dan Mohamad Rashid Deraman (PAS) dengan 16,154 undi.
Ini jelas menunjukkan masyarakat masih menolak penglibatan golongan artis dalam gelanggang politik apa lagi untuk mentadbir kawasan mahupun negara.
Sejarah berulang kembali apabila pada pertama kalinya artis bernama Abu Bakar Ellah yang pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut, Sabah sebagai calon Bebas dalam saingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004 juga gagal mendapat tempat di pentas politik.
Sandiwara glamor
Ini menggambarkan fenomena artis berpolitik dilihat bukan sekadar satu sandiwara glamor atau cubaan berkuasa yang boleh dipandang ringan.
Penglibatan artis dalam dunia politik mampu membangkitkan satu gelombang dan anjakan perasaan khasnya di kalangan peminat mereka sendiri.
Sama ada suka atau tidak, sumbangan, penglibatan serta perilaku seseorang artis itu mempunyai kesan langsung terhadap naik turunnya ‘feel good factor’ terhadap iklim politik negara.
Berhubung pencalonan ketiga-tiga artis yang masih ‘hijau’ ini mewakili parti dan berdepan pula dengan calon ‘otai’ politik adalah satu percaturan yang berani.
Namun, ia bukanlah satu tindakan yang bijak. Mereka masih terlalu ‘muda’ dalam bidang politik dan masih memerlukan ilmu yang lebih tinggi dalam menguasai bidang ini.
Calon Bebas PRU-11, Abu Bakar Ellah
Bagi mempersiapkan diri bergelar aktivis politik, artis terlebih dahulu perlu memahami liku-liku dan sorotan perjalanan menjadi ahli politik bermula dari proses mengurus dan mentadbir keahlian dalam parti politik sehinggalah duduk bersidang di dewan mahupun parlimen bagi membincangkan perubahan ataupun hala tuju industri secara lebih matang.
Perkongsian serta pembawaan ideologi berteraskan politik bukanlah semudah berkongsi gambar profil atau memuat naik status di laman media baru.
Sering kali kita melihat pertelagahan antara artis dan penyokong parti ditimbulkan di laman sosial dalam mempertahankan ideologi politik masing-masing.
Fahami tujuan berpolitik
Perlu diingat, bukan sekadar melawat rumah ke rumah menghulur bantuan. Atau ceramah sana sini bagi meraih sokongan pengundi, artis perlu memahami tujuan berpolitik untuk membangun dan mendukung dasar-dasar parti atas semangat kesedaran tinggi agar pembangunan negara bangsa dan hala tuju nasional dapat terlaksana.
Sebelum memberanikan diri untuk menceburi politik bahkan bertanding untuk PRU ini, mereka perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan ilmu sains politik, perang saraf dan komunikasi sebelum menempatkan diri di tengah-tengah khalayak untuk berbicara dan berkomentar berkaitan politik semasa agar setiap tutur bicara, idea dan tingkah tidak menjadi bahan ketawa atau lebih malang menjadi sumber perpecahan bangsa.
Kesilapan artis yang bertanding kali ini dilihat lebih cenderung kepada ideologi yang mahu memartabatkan dunia seni berbanding kemajuan negara. Mereka dilihat lebih kepada mahu memperjuangkan industri hiburan negara khasnya melibatkan kebajikan yang terarah kepada ‘survival’ periuk nasi mereka agar terus mampu bertahan dengan suasana ekonomi penuh mencabar.
Ini membawa kepada satu pendedahan bahawa mereka ini menggunakan pentas politik PRU sebagai satu platform mendendangkan suara dan buah fikiran mereka untuk disampaikan dan dikongsi bersama penyokong parti.
Selain itu, strategi kempen menggunakan saluran ceramah semata tidak banyak membantu ketiga-tiga artis ini memikat hati pengundi.
Walaupun hanya Dayangku Intan menggunakan saluran media sosial Twitter dalam kempen beliau, namun dengan memuat naik gambar-gambar sekitar kempen tidak dilihat sebagai strategi terbaik untuk beliau. Apa lagi bagi Herman Tino yang hanya berkempen di gerai-gerai sekitar Tanjung Karang.
Dayangku Intan tewas di Penggerang, Johor
Tidak dinafikan bahawa ramai figura politikus terkemuka dunia juga lahirnya di kalangan artis seperti Ronald Reagan yang berjaya mewakili Amerika Syarikat sebagai Presiden, Arnold Schwarzenegger menakluki California sebagai Gabenor manakala Joseph Estrada menjadi Presiden Filipina.
Tidak ketinggalan Amitabh Bachan dan MG Ramachandran juga merupakan artis yang menjadi ikon politik di India.
Perlu diingat, menyertai parti politik bererti bukan sekadar membawa perjuangan golongan mereka (artis), malah melangkaui nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara.
Menyertai parti politik atau beralih dari seorang artis kepada ahli politik membolehkan seseorang artis itu mendapat hak dan memainkan peranan sebagai ahli.
Bagaimanapun, bukan mudah bagi selebriti memenangi hati rakyat. Ini jelas apabila John Glenn, angkasawan dan rakyat Amerika pertama mengelilingi orbit gagal dalam persaingan merebut jawatan presiden.
Oliver North, pengacara televisyen, turut gagal dicalonkan ke senat manakala Bill Bradley, pemain bola keranjang terkenal, gagal menjadi Presiden AS ketika pilihan raya 2000. Begitu juga dengan kegagalan Abu Bakar Ellah dalam cubaan beliau dalam PRU-11.
Jelas, kejayaan dalam bidang politik tidak berdasarkan kemasyhuran dan populariti dalam dunia glamor semata-mata.
Bagi selebriti yang ingin menjadi ahli politik berjaya, kualiti dan latar belakang mereka menjadi aspek penting yang dinilai masyarakat.
Oleh itu, parti dan juga rakyat perlu mengetahui bahawa pembentukan sesebuah negara perlu berlandaskan sokongan rakyat dan pengalaman mentadbir negara.
Kerajaan yang tidak berpengalaman bukan sahaja memberi kesan buruk dari segi pentadbiran dan pembangunan prasarana yang kita pertahankan sejak kemerdekaan lagi.
Strategi Pakatan Rakyat meletakkan calon artis dalam parti tidak memberi jaminan terhadap ‘popular candidate’ kepada ‘winable candidate’.
Parti perlu perjelaskan atas tiket apa artis ini dipertaruhkan dalam PRU-13 ini.
Adakah hanya memperagakan artis dalam parti bagi memperoleh sokongan atau adakah calon artis itu benar-benar mempunyai ilmu politik dan kepartian untuk mentadbir negara?
Walau bagaimanapun, ini bukan lah pengakhiran bagi para artis untuk melangkah ke dunia politik. Sebagai rakyat Malaysia mereka masih mempunyai hak untuk menyertai dan memilih parti politik masing-masing.
Malah, masih mempunyai peluang untuk bertanding pada PRU akan datang bagi mengubah landskap politik yang lebih demokrasi.
Justeru itu, artis perlu benar-benar jujur dan ikhlas serta mendalami ilmu sains politik yang lebih mantap dalam usaha menggalas tugas sebagai ahli parti ataupun aktivis politik dan bukan lagi masanya untuk terbawa-bawa trend yang penuh glamor dan sentiasa mencipta kontroversi.

Friday, July 5, 2013

Blog Aku Blog Benci Anwar!!!

SALAM JUMAAT...

Blog ni, kebanyakannya memaparkan isu dan cerita-cerita tentang pembangkang khususnya Anwar Ibrahim kerana aku memang cukup benci dan tak suka langsung dengan dia yang mempunyai banyak kes-kes pelik dan aroma busuk yang membawa kehancuran pada generasi muda masa kini.

Justeru, aku mempelawa rakan-rakan blogger dan dan seangkatan dengannya untuk berkongsi maklumat dan cerita tentang insan yang bernama Anwar ni.

Benci bukan kerana dia pernah melukai hati aku atau tumbuk aku atau balun jubuq aku tapi aku benci dengan laungan reformasi dan demonstrasi yang dirancangnya yang tiada kesudahan. Dan aku benci bila sampai hari ni tiada satu pun tindakan dari mana-mana jua pihak atas perilaku songsang yang telah dilakukan..

Kenyataan peribadiku...aku takut negara ni hancur dan huru-hara oleh impak 'Anwar Spring' yang boleh berlaku jika masing-masing antara kita lalai dan leka dengan segala racangannya. Ingat, hati seseorang itu tidak dapat diketahui selain Allah dan dengan izin DIA juga, Anwar boleh berjaya disebabkan kelalaian kita.

Kutuk Tindakan Tentera Mesir, Anwar Lupa Kecaman Berbalik Pada Diri Sendiri

Talam Dua Muka Anwar dan pimpinan PAS makin terserlah apabila barisan pimpinan Pakatan mengutuk tindakan tentera Mesir yang bertindak terhadap Mursi. Jelas sudah kutukan palsu Anwar and the geng ini sengaja dibuat untuk menarik perhatian rakyat agar menyedari bahawa Pakatan juga mempunyai pandangan terhadap apa yang berlaku di Mesir ketika ini.

Apapun, kita janganlah lupa dan terpedaya dengan kenyataan mereka ini kerana ini semua adalah helah Pakatan bagi menutup tindakan mereka sebelum ini yang menyerupai apa yang telah berlaku di Mesir.

Ingatkah kita pada laungan 'blackout' yang berselindung disebalik niat untuk mengguling kerajaan sama seperti apa yang boleh dilakukan terhadap Mursi?

Merekalah yang membuat himpunan demi himpunan dengan memakai pakaian serba hitam dan melanggar peraturan dan ia adalah sama dengan perbuatan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di sana. 

Maka apabila mereka yang mengutuk tindakan tentera Mesir juga melakukan perkara yang sama dengan penunjuk perasaan hingga mahu menggulingkan kerajaan melalui kata-kata berbaur hasutan oleh Husam Musa bahawa sesiapa yang mati menyertai Blackout 505 dikira mati syahid, sudah tentu kecaman tersebut dikira berbalik kepada mereka sendiri. 

Ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. 

Jangan cuba menunjukkan aksi lakonan memperjuangkan demokrasi jika prinsip demokrasi yang telah dipersetujui apabila menerima kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan namun menimbulkan kehairanan apabila mereka tidak dapat menerima kekalahan di negeri yang lain. 

Tindakannya dibuat memandangkan situasi makin buruk di mana 50 orang dilaporkan telah terbunuh dan untuk mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa maka difahamkan pihak tentera di sana terpaksa mengambil tindakan tersebut. 

Perkara yang sama berlaku ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak yang telah digulingkan dan diambil alih oleh tentera sebelum pilihanraya diadakan. Beliau ditahan dan dibicarakan walaupun berpuluh tahun telah menjadi Presiden Republik Mesir. 

Jika Anwar mengecam tindakan Mursi dijatuhkan adakah ia juga nada kekecewaan God FATHER beliau dari Barat ? 

Wallahu A'lam. 

PRK: PAS Dah Start Bagi Rasuah??


Seorang pengundi wanita, Zaharah Deraman, 58 tahun memberitahu, muslimat berkenaan datang ke rumahnya meminta supaya menyokong parti pembangkang itu dalam pilihan raya nanti dan memberikan 10 kilo beras kepadanya

SPR belum mengumumkan tarikh PRK tetapi Pas sudah berkempen bagaikan hanya tinggal 

beberapa hari untuk mengundi.Apa pendapat Pas tentang pemberian beras kepada bakal 
pengundi.Jika BN sudah didakwa memberikan rasuah.Apa jawapan Pas? 

P/S: Admin yakin jawapan mereka bukan RASUAH.

Bual Bicara Penuh Jusuf Kalla

Bapak Jusuf Kalla, Mantan Naib Presiden Indonesia
Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.
Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.
MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.
JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?
JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.
Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.
Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.
MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?
JK:  Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.
Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.
Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.
MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?
JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.
Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.
Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.
Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).
Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.
Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.
Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.

ISU PENIPUAN PILIHANRAYA
MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?
JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).
Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.
Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.
MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?
JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.
Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya bilang kepada Anwar, “Kamu sudah gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.
Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.
Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505
MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?
JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki.  Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.
Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.
Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON
JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.
 
ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU
JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.
Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.
MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.
JK: Terima kasih.
 
Jakarta, Indonesia, 
1 Jun 2013.

DAP SELAMANYA SURVIVAL DALAM POLITIK MELALUI SENTIMEN PERKAUMAN & RASIS !!

DAP sememang daripada dulu lagi suka memainkan sentimen politik  yang boleh mencetuskan semangat perkauman antara kaum, demikian kata Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharum berhubung isu menutup bazar Ramadan berdasarkan kenyataan salah seorang kepimpinan DAP baru-baru ini.
Menurut beliau, DAP memang tidak pernah serik untuk memainkan isu-isu perkauman sebegini kerana terlampau mengikut nafsu kiasu politik mereka tanpa mempedulikan akibatnya pada hari yang mendatang.
“Sebagai contoh hari ini kita lihat isu Jonker Walk yang cuba dijadikan isu perkauman oleh pihak pembangkang, khususnya DAP,  di mana isu Jonker Walk itu sebenarnya tidak ada kena mengena pun dengan agama, bangsa  dan sebagainya.
“Bagi saya, kerajaan Melaka mungkin ada alasan dan asasnya dalam isu Jonker Walk ini. Hari ini, kita tahu bahawa Melaka mempunyai ketua Menteri yang baru. Mungkin ada pembaharuan dari pelbagai sudut atau dasar kerajaan negeri dan mungkin juga ada perancangan kerajaan Melaka mengenai kawasan tersebut.” tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, keputusan kerajaan negeri itu sepatutnya dihormati kerana apa jua keputusan kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat di negeri itu. Jika ada pihak yang tidak puas hati, mereka boleh berjumpa dengan kerajaan negeri untuk meminta penjelasan.
“Malah, wakil DAP sendiri boleh pergi berjumpa dengan wakil kerajaan negeri tanpa ada halangan. Jadi mengapa pembangkang dan DAP mahu mempolitikkan isu ini sehingga menjadi isu perkauman yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak selesa di kalangan rakyat di negara ini.
“Tambahan pula, isu ini berlarut sehingga mengheret umat Islam apabila salah seorang kepimpinan DAP membuat cadangan untuk menutup pasar Ramadhan kerana menimbulkan kesesakan, yang dianggap sebagai tindak balas terhadap isu penutupan Jonker Walk itu.
“Kenyataan seperti ini saya rasa boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam apatah lagi kini umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi,” ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan DAP menjadi lebih matang dalam melihat dan menilai sesuatu isu yang berlaku dan jangan mempolitikkan isu untuk dijadikan alasan untuk menimbulkan sentimen perkauman.
“Jadi saya kira hari ini DAP perlu berhenti mempolitikkan isu ini dan juga lain-lain isu yang akan datang dengan  memutar belitkan kenyataan sehingga ia menjadi satu polemik  isu perkauman di antara kaum.
“DAP juga perlu berhenti membuat kenyataan yang menyentuh isu-isu sensitif seperti agama dan sebagainya kerana akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa di kalangan rakyat dan ia tidak baik untuk pertumbuhan dan perkembangan negara,” akhiri beliau. 

Tuesday, July 2, 2013

ADLIN ABDUL JALIL: PENGHINA JAHANAM INI PATUT DIGUGURKAN KERAKYATANNYA... TUNGGU APA LAGI?


Maklumat menyatakan, betina ini berada di Sweden dan menjadi penyebar agama Kristian setelah murtad. Beberapa versi lain pula menyatakan, Adlin Abdul Jalil yang gambar dan salinan kad pengenalannya tertera di media Internet, adalah mangsa penyamaran.

Namun, daripada siasatan yang dibuat, betina ini memang telah keluar dari agama Islam dan tidak berani tinggal di Malaysia. Betina bernama Adlin Abdul Jalil ini berada di Sweden dan masih memegang kerakyatan Malaysia. Kertas siasatan terhadapnya dikatakan telah lengkap dan hanya menunggu dia menjejakkan kaki ke Malaysia untuk ditangkap dan dibicarakan serta dihukum.

Namun, orang seperti ini rasa-rasanya tidak akan berani pulang ke Malaysia lagi. Merekaberani dalam Facebook dan media sahaja. Apatah lagi mereka sedar, dengan prinsip yang diamalkan oleh Malaysia, terutama sekali yang membabitkan penyebaran maklumat menerusi Internet, mereka lebih bebas dan lebih selamat berbuat begitu berbanding pulang, menunjukkan diri dan berlagak hebat.

Hishamuddin Rais sendiri menyatakan, dia tidak seharusnya balik ke Malaysia seandainya dia tahu iklim Internet di Malaysia akan jadi seperti sekarang. Sangkanya ketika di London dahulu, Malaysia adalah sebuah negara mundur yang kebanyakan rakyatnya masih menyembah pokok getah dan terpaksa membawa dulang untuk mengayak bijih timah.


Hanya apabila dia pulang dan melihat perubahan sebenar Malaysia, membuatkan dia tertipu. Malang buat Hishamuddin Rais, dia hanya mampu masuk tetapi tidak boleh keluar lagi.

Itu sebablah dia melalak-lalak mencari fasal agar membolehkan dia ke luar negara dan tidak lagi balik-balik ke negara ini.

Kalau sudah ada kes, timbul pula tanda tanya mengapa Kementerian Dalam Negeri terlalu baik dan melayani manusia seperti ini dengan layanan untuk manusia? Puak-puak yang tidak tahu bersyukur seperti manusia ini, seharusnya dilucutkan kewarganegaraannya. Biarlah dia jadi manusia yang tidak berwarganegara. Apatah lagi, kewarganegaraannya tidak pun menyumbang kebaikan kepada sesiapa pun, hatta kepada kaum seagama dengannya sendiri.

Provokasi yang dilakukannya itu hanya mengundang bala bencana yang lebih besar bagi masyarakat yang seagama dengannya dengan masyarakat yang dikecam agama anutan mereka oleh makhluk ini. Kemudaratan yang dilakukannya, jauh lebih besar berbanding kebaikan.

Apatah lagi, ini bukanlah cerita-cerita remeh yang cuba didiamkan dan disapu ke bawah karpet!!!

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"