Talam Dua Muka Anwar dan pimpinan PAS makin terserlah apabila barisan pimpinan Pakatan mengutuk tindakan tentera Mesir yang bertindak terhadap Mursi. Jelas sudah kutukan palsu Anwar and the geng ini sengaja dibuat untuk menarik perhatian rakyat agar menyedari bahawa Pakatan juga mempunyai pandangan terhadap apa yang berlaku di Mesir ketika ini.
Apapun, kita janganlah lupa dan terpedaya dengan kenyataan mereka ini kerana ini semua adalah helah Pakatan bagi menutup tindakan mereka sebelum ini yang menyerupai apa yang telah berlaku di Mesir.
Ingatkah kita pada laungan 'blackout' yang berselindung disebalik niat untuk mengguling kerajaan sama seperti apa yang boleh dilakukan terhadap Mursi?
Merekalah yang membuat himpunan demi himpunan dengan memakai pakaian serba hitam dan melanggar peraturan dan ia adalah sama dengan perbuatan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di sana.
Maka apabila mereka yang mengutuk tindakan tentera Mesir juga melakukan perkara yang sama dengan penunjuk perasaan hingga mahu menggulingkan kerajaan melalui kata-kata berbaur hasutan oleh Husam Musa bahawa sesiapa yang mati menyertai Blackout 505 dikira mati syahid, sudah tentu kecaman tersebut dikira berbalik kepada mereka sendiri.
Ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.
Jangan cuba menunjukkan aksi lakonan memperjuangkan demokrasi jika prinsip demokrasi yang telah dipersetujui apabila menerima kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan namun menimbulkan kehairanan apabila mereka tidak dapat menerima kekalahan di negeri yang lain.
Tindakannya dibuat memandangkan situasi makin buruk di mana 50 orang dilaporkan telah terbunuh dan untuk mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa maka difahamkan pihak tentera di sana terpaksa mengambil tindakan tersebut.
Perkara yang sama berlaku ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak yang telah digulingkan dan diambil alih oleh tentera sebelum pilihanraya diadakan. Beliau ditahan dan dibicarakan walaupun berpuluh tahun telah menjadi Presiden Republik Mesir.
Jika Anwar mengecam tindakan Mursi dijatuhkan adakah ia juga nada kekecewaan God FATHER beliau dari Barat ?
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment