Jadi Geng OKC

Tuesday, December 31, 2013

WOW!! Di Selangor "Terlajak Laris!!"



Pakatan mahu membetulkan Kerajaan BN tetapi mereka sendiri ada kalanya menjadi tidak ketahuan dan menembak di kaki mereka sendiri. Ia ibarat membunuh diri sendiri. Jadi BN kalau cerdik tak payah susah-susah hendak cari modal politiklah. Di depan mata mereka dah terbentang modal yang sangat besar.

Ya kita terima hakikat yang kenaikan gaji memang perlu. Misalnya elaun timbalan speaker sebelum ini hanya RM3,327 sahaja - terlalu rendah untuk seorang timbalan speaker. Tetapi kalau naik sehingga ke tahap gaban, daripada orang kasihan akan jatuh jadi menyampah dan meluat.

Apatah lagi apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sombongnya berkata, kalau mana-mana ahli dewan yang tak mahu gaji baru itu, mereka boleh sedekah kepada badan amal atau kebajikan.

Wow! Inilah yang dinamakan “terlajak melampau”.

Di Selangor, kerajaan negeri dan menteri besarnya pun bukan sekadar biasa-biasa sahaja. Mereka meluluskan kenaikan gaji dan elaun dengan kadar yang sangat luar biasa iaitu sehingga 373%.

Dengan kenaikan gaji baru ini, gaji menteri besar Selangor kini (RM29,250) lebih tinggi daripada gaji perdana menteri Malaysia (RM22,826.65). Beliau menerima kenaikan sehingga 106.4%.

Manakala gaji speaker dewan undangan negeri Selangor (RM22,500) pula kini lebih tinggi daripada gaji timbalan perdana menteri Malaysia (RM18,168.15). Kenaikan gaji speaker kini naik 268%.

Gaji exco kerajaan negeri Selangor (RM20,250) pula lebih tinggi daripada gaji menteri kabinet kerajaan persekutuan (RM14,097.20). Mereka menerima kenaikan sehingga 231%. Dan elaun ahli dewan undangan negeri Selangor (RM11,250) jauh lebih tinggi daripada elaun ahli parlimen (RM6,508.59). Naik 87%.

Yang paling tidak masuk akal ialah apakah pertimbangan yang digunapakai oleh kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan elaun speaker dari RM6,109 sehingga RM22,500 sebulan. Malah yang menerima habuan paling besar ialah gaji timbalan speaker yang naik dari RM3,327 sebulan sehingga kepada RM15,750 sebulan iaitu kenaikan sehingga 373%.

Kenaikan yang sebegitu melampau tidak masuk akal sama sekali dan tidak dapat dijustifikasikan dengan sebarang logik jika dibandingkan dengan berapa kalikah dewan undangan negeri bersidang dalam setahun.

Ia semacam seolah mahu memberi habuan kepada kawan-kawan sesama YB. Lagi pun pilihan raya dah selesai.

Malangnya yang tidak selesai ialah orang akan terus bercakap dan terus bercakap sebarang isu yang dekat di hati mereka.

Akhir kalam, OKC selitkan sedikit contoh emel dari seorang hamba Allah:  “Jika inilah caranya Kerajaan Negeri Selangor mengendalikan isu kenaikan gaji mereka dengan begitu angkuh dan sombong sekali, percayalah mereka hanya memulakan langkah pertama ke arah kejatuhan sebuah kerajaan yang sebelum ini diagung-agungkan sebagai peneraju “politik baru” di Malaysia".  Entahlah....

Kantoi Lagi, Emel Arahan KepadaRafizi Isu Altantuya


Nampaknya cerita tentang email masih belum sampai ke penamatnya , sebelum ini heboh tentang satu email yang mendedahkan perancangan rapi pihak pembangkang untuk menimbulkan huru-hara sewaktu berlangsungnya himpunan haram gulingkan kerajaan pada malam sambutan tahun baru.Baca SINI

Kekecohan itu akhirnya menyebabkan si Rafizi di panggil oleh pihak Polis untuk mendapatkan keterangan.Dalam masa yang sama satu laporan Polis juga di buat oleh Rafizi supaya siasatan di lakukan terhadap 4 blog pro UMNO yang menyebarkan maklumat tersebut.

Kini satu lagi email di dedahkan dan isi kandungannya masih melibatkan orang yang sama iaitu Abdul Rahim Ghouse , Rafizi Ramli dan seorang lagi watak baru iaitu Piang Yow Wong.

Email berkenaan menunjukkan arahan Rahim Ghouse kepada Piang Yow Wong dan di CC kepada Rafizi Ramli berkenaan usaha pihak pembangkang dalam memanipulasi serta menyebarkan isu Altantuya pada May 2013 yang lalu.

Tidak ada sebarang kenyataan tentang BOM kali ini cuma pendedahan ini di buat oleh bidaman.blogspot. com salah satu blog yang di sebut oleh Rafizi sewaktu membuat laporan Polis.

Monday, December 30, 2013

Dengarlah Keluhan Kami...


Mereka gunakan alasan turun untuk mengulingkan kerajaan sedangkan surat perkeliling mereka bertajuk turunkan kerajaan pada malam 31 Dec. Kenapa mahu ganggu rakyat menyambut tahun baru. Anak kami mahu belajar dengan aman moga berjaya menjadi rakyat yang berjasa pada negara seterusnya menjadi pemimpin Islam yang baik. Isteri kami mahu ke pasar untuk menyiapkan makanan untuk keluarga, kami mahu ke pejabat, mereka mahu berniaga, mereka mahu mencari rezeki halal untuk menampung keluarga, kami bencikan keganasan, kami sudah lihat di Thailand, Mesir, mana mana saja keganasan bukan jalan penyelesaian!

Kami mahukan keamanan! Kita telah lalui proses pilihanraya, cukup disitu kita yang tentukan kerajaan. Terima dan hormati pilihan rakyat. Tak payah nak kata semuanya tipu kerana sebenarnya hanya penipu yang suka menuduh orang lain penipu.

Walaupun ekonomi sekarang tak berapa nak stabil..Banyak barang naik harga..tapi kami redha sebab kami bersyukur setiap pemberianNYA tanpa ada rasa marah sampai nak berguling-guling tengah jalan..Mak Bapak kami ajar guna otak..Korang yang beria-ia nak demo malam tahun baru ni mak bapak korang tak ajar ek?? Ke memang keturunan kurang ajar!! Malang mak bapak korang dapat anak mcm korang..Sape yang tak tergolong sila nyatakan pendirian korang...PEACE NO WAR!!

Jika benar Malaysia ada undang-undang, kenapa mereka yang libatkan diri dengan perhimpunan haram tidak pernah dihukum.. Apakah UNDANG-UNDANG MALAYSIA BACUL??? PDRM BACUL??? PEGUAM BACUL?? HAKIM BACUL?? MENTERI KDN BACUL?? SEMUANYA BACUL BILA PEMBANGKANG BIKIN HURU-HARA??

Penjenayah melakukan salah, aku kagum keberanian semua pihak dalam melaksanakan undang-undang..tapi bila orang politik buat salah, langgar undang-undang...masing2 bacul..Kes Liwat Anwar bila nak setel??? Kesian budak kes ganja isap sendiri kena reman 5 tahun, and lastly dibebaskan tidak bersalah.. Kenapa Anwar liwat penuh dgn bukti tp mahkamah bacul dgn kes Anwar??? Siapa boleh jawab??

Thursday, December 26, 2013

Takde Yang Jujur Jadi Pemimpin Politik Ni...

Apakah benar setiap pemimpin yang memegang jawatan dalam politik benar-benar menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur? OKC rasa sejak bila pulak pemimpin dari BN dan PR jujur?

Semuanya sama, ada matlamat peribadi dan ada kepentingan sendiri demi keluarga dan suku-sakat!! Namun, bila dirungkai, OKC dapat jawapannya:-

Ada yang jujur ramai, tapi takde seorang pun pemimpin PAS atau PKR benar-benar jujur. Apatah lagi yang paling sial DAP tu yang memang tak pernah nak jujur. 

Pemimpin PAS penipu bapak munafik.. Nik Ajis tu bukan setakat tipu pencacai.. tapi tipu Allah dan Rasul.. ubah hukum dan maslahat demi politik kotor PAS. 
PKR penipu dari bapak, bini anak beranak.. pencacai samseng.. Jam Omega mana??

DAP apa mau cakap? Komunis besar, perosak segala perosak.. at least BN ada juga kebaikan. Pakatan Haram memang sial sepanjang masa!

Bila Kezaliman Dibalas..Orang Kampung Tepuk Tangan

Kecoh!.. Mantan Ketua Cawangan kena saman Rm100k bila sabotaj kontraktor sah. Tapi tu bukanlah yang nak aku ketengahkan..

Isu yang menjadi buah mulut masyarakat dengan gambar di atas. Mana logiknya pembinaan tangki air sebuah surau di daerah Jempol yang juga menjadi projek kepada Ketua Umno Cawangan di kawasan tersebut.

Aku tak nak celoteh banyal.. Aku harap Ketua Bahagian, Unit Displin parti ambil perhatian dan tindakan dengan korupsi yang dah terjadi sebelum lebih banyak lagi salah guna balaci ADUN yang akan aku selak sampai telanjang.

Apa yang aku dimaklumkan, ramai penduduk mohon laporan SPRM..so..Pengerusi UMNO Negeri harap dapat ambil langkah yang wajar terhadap ahli yang dajal kepada orang kampung..Buat rosak nama parti je!!!

Thursday, December 19, 2013

N.Sembilan Tak Jual Pingat!!!

Umum dinasihatkan tidak terpedaya dengan sindiket penjualan pingat kebesaran negeri bersempena Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-66 tahun pada 14 Januari 2014.
Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di sidang media mingguan di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Tegas beliau, “.. tidak ada sesiapa yang boleh menandatangani pingat kebesaran melainkan dua orang, iaitu Menteri Darjah dan Pendaftar Darjah.”
Menteri Darjah yang dimaksudkan, ialah Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pendaftar Darjah merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang diberi mandat dan amanah.
Jangan percaya mana-mana surat sama ada dari unit protokol, dari istana mahupun DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak akan menandatanganinya.” ujar beliau serius.
Kerajaan Negeri menerima banyak sangat laporan terutamanya menjelang ulangtahun keputeraan baginda tahun hadapan.
Beliau menasihatkan kepada mereka yang berdepan dan mengetahui hal ini agar membuat laporan kepada lembaga disiplin untuk diambil tindakan.
Dalam sidang media sama, beliau turut mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mengazetkan cuti pada 14 Januari 2014 (Selasa) di bawa kepada 15 Januari 2015 (Rabu).
Ini berikutan hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) jatuh pada hari yang sama dengan keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Friday, December 13, 2013

Pemimpin Camni La Yang Orang Kuantan Mahu???


Maaf tulisan kami lintang pukang. Tapi ini penting untuk kawan kami yang tadi tu.
Refer directory page Yb Fuziah. Banjir mula terjadi pada 2Dec. Air mula naik mendadak dalam masa 36jam kalau mengikut laporan MKN. Masa ni dah hampir 15ribu penduduk kuantan terlibat. 3hb. Kuantan lumpuh dalam masa 48jam. Full autority on evacuation strategi terletak pd MKN. Full force on evacuation effort taken by MKN and related agency. 

Shabery cheek ada di kemaman. Refer directory post di page dia. Semua sukarelawan umno di peringkat bahagian dah pun membuka bilik gerakan banjir SEBELUM banjir bermula sprt mana amaran yg di keluarkan MKN berdasarkan laporan kaji cuaca malaysia on September analisis. Semua org dah kelam kabut masa 3hb dan tahu bencana ini bukan makin turun tapi tambah parah. MKN made a speacial request to ATM in order to mobilise national guard to over calm this increasingly tense's situasion. 

3hb December 2013. Di mana Yb Fuziah Saleh masa tu?? Sedang leka having SUPPER lewat 10malam dgn hidangan bengkang di kuala lumpur sambil main twitter. Siap post lagi apa yang dia makan tu. Ade la dia dapat 2 3 request pasal banjir ni dr kuantan. 4hb pagi bila dia request pada parlimen spy Kuantan di daruratkan dia kena tibai dgn back bencher BN sebab tak amik pot dgn apa yg usaha MKN buat di peringkat parlimen dan negeri. 

Siap Yb Fuziah ni menyalahkan bomba, polis, jpam, mpk hatta tok siak masjid sekali seolah olah TAK TURUN LANGSUNG MAI BANTU ORG KUANTAN. Apa benar begitu?? Yb Fuziah hny jejak kaki dia di Kuantan bermula pada 4dec jam 9malam. Itupun setelah kesemua agency DAH PUN BERADA DI LAPANGAN. 

Dan tiba2 Yb Fuziah nak jadi heroin tamil dgn dabik dada dan 2-3 foto yang mengatakan DIA LAH SATU SATUNya Ahli Parlimen Pkr PENYELAMAT SELURUH KUANTAN???? Yb....eat bg habis dulu la ye u punya bengkang tu......no need to save it for kuantan's sebab bekalan makanan mencukupi. 

Tapi kalau niat tu memang nak mencari kesalahan MKN dan agency lain MEMANG LA BEKALAN MAKANAN TAK AKAN PENAH CUKUP UNTUK KUANTAN.....depent on your intention. Oh ya.....bab bengkang tadi tu kami refer posting Yb sendiri ye.....bukan fitnah. Tak tahu lah kalau kot2 yb remove bila dia tahu dia terkantoi amik publisiti murahan dalam bab banjir ni.

Thursday, December 12, 2013

Bila KDN Ready Kemuka Bukti, Macai Mat Sabu Start Dah Melalak!!

Tak hairan lah kalau ada yang kaki pusing kaki belit yang mengelupur selepas ditendang dengan hormat dalam kabinet dulu cuba menidakkan atau berpihak kepada Mat Sabu yang dituduh Syiah!

Hebat lah...two thumb up OKC nak bagi kat Zaid Ibrahim dengan fahaman seorang lawyer. Saifuddin Abdulah, bekas ahli kabinet pun turut sama sorak sakan mengagungkan juak-juak kafirun macam Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa.. Hairan ler pulak..takde satu pun tokoh Islam yang dua ekor biawak ni kagumi...Semua yang dikagumi semuanya kafir lahanat!!

Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah.

KDN menyenarai bukti ke atas dakwaan berkenaan, dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini. Maka serentak dengan itu juga balaci penjilat hingus Mat Sabu melalak-lalak tunjuk hero back-up Timbalan Presiden PAS tu...Korang tunggu je la...

Monday, December 9, 2013

Mustapa Ali Mengaku Mat Sabu Syiah

Itu dia......Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan tersebut merupakan serangan peribadi dan parti tiada kena mengena dengan parti.
"Itu adalah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu. Kita tak akan masuk campur." katanya.

Jika dakwaan Zahid itu tidak benar, PAS sewajarnya bersatu hati mempertahankan orang no 2 nya itu... Bukan dengan cara LEPAS TANGAN!!!

Apa lagi..... Jom campak Mat Sabu ke Pakistan!!! Jangan kasi dia balik Malaysia!!!
Duduk dalam negara mau hasut orang untuk sesat saja buat apa???

Thursday, December 5, 2013

Benarkah 1 Malaysia Tak Diterima Rakyat Cina?


Saya percaya tarikh 5 Mei 2013, tarikh yang membimbangkan kita. Kita diserang slogan 'Ini kalilah!' walaupun dah berkerja berhempas pulas untuk memastikan kemenangan PRU. Puak-puak Red Army guna slogan itu menikam kita. Peratus pengundi 70-75% sahaja, kali ini 80-90 peratus, peratusan yang turun kebanyakannya lebih kepada bukan kaum Melayu.

Walaupun dah Melayu kurang dariapda itu, majoriti keluar mengundi adalah terlalu tinggi, dulu jaran kaum-kaum bukan Melayu luar negara balik mengundi, kini berpusu-pusu. Kebanyakan pengundi luar ini bukan untuk mengundi BN, tapi mengundi pembangkang. Segala perkara dan nikmat yang diberikan kepada sesuatu kawasan tu itu tidak dirasai oleh mereka.

Kita kena kerja luar biasa sampaikan kita pergi ke kawasan bukan Melayu untuk dapatkan undi kaum lain. Presiden juga membangkitkan slogan 1Malaysia, kita ikut, kita ada macama-macam yang berkaitan dengan tema 1Malaysia, tapi malangnya, bila sampai pilihan raya setelah kerja yang dibuat oleh BN, kita telah dapat kekurangan kerusi, dulu 140 kini 133 sahaja.

Benar undi untuk calon UMNO bertambah, dulu 79 sekarang 88, tapi undi DUN dulu 307 seluruh Malaysia, kali ini 275 sahaja. Lalu kita bertanya strategi yang dibawa oleh kita pada 2008-2013.

Apakah ianya berkesan dan boleh digunakan lagi untuk PRU akan datang? 1Malaysia tak diterima oleh rakyat ke? Tak benar juga kerana kerusi bertambah
Kalau kata baik, undi kaum lain menurun. Kita kena kaji balik strategi ini konsep ini boleh diamalkan tapi ada umpan dan kena ada kayu.

Selama ini kita bagi sahaja. Macam di Klang, 60,000 berkumpul, tapi bila undi 8,000 sahaja. Kita dikaburkan tentang kehadiran.

Saya rasa kita mesti bet on sure things. Bertaruh kepada yang pasti. yang pastinya adalah undi Melayu undi bumiputera. Sebab itulah untuk meraih kepada yang pasti ini strategi kita mestilah kepada undi bumiputera dan Melayu.

Kita harus membantu orang yang berterima kasih dan bersyukur. Tak guna kita mencurah ke atas daun keladi.

Sebab itulah BR1M kena kaji pemberiaannya kerana ada keberkesanan ke atas undian.

Apa yang membawa kita ke sini tidak akan membawa kita ke sana. Waluapun pelajar cemerlang waktu PMR tiodak bermakna kita cemerlang waktu SPM. Sama dengan PRU, strategi kita yang pelbagai hasilnya 133 kerusi, kena fikir bagaimana untuk membawa untuk dapat lebih kerusi, kena tambah baik supaya akan datang kita akan dapat lebih kerusi.

Kalau kata PRU-13 The Mother Of All Elections, tapi PRU-14 akan jadi Father of All Elections, lebih hebat dan rumit. Cara kita mestilah lebih canggih. Alam maya perlu dikuasai oleh kita. Kita perlu lebih tersusun. Kena ada untuk semua kaum. Kena fikir luar daripada ruang lingkup UMNO supaya ada alam maya Cina dan India.

Kena tengok jentera kita solid atau tidak. Kita hanya tengok jentera dalam UMNO sahaja. Kita kena lihat jentera dalam komponen BN juga. jentera BN juga kena bekerja untuk UMNO di mana kawasan yang ada separuh daripada kaum majoriti.

Kita juga mendengar bahwa Presiden bercakap pasal tranformasi. Kita dah buat pun, ekonomi, politik dan yang terbaharu adalah transformasi dalam UMNO. Kita ubah perlembagaan dan pemilihan.

Teks ucapan bahas usul ucapan dasar Presiden

Wakil Wilayah Persekutuan
Datuk Dr.  Mohd Shafei Abdullah

2014 - 'Umur Kian Singkat, Ajal Makin Dekat'

Masa bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2014. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.

Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?”

Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun.

Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.

Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.

Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.

Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.

Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya.

Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah.

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting.

Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu.

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun.

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa.

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.

Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda.

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri.

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah.

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama.

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain.

Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah.

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.

Salam Perjuangan,
Orang Kampung Cyber

Tuesday, December 3, 2013

Hidup Biarlah Bersyukur, Bukan Jadi Bingai DAP


Kepada ahli ahli Pas yang mengangkat bendera DAP semasa membantu DAP berkempen di pilihanraya... Soalan pada korang ,masa mengibar bendera ni pernah tak terfikir dimana martabat islam dimata DAP?

Sesungguhnya cina DAP hanya memandang Melayu Islam ni sebelah mata..umpama taik kucing yang membusuk.. Walaupun busuk, tetap duduk dekat sebab kepentingan taik kucing tu boleh buat baja untuk menyuburkan lagi jajahan takluk idaman mereka..

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"