Jadi Geng OKC

Thursday, December 5, 2013

Benarkah 1 Malaysia Tak Diterima Rakyat Cina?


Saya percaya tarikh 5 Mei 2013, tarikh yang membimbangkan kita. Kita diserang slogan 'Ini kalilah!' walaupun dah berkerja berhempas pulas untuk memastikan kemenangan PRU. Puak-puak Red Army guna slogan itu menikam kita. Peratus pengundi 70-75% sahaja, kali ini 80-90 peratus, peratusan yang turun kebanyakannya lebih kepada bukan kaum Melayu.

Walaupun dah Melayu kurang dariapda itu, majoriti keluar mengundi adalah terlalu tinggi, dulu jaran kaum-kaum bukan Melayu luar negara balik mengundi, kini berpusu-pusu. Kebanyakan pengundi luar ini bukan untuk mengundi BN, tapi mengundi pembangkang. Segala perkara dan nikmat yang diberikan kepada sesuatu kawasan tu itu tidak dirasai oleh mereka.

Kita kena kerja luar biasa sampaikan kita pergi ke kawasan bukan Melayu untuk dapatkan undi kaum lain. Presiden juga membangkitkan slogan 1Malaysia, kita ikut, kita ada macama-macam yang berkaitan dengan tema 1Malaysia, tapi malangnya, bila sampai pilihan raya setelah kerja yang dibuat oleh BN, kita telah dapat kekurangan kerusi, dulu 140 kini 133 sahaja.

Benar undi untuk calon UMNO bertambah, dulu 79 sekarang 88, tapi undi DUN dulu 307 seluruh Malaysia, kali ini 275 sahaja. Lalu kita bertanya strategi yang dibawa oleh kita pada 2008-2013.

Apakah ianya berkesan dan boleh digunakan lagi untuk PRU akan datang? 1Malaysia tak diterima oleh rakyat ke? Tak benar juga kerana kerusi bertambah
Kalau kata baik, undi kaum lain menurun. Kita kena kaji balik strategi ini konsep ini boleh diamalkan tapi ada umpan dan kena ada kayu.

Selama ini kita bagi sahaja. Macam di Klang, 60,000 berkumpul, tapi bila undi 8,000 sahaja. Kita dikaburkan tentang kehadiran.

Saya rasa kita mesti bet on sure things. Bertaruh kepada yang pasti. yang pastinya adalah undi Melayu undi bumiputera. Sebab itulah untuk meraih kepada yang pasti ini strategi kita mestilah kepada undi bumiputera dan Melayu.

Kita harus membantu orang yang berterima kasih dan bersyukur. Tak guna kita mencurah ke atas daun keladi.

Sebab itulah BR1M kena kaji pemberiaannya kerana ada keberkesanan ke atas undian.

Apa yang membawa kita ke sini tidak akan membawa kita ke sana. Waluapun pelajar cemerlang waktu PMR tiodak bermakna kita cemerlang waktu SPM. Sama dengan PRU, strategi kita yang pelbagai hasilnya 133 kerusi, kena fikir bagaimana untuk membawa untuk dapat lebih kerusi, kena tambah baik supaya akan datang kita akan dapat lebih kerusi.

Kalau kata PRU-13 The Mother Of All Elections, tapi PRU-14 akan jadi Father of All Elections, lebih hebat dan rumit. Cara kita mestilah lebih canggih. Alam maya perlu dikuasai oleh kita. Kita perlu lebih tersusun. Kena ada untuk semua kaum. Kena fikir luar daripada ruang lingkup UMNO supaya ada alam maya Cina dan India.

Kena tengok jentera kita solid atau tidak. Kita hanya tengok jentera dalam UMNO sahaja. Kita kena lihat jentera dalam komponen BN juga. jentera BN juga kena bekerja untuk UMNO di mana kawasan yang ada separuh daripada kaum majoriti.

Kita juga mendengar bahwa Presiden bercakap pasal tranformasi. Kita dah buat pun, ekonomi, politik dan yang terbaharu adalah transformasi dalam UMNO. Kita ubah perlembagaan dan pemilihan.

Teks ucapan bahas usul ucapan dasar Presiden

Wakil Wilayah Persekutuan
Datuk Dr.  Mohd Shafei Abdullah

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"