Umum dinasihatkan tidak terpedaya dengan sindiket penjualan pingat kebesaran negeri bersempena Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-66 tahun pada 14 Januari 2014.
Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di sidang media mingguan di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Tegas beliau, “.. tidak ada sesiapa yang boleh menandatangani pingat kebesaran melainkan dua orang, iaitu Menteri Darjah dan Pendaftar Darjah.”
Menteri Darjah yang dimaksudkan, ialah Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pendaftar Darjah merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang diberi mandat dan amanah.
Jangan percaya mana-mana surat sama ada dari unit protokol, dari istana mahupun DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak akan menandatanganinya.” ujar beliau serius.
Kerajaan Negeri menerima banyak sangat laporan terutamanya menjelang ulangtahun keputeraan baginda tahun hadapan.
Beliau menasihatkan kepada mereka yang berdepan dan mengetahui hal ini agar membuat laporan kepada lembaga disiplin untuk diambil tindakan.
Dalam sidang media sama, beliau turut mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mengazetkan cuti pada 14 Januari 2014 (Selasa) di bawa kepada 15 Januari 2015 (Rabu).
Ini berikutan hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) jatuh pada hari yang sama dengan keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment