Apa nak jadi kepada pemilihan PKR? Sebelum ini ia kecoh dengan pergaduhan sesama sendiri ahli-ahli PKR didalam berebutkan jawatan. Sampaikan ada yang sanggup baling-baling kerusi akibat terlampau ikut perasaan.
Sekarang ini, pemilihan PKR dicemari pula dengan skandal manipulasi melibatkan penjualan kertas undi kepada calon-calon tertentu. Makin panas lah pemilihan yang kononnya paling telus dan demokratik didalam politik negara ini.
Ada pihak mendakwa, penjualan kertas undi ini adalah bagi memastikan kemenangan Azmin Ali yang kini bersaing sengit dengan Zaid Ibrahim didalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Dan, ada juga yang mendakwa bahawa sekretariat ibu pejabat PKR dan beberapa anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) juga turut terlibat.
No comments:
Post a Comment