Jadi Geng OKC

Thursday, November 11, 2010

GEMPAR - Puaka Banjir Merasuk MB Kedah



Amat mengejutkan dan memalukan, itulah ayat yang boleh diberi kepada YB Dato Seri Dr Azizan Menteri Besar Kedah yang melenting dan menghamburankan kata-kata kesat kepada wartawan media hari ini. Beberapa bulan yang lalu peristiwa yang sama berlaku di dewan parlimen sewaktu wartawan cuba menemubual YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Melenting dan panas telinga adalah tanda orang yang bersalah. Dr Azizan ternyata malu besar kerana gagal mengambil tindakan segera dalam membantu mangsa banjir. Jika ada pun mereka hanya memilih bulu, banyak laporan diterima menyatakan Pas merampas balik barang bantuan yang telah diberikan apabila menyedari mereka bukan daripada orang Pas atau penyokong Pas.

Lebih memalukan apabila Menteri Besar hanya memberi 48 tin ikan sardin dalam tin kepada mangsa banjir. Bayangkan 48 tin bukannya 4800 tin. Tidak hairanlah dalam kejadian bencana alam yang menimpa sebahagian penduduk Kedah di Daerah Sungai Petani awal Oktober lalu , beliau hanya memberi bantuan sebanyak RM 20 .00 sahaja. Inikah yang dibanggakan oleh Pas kononnya Pas adalah 'Parti Berkebajikan', sedangkan pada hakikat sebenarnya tidak berlaku sepertimana yang diwar-warkan. Pas hanyalah beretorik umpama cerita dongeng zaman 'Tok Nadoq'.

Kejadian hari ini ialah suatu helah untuk melarikan diri daripada disoal lebih banyak oleh wartwan, jalan yang paling mudah ialah dengan memaki hamun wartawan dan terus meninggalkan sidang media , jalan mudah untuk beliau lari daripada segala masalah yang bakal timbul.

Cuba kita lihat menteri-menteri Umno , adakah mereka memaki hamun wartawan? Mungkin semua wartawan akan menyatakan tidak pernah berlaku, Inikah pemimpin yang akan mentadbir negara kita, Presiden Bush yang kena baling kasut pun tetap cool menghadapi wartwan.

jejaka: Tok Jijan nak 'cover' malu dituduh takut air..tu yang dia tak turun padang bantu rakyat.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"