Jadi Geng OKC

Friday, November 5, 2010

Rahsia Kemenangan Galas dan Batu Sapi Bukti Sokongan Cina kini kepada BN



Jika sebelum ini dalam beberapa pilihan raya kecil terutama di Parlimen Sibu dan Hulu Selangor, kebimbangan kerajaan adalah terhadap undi kaum Cina yang semakin tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN). Bahkan, kebimbangan itu turut dirasai dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang Kelantan.

Namun, kemenangan besar Datin Linda Tsen Thau Lin di Batu Sapi dan Abdul Aziz Yusoff di Galas memberi petanda awal bahawa mereka yang dahulu tidak mengundi BN sudah kembali menyokong parti kerajaan itu. Ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada pembangkang yang kerap berharap undi kaum Cina dapat menumbangkan calon BN dalam mana-mana pilihan raya kecil.

Trend baru ini cukup menggembirakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas kejayaan besar BN mengekalkan kerusi Batu Sapi dan merampas DUN Galas daripada PAS dalam pilihan raya kecil, semalam.

Menurut beliau, di Batu Sapi, semua peti undi menunjukkan semua kaum memberi sokongan padu kepada calon BN apabila memperolehi majoriti 6,359 undi.

“Keputusan ini amat membanggakan kerana mojoriti besar itu mengatasi angka ketika pilihan raya umum lalu,” kata Muhyiddin dalam sidang media selepas pengumuman keputusan pilihan raya Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan.

Katanya, trend ini cukup membanggakan kerana bukan sahaja peti undi Melayu, Bumiputera Islam dan bukan Islam meningkat tetapi peti undi orang Cina turut bertambah.

“Ini satu petanda membanggakan dan mengalakkan kerana kita menang bukan sahaja melalui undi di kawasan tradisi tetapi turut mendapat sokongan di tempat yang dahulu kita tidak perolehi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kemenangan ini cukup bermakna menunjukkan gagasan 1Malaysia dan usaha pembangunan lain yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima rakyat.

“Walaupun parti lawan bawa macam-macam isu tetapi rakyat menolaknya kerana semua kempen pembangkang tidak berasas, penuh fitnah dan konsep Sabah untuk Sabah tidak diterima serta ditolak rakyat di sini,” tegasnya.

Beliau memberi jaminan bahawa janji-janji projek pembangunan yang telah dipersetujui akan dipenuhi.

Mengenai kemenangan di Galas, Muhyiddin berkata, ia cukup manis kerana dapat menembusi kubu kuat PAS yang memerintah Kelantan.

Katanya, beberapa peti undi yang dahulunya BN kalah termasuk di kawasan Cina tetapi pada pilihan raya kecil ini, BN sudah memenanginya kembali.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"