Kerana tidak puas hati dengan pemilihan calon PKR pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di parlimen Batu Sapi, penyokong-penyokong Ahmad Tamrin Jaini (Pengerusi PKR Sabah) bertumbuk dengan penyokong-penyokong Ansari Abdullah di lapangan terbang Sandakan Sabah.
Malaysiaaktif.com melaporkan sebaik sahaja Anwar mengumumkan nama Ansari sebagai calon PKR, ramai penyokong-penyokong Ahmad Tamrin bertindak keluar Dewan Komunity Persatuan Hakka Sandakan, sebagai memprotes pemilihan calon itu, walaupun ketika itu Anwar masih berada di dalam dewan tersebut.
Anwar yang menyedari protes tersebut kemudiannya terus bergegas ke Lapangan Terbang Sandakan untuk segera kembali ke Semenanjung, namun kedua-dua penyokong kumpulan itu telah bertumbuk di lapangan terbang dengan disaksikan oleh Anwar sendiri.
Panggungopera.blogspot.com melaporkan Ahmad Tamrin sendiri tersungkur dipukul oleh orang-orang Ansari.
Yong Teck Lee, calon SAPP di Parlimen Batu Sapi pula berkata, "walaupun SAPP sudi berkawan dengan PKR dan BN, ia tidak bersedia untuk "berkahwin" dengan PKR.
"Kita boleh menjadi kawan tapi macam mana kita nak "berkahwin" dengan PKR sedangkan keluarga mereka sentiasa bergaduh.
Bolehkah kita berkahwin dengan keluarga yang selalu bergaduh?
"Lihat apa yang terjadi di lapangan terbang dua hari lalu apabila mereka bertumbuk sesama sendiri kerana merebut pencalonan," kata Yong.
"Adakah anda fikir Anwar Ibrahim akan menghormati orang-orang Sabah apabila mereka berkelakuan seperti ini?
"Adakah anda fikir Anwar akan menghormati kita pada masa depan apabila kita bergaduh sesama sendiri, hanya untuk mendapatkan pengesahan daripadanya?" soal Yong lagi seperti yang dilaporkan FMT.
Agendadaily.com pula mendedahkan terdapat strategi halus Anwar mencalonkan Ansari yang telah berkali-kali tewas dalam pilihanraya di Sabah, sedangkan Anwar mempunyai pilihan mencalonkan Tamrin yang lebih berpotensi untuk menang.
Rumus Agendadaily strategi halus Anwar itu adalah untuk memastikan kemenangan Yong Teck Lee dengan mengorbankan Ansari Abdullah yang dikenali sebagai muka bengis, keras kepala dan disukai oleh penduduk setempat.
"Hati-hati dengan pencaturan halus antara Anwar dengan Yong Teck Lee".

No comments:
Post a Comment