Betul dan tepat persoalan yang keluar dari mulut TPM yang bertanya 'Apakah Anwar Ibrahim sudah betul-betul terdesak' dalam menghadapi kes sensasi liwatnya sehingga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggunakan 'Talian Hayat' untuk meminta tolong daripada kawan baiknya di Amerika untuk menekan kerajaan?
Mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore dan bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz dalam akhbar Asian Wall Street Journal yang meminta kerajaan Amerika campur tangan dalam kes liwat Anwar yang kini sedang dibicarakan, membuktikan ada orang yang cuba menangguk di air keruh.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan tunduk terhadap campur tangan dan desakan mana-mana pihak atau negara luar. Muhyiddin berkata pemimpin seperti Al Gore dan Wolfowitz perlu menghormati undang-undang dan sistem yang ada pada sesebuah negara sepertimana mereka menghormati undang-undang di negara mereka.
Sepatutnya Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri mengetahui bahawa di dalam sistem perundangan negara, tidak ada kuasa luar yang boleh mengganggu-gugat apa yang dilakukan dalam negara. Namun, apabila suidsah tersepit, Anwar menunjukkan kepada dunia betapa lemah dan bodohnya dirinya.
Anwar sepatutnya tahu tetapi soal yang berbangkit menunjukkan apakah dia begitu 'desperate' (terdesak) sehingga meminta tolong dan 'tali hayat' daripada orang Amerika dan kawan baiknya. Kenapa Anwar tidak meminta pertolongan daripada kawan-kawannya yang ada di negera ini seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng ataupun Haji Hadi sendiri?
"Kita mematuhi undang-undang dan apabila Anwar dibawa ke muka pengadilan dan kini sedang dibicarakan, saya hairan mengapa dia nak minta tolong orang luar, macam dah 'desperate' (terdesak) sangat. Apakah dia tidak boleh pertahankan kedudukannya sendiri, atau rasa kes dia sangat lemah. Saya tidak mahu prejudis kerana kes masih dalam mahkamah," tegas TPM.
No comments:
Post a Comment