Jadi Geng OKC

Monday, May 16, 2011

Memang Payah Susah Berunding Dengan Kerajaan ‘Setan’ ni..


Masa depan penduduk Kampung Sungai Kerandang masih samar-samar dengan tindakan dan arahan kerajaan negeri yang tetap dengan keputusannya untuk merobohkan penempatan penduduk yang mereka takrifkan sebagai haram sedangkan mereka sudah pun mendiami dan mengusahakan tanah kampung tersebut sejak 25 tahun lebih yang lalu.

Hari ini, sekali lagi kampung ini menjadi tumpuan apabila dikatakan pihak Jabatan Perhutanan Selangor tetap diarahkan untuk meranapkan sebahagian 100 hektar termasuk kawasan ladang kelapa sawit yang menjadi punca pendapatan penduduk sehingga pada jam 5 petang ini manakala selebihnya akan diteruskan dalam masa dua minggu akan datang.

Tindakan ini sekali lagi membawa kepada kehadiran Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P.Kamalanathan diiringi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Yusri Ishak setelah penduduk tidak berpuas hati kerana tindakan tersebut telah menjejaskan punca pendapatan sebahagian penduduk kampong tersebut.

Menurut YB Kamala, tindakan Jabatan Perhutanan Selangor ini sekadar menjalankan tugas mereka atas arahan kerajaan negeri yang zalim yang telah memilih hari Jumaat yang mulia ini kepada penganut agama Islam dan penganut agama Hindu, dengan memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka dari jabatan Hutan ini untuk meroboh dan menghancurkan tanaman pertanian yang sekian lama diusahakan oleh penduduk kampung ini.

“Inilah betapa zalimnya sebuah kerajaan negeri yang tidak memperdulikan langsung nasib petani-petani yang mengusahakan sekian lama, hancurkan kerana itu arahan kerajaan negeri kepada mereka. Namun saya tetap ingin emngucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang menjalankan tanggungjawab ini, kerana mereka telah berunding dengan penduduk-penduduk kampong dan mereka akan tetap menjalankan tugas mereka, dengan menolak pokok-pokok di kawasan lain terdahulu sebelum sampai ke kawasan pertanian petani-petani ini.

Kalau mereka tak sempat menyiapkan hari ini, mereka akan sambung balik dalam dua minggu dari sekarang dan selepas dua minggu ini, mereka akan berunding dengan petani-petani ini untuk mencari jalan penyelesaian. Setakat hari ini, perancangan mereka untuk merobohkan struktur-struktur, hari ini tidak akan berlansung dan petani-petani boleh menjalankan semula kegiatan seharian mereka,” ujarnya kepada pemberita selepas berunding dengan pegawai dari Jabatan Perhutanan Selangor di Kg Sg Kerandang, pagi tadi.

Dalam masa yang sama, YB Kamala berharap agar rumah-rumah penduduk dan kawasan pertanian mereka tidak akan dirobohkan dalam masa dua minggu ini dan di masa hadapan. Beliau turut mengharapkan agar pihak kerajaan negeri sedia membuka pintu rundingan bersama penduduk-penduduk ini dalam mencari jalan penyelesaian yang memberikan keuntungan kedua-dua pihak.

“Jadi, cepat-cepat jumpa, jangan jumpa mereka semasa mereka (Kerajaan Negeri) nak cari undi sahaja. Apa yang saya usahakan, yang dirundingkan hari ini merupakan hasrat penduduk-penduduk, petani-petani di sini.

“Kita ini kadang-kadang nak berunding dengan sebuah kerajaan yang zalim ini susah. Dia macam `Setan’. Kita ini susah sangat nak berunding dengan setan kerana setan ini akan buat kerja dia juga. Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput YB Elizabeth Wong dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk datang ke sini dan lihatlah sendiri nasib penduduk kampung ini. Janganlah buat keputusan sekadar dari pejabat sahaja,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, YB Kamala membayangkan bahawa tindakan kejam kerajaan negeri ini sekadar untuk mengutip dana dengan memajak tanah-tanah di sini dengan tujuan mendapatkan dana untuk pilihan raya umum akan datang.

”Janganlah gadaikan atau mempertaruhkan masa depan penduduk kampung demi mendapatkan dana bagi tujuan politik mereka. Lebih baik kerajaan negeri yang diterajui PKR menunaikan janji-janji mereka pada PRU12 yang lalu, bukannya terus memberikan tekanan kepada penduduk yang hanya mahu hidup aman damai dan selamat dengan mengerjakan tanah pertanian mereka di sini bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka,” ujarnya yang berjanji akan terus turun padang membela rakyat yang tertindas tanpa mengira agama dan bangsa.

Saturday, May 7, 2011

ANWAR : DI AIB ATAU DI FITNAH?

  1. Secara purata, baik di pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang dan tak terkecuali pihak ke 3, sependapat mengatakan mendedahkan sesuatu keburukan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain adalah salah dan boleh dikira ‘cubaan mengaibkan’. Rata-rata berpendapat mendedahkan keaiban orang lain adalah salah si sisi agama.


  2. Saya secara peribadi terkeliru bagaimana sebetulnya untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Terkeliru bukan disebabkan mainan media kerajaan atau pun media pembangkang, tetapi terkeliru disebabkan sumber rujukan utama yang turut menyumbang kepada kekeliruan yang wujud.


  3. Para ulamak sepatutnya menjadi sumber rujukan utama. Tetapi hari ini jika kita minta pandangan atau fatwa dari 10 ulamak, maka kita akan diperdengarkan dengan 10 pandangan yang berbeza. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak yang tidak cukup ilmu untuk menilai. Ditambah pula dengan hujah-hujah dan serangan media dari ke dua belah pihak , akhirnya seluruh umat menjadi semakin keliru.


  4. Bagi saya secara peribadi, keadaan dan kekeliruan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh kegagalan para ulamak untuk berfungsi sebagai ulamak sebenar. Para ulamak gagal memberi pandangan yang benar-benar berlandaskan kepada al Quran, hadis, jumhur ulamak dan qias atau dari mana-mana sumber yang paling muktabar.


  5. Para ulamak dilihat sudah terikat dengan fahaman atau kecenderungan politik dan pandangan mereka sering kali akan disesuaikan mirip dengan kecenderungan politik mereka. Mereka hilang hilang kredibiliti kerana gagal menghindarkan diri dari kepentingan dan fahaman politik yang bersifat assabiah di dalam memberikan pandangan.


  6. Para ulamak politik atau ulamak ‘tidak sahih kefahaman’ ini sebenarnya lebih bersalah dari pelaku seks yang terlibat dan pihak yang mendedahkan perlakuan, mahu pun pihak-pihak yang ada kepentingan di dalam isu ini. Mereka gagal menggalas tanggungjawab sebagai ulamak dan sumber rujukan ummah yang sepatutnya berkhidmat hanya untuk agama Allah. Kaca mata yang mereka gunakan sama jenamanya dengan kaca mata orang politik. Mereka sudah ada kepentingan yang selain dari kepentingan agama yang mereka lebih utamakan.


  7. Merekalah sebenarnya lebih bersalah dari sesiapa pun dalam hal ini kerana status mereka sebagai ulamak warisan para nabi. Mereka sepatutnya bertindak menjadi orang tengah, penyelesai kepada kekusutan dan melerai setiap kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat.


  8. Malahan ada kalangan ulamak ini yang awal-awal lagi telah memihak kepada salah satu pihak yang sedang bertelagah, walau pun salah benar dan letak duduk perkara itu belum pun diketahui dengan jelas.


  9. Tingkah laku ulamak-ulamak inilah yang menyumbang kepada kekeliruan lebih besar di kalangan rakyat.


  10. Andai mereka benar-benar berfungsi sebagai rujukan muktabar dan tidak berpihak ke mana-mana pihak kecuali kepada Allah dan rasulnya, maka keadaan tidak akan menjadi sebegini terok.


  11. Jika ulamak ini bertindak mempertahankan Anwar disebabkan mahu menjaga keaiban yang telah berlaku, ia tidak menjadi masalah. Itu bergantung pada ijtihadnya sendiri. Tetapi tidakkah melindungi pemikiran rakyat keseluruhan dari keadaan ‘fitnah yang melata’ itu lebih penting dari tindakan melindungi aib seorang individu?


  12. Mana keutamaan atau ‘aulawiyyat’ dalam amalan yang sering mereka perkatakan?


  13. Apakah mereka tidak terfikir akan kesan buruk lebih besar kepada umat jika pendirian memihak terlebih awal ini akan menyebabkan pemikiran masyarakat lebih bercelaru? Bagaimana jika perlakuan atau aksi jijik dan kotor ini benar-benar dilakukan oleh Anwar? Tidakkah para ulamak yang memihak ini secara automatik akan tergolong ke dalam orang-orang yang bersubahat dengan kemungkaran?


  14. Apakah perbezaan antara ‘mendedah keaiban orang lain yang benar-benar berlaku’ dengan ‘mendedahkan sesuatu yang tidak berlaku’?


  15. Sudah pasti ia berbeza walau pun ke dua-duanya salah. Satu akan jatuh dalam kategori mengaibkan orang lain dan satu lagi jatuh dalam memfitnah dan mendustakan.


  16. Kenapa perbezaan antara mengaibkan dan memfitnah ini pun para ulamak gagal memberikan penjelasan?


  17. Mendedahkan dan bertindak terhadap sesuatu keaiban yang benar-benar berlaku masih terpulang kepada niat seseorang. Jika niat mereka semata-mata atas maksud untuk memalukan dan mengaibkan atas maksud agenda tertentu yang salah, sudah pasti mereka akan dihukum secara tunai kerana ini janji Allah. Malahan keaiban yang bakal diterima mereka, Allah janjikan dengan keaiban yang lebih besar sebelum mereka mati.


  18. AMBIL CONTOH LIWAT 1.


  19. Jika benar-benar Tun Mahathir berniat jahat untuk menjatuhkan Anwar dengan cara mengaibkan dia dengan kes liwat, sudah pasti Tun Mahathir akan diaibkan oleh Allah swt dengan keaiban yang lebih besar. Keaiban ini akan diturunkan sebelum Tun Mahathir meninggal. Ini janji Allah di dalam Al Quran. Sehingga kini walau pun sudah berumur lanjut, kita lihat Tun Mahathir masih sihat dan masih belum menerima aib besar.


  20. Diambil pula di sebelah pihak Anwar. Apakah keaiban yang berlaku kepada Anwar pada tahun 1998 tidak bersebab? Apakah keaiban itu tidak berlaku dengan izin Allah?


  21. Allah maha adil dan tidak sesekali mungkir dengan janjinya. Sudah pasti berlakunya aib kepada Anwar bersebab kerana dunia ini adalah darul-asbab. Tidak mungkin Allah saja-saja mengaibkan seseorang itu sesuka hati.


  22. Cubalah semak semula akhbar-akhbar lama. Ada atau tidak Anwar melakukan perbuatan yang mengaibkan orang lain sebelum dia menerima aib yang sebesar itu?


  23. Jika kita rasional dan buat carian kita akan dapati antaranya, Anwar pernah melakukan perbuatan ‘mengaibkan Rahim Thamby Chik melalui pendedahan kes rogol gadis bawah umur’.


  24. Mungkin sebahagian hari ini masih boleh mengingati bagaimana RTC diaibkan melalui TV3 siang dan malam walau pun mahkamah ketika itu masih belum menghakimi kes beliau. Isteri dan anak-anaknya telah turut ‘teraib’ dan dipandang serong oleh masyarakat. Siapakah yang mengawal 100% TV3 ketika itu jika bukan Anwar?


  25. Keaiban terkini yang dihadapi oleh Anwar adakah semata-mata atas kehendak dan nafsu manusia yang mendedahkannya semata-mata? Adakah Allah sekali lagi telah mengaibkan Anwar tanpa sebab?


  26. Jika di download semua ceramah-ceramahnya di youtube, tidak ada satu ceramah pun yang beliau berucap tidak mengaibkan musuh politiknya. Yang paling dahsyat dia bukan saja mendedahkan aib orang lain malah merekayasa secara jijik dan kotor segala keaiban terhadap Dato Najib. Belum pernah lagi orang merekayasa tuduhan terhadap seseorang sehingga ke tahap mempergunakan pihak ke 3 membuat akuan bersumpah palsu. Anwarlah pencetus kepada budaya akuan bersumpah fitnah dan palsu.


  27. Saya secara peribadi tidak terkejut jika hukum karma tuhan yang lebih dahsyat akan diturunkan oleh Allah kepada Anwar selagi dia tidak mahu bertaubat dan berhenti dari melakukan kerja politik jijik dan kotor.


  28. Kepada para pentaksub dan penganut fahaman Anwarisma, mereka tidak akan dapat mencari punca kenapa Anwar tidak henti-henti menerima aib Allah. Bagi mereka Anwar suci dan cuma Allah saja yang tak pasal-pasal nak mengaibkan dia.


  29. Bolehkah para ulamak mengambil iktibar ini dari cerita seorang jahil seperti saya?
**Penulis: Kamarudin Kamdias

Friday, April 29, 2011

ALLAH MAHA BESAR, BERTAUBATLAH ANWAR.

APA yang menimpa Anwar Ibrahim seharusnya diambil iktibar oleh sesiapa sahaja terutama sekali kalangan pemimpin-pemimpin politik Negara terutama sekali daripada pembangkang yang terlalu ghairah menabur fitnah,mencerca dan mengaibkan orang lain.

Nasib malang yang berlaku terhadap Anwar bolehlah kita sifatkan sebagai satu pembalasan Allah terhadap keceluparan,kesombongan serta kebiadapannya melemparkan fitnah tanpa memikirkan pahala dan dosa terutama sekali apabila beliau tidak segan silu melemparkan serta merekayasakan fitnah terhadap musuh-musuh politiknya terutama sekali Perdana Menteri Malaysia,Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Selama ini Anwar yang dilihat begitu bangga menggunakan segala kelebihan pidato yang dimiliknya untuk menjadikan setiap pentas ceramah dan juga sidang akhbar sebagai medan untuk beliau mencaci keperibadian serta memburukkan Najib Razak dengan fitnah-fitnah hingga sanggup dan tergamak mengaitkan PM Najib dan isteri terbabit dengan pembunuhan wanita Monggolia ,Alatantunya.

PM Najib dua kali melakukan sumpah mubahalah menafikan penglibatannya dan Anwar tidak sekalipun sanggup berada di mana-mana masjid untuk melafazkan sumpah sedemikan bagi membuktikan bahawa beliau tidak terlibat meliwat Saiful dan beliau bukan lelaki dalam video seks yang melanggan pelacur Cina dimana video tersebut sedang hebat dipertontonkan di laman-laman youtube ketika ini.Anwar hanya mengelakkan dirinya dengan berselindung disebalik perkataan konspirasi yang beliau reka sendiri.


Bertaubatlah!
Tindak tanduk tercela Anwar yang disifatkan oleh penyokong-penyokongnya dan juga kepimpinan tertinggi PAS sebagai pemimpin masa depan yang mempunyai moral,kredibiliti dan intergriti yang tinggi untuk merwarisi kepimpinan Negara semakin hari semakin terbongkar dan akhirnya Allah meununjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia wajah atau tembelang sebenarnya Anwar bahawa beliau adalah bukan pejuang rakyat yang bermoral tinggi.

Penghujahan peguamnya Karpal Singh dalam kes liwat membuktikan bahawa benar Anwar telah meliwat Saiful dan peguam tersebut hanya cuba menjadikan kes tersebut berlaku secara rela,suka sama suka antara Anwar dengan Saiful .Bila berdepan dengan kes video seksnya, Anwar cuba memperalatkan penyokong-penyokongnya termasuklah Hadi Awang dan Nik Aziz.Terbukti ribuan doa yang diaminkan dengan dipimpin oleh Nik Aziz Allah telah menunjukan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim benar-benar insan yang banyak menipu dan mengelirukan masyraka.Solat Hajat yang beliu mungkin anggap boleh menyelamatkannya menjadi senjata yang makan tuan.

Moralnya,jangan sesekali mempermainkan agama dan juga memperbodohkan Allah s.w.t.Allah Maha Adil,Maha mengetahui.Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Rancangan Anwar, Anwar tahu tapi rancangan Allah Anwar tidak tahu.Jangan sesiapa cuba mahu menjadi Tuhan ataupun mahu menjadi malaikat ketiga di sekeliling rakyat jelata.

Apa sekalipun tohmahan terhadap beberapa orang anak muda ini, mereka harus dipuji kerana mereka berani untuk mengambil risiko untuk kepentingan agama,bangsa dan Negara yang selama ini diperlekah serta dihina semau-maunya oleh Anwar Ibrahim dan kumpulannya.

Barangkali masih ramai anak-anak muda yang berada di luar sana yang turut jelak dan jijik terhadap Anwar namun mereka mungkin tidak ada saluran untuk menyuarakan rasa luka,kecewa dan marah terhadap Ketua Pembangkang yang begitu tega menipu rakyat selama ini.

Kita sedar ada yang memuji tindakan tersebut dan yang pasti nama-nama ini didendami oleh penyokong-penyokong tegar Anwar dan juga pembangkang malah memungkinkan kumpulan anak-anak muda ini berada dalam bahaya lantaran rangkaian gerakan politik Anwar sebelum ini sering dikaitkan dengan berbagai-bagai agensi daripada luar negara yang membantu Anwar untuk melampiaskan nafsunya akan bertindak membalas dendam atau sebagainya.

Anwar Ibrahim harus berlapang dada.Menginsafi diri.Bertaubat.Wan Azizah dan Nurul Izzah harus menerima natijah daripada perbuatan suami dan bapa kesayangan mereka ini bahawa Anwar menerima pembalasan daripada Allah atas keceluparan dan kesungguhannya memfitnah dan mengaibkan orang lain.Anwar berusaha untuk merekayasakan fitnah terhadap kepimpinan Negara dan akhrinya Allah membuka satu demi satu kebejatan moral beliau sendiri yang diselindungkan selama ini oleh imej kononnya beliau seorang pemimpin,lelaki dan suami yang baik.

Betullah apa yang telah disebutkan oleh sesiapa sahaja sebelum ini termasuklah Nik Aziz bahawa bila kita berusaha untuk membuka keaiaban atau memfitnah orang lain.Allah akan membuka keaiban kita dan inilah yang sedang Anwar tanggung ketika ini.Allah sedang mebayar segalanya dalam bentuk tunai.

Kalau mahu dihitung, memang terlalu banyak fitnah yang Anwar lemparkan.Mulutnya sentiasa cabul.Tidak cukup beliau memfitnah PM Najib dan isteri, beliau secara mudah memfitnah dan menggelarkan polis dengan gelaran yang cukup jijik seperti anjing dan sebagainya.Sistem kehakiman turut dihina dan dicercanya. SPR dan SPRM juga tidak terkecuali dengan tuduhan liar malah apa sahaja sistem yang tidak tunduk kepada kemahuan dan kepentingan beliau ianya akan diserang dengan habis-habisan dengan berbagai-bagai fitnah yang direka.

Andainya Anwar masih lagi menyakini dirinya sebagai seorang Islam,mukmin sejati dan ingin bertaubat sebelum ajal menjemput,inilah masanya untuk Anwar bangkit mengsucikan dirinya,minta ampun kepada Allah,rakyat dan seluruh keluargannya yang sekian lama menanggung malu kesan daripada perbuatan dan tindakannya.Berundurlah dari politik sebelaum beliau menjadi lebih malu lagi.

Kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah, rakyat faham perasaan mereka tetapi sebagai seorang Islam yang baik, berterusan bersubahat dengan perkara-perkara mungkar memungkinkan mereka juga turut menrima bala dan petaka daripada Allah.Kembalilah ke jalan benar.Masih ada masa untuk pulang ke pangkal jalan.
SANGGAH TOK JANGGUT

Monday, April 11, 2011

RENUNGAN : PAS DIPERBODOH-BODOHKAN DI SARAWAK

Penulis: ANON00

PAS bertanding di lima kerusi DUN di Sarawak iaitu Beting Maro, Sebuyau, Muara Tuang, Tanjung Datu dan Saadong Jaya. PAS berkeyakinan penuh mampu membuat kejutan besar di Sarawak dengan memecah kekosongan selama mereka bertanding di bumi Rentap Sungai Skrang ini. Keyakinan PAS semakin kukuh menerusi kempen agresif Anwar Ibrahim dan DAP di seluruh Sarawak.

Keyakinan PAS begitu menggunung di Beting Maro yang pernah ditandingi pada 2006 dahulu. Agak menarik apabila Beting Maro dikatakan bakal dikuasai oleh PAS pada pilihanraya kali ini memandangkan sambutan kepada PAS lebih hebat dan menyeluruh.

Persoalannya, benarkah seperti yang didakwa sedangkan daripada apa yang dilihat di Muara Tuang serta laporan-laporan yang diterima dari Saadong Jaya, Tanjung Datu, Sebuyau dan terutama sekali di Muara Tuang, PAS sedang berhadapan dengan masalah yang bukan kecil saiznya.

Penolakan penduduk terhadap tukang-tukang kempen PAS di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas begitu ketara. Di Muara Tuang sendiri, meskipun cubaan untuk mewujudkan sentimen kebencian terhadap calon dari Barisan Nasional yang merupakan adik kepada Ketua Menteri Sarawak, serta provokasi yang tidak pernah berlaku di kawasan tersebut, begitu jelas menunjukkan PAS sekadar membodohkan diri mereka dengan bertanding di Sarawak.

Alasan berdakwah dan untuk menunjukkan kepada masyarakat Sarawak bahawa Islam itu wujud dan diperjuangkan oleh PAS adalah alasan yang sangat dangkal selain alasan yang menghina rakyat Sarawak yang beragama Islam.

Islam hidup subur di bumi Sarawak meskipun lebih separuh daripada penduduk Sarawak yang berbilang etnik merupakan penganut Khatolik. Pendakwahan yang dijalankan oleh orang persendirian, agensi negeri tertentu selain JAKIM, menyaksikan lebih ramai rakyat Sarawak yang memeluk agama Islam berbanding usaha yang kononnya dakwah oleh PAS.

Layanan yang diterima oleh PAS daripada PKR dan DAP di Sarawak juga sangat menyedihkan. Atau lebih tepat lagi bolehlah dikatakan, PAS sebenarnya telah diperbodoh-bodohkan oleh rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan itu di Sarawak. PAS dihantar bertanding di lima kawasan hanya untuk merintis jalan agar sokongan kepada PKR dan DAP semakin bertambah. DAn selepas kedua-dua parti tersebut memperolehi kekuatan, PAS sudah pasti akan ditendang keluar dan tidak lagi dibenarkan bertanding.

Paling ketara ialah apabila PAS dibenarkan bertanding di kawasan-kawasan yang sememangnya kawasan bunuh diri untuk PAS seperti di Tanjung Datu dan Saadong Jaya. Sehingga setakat ini, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan PAS diterima di kedua-dua kawasan tersebut. Ceramah dan kempen yang dijalankan oleh PAS di kedua-dua kawasan tersebut, lebih banyak dihadiri oleh petugas berbanding rakyat dan pengundi tempatan. Lebih malang lagi apabila para petugas PAS turut dihalau dan tidak dbenarkan berkempen di kedua-dua kawasan itu.

Walaupun para tukang kempen PAS cuba merungut dan melahirkan kemarahan kerana kegagalan PAS untuk masuk ke kawasan berkenaan bagi berkempen, ternyata ia adalah satu tindakan tidak cukup matang. Sebabnya, PAS tidak boleh menjadikan budaya politik di Semenanjung sama seperti di Sarawak.

Perhatikan sahajalah bagaimana mesin-mesin propaganda Pakatan Rakyat langsung tidak memberikan ruang kepada PAS untuk mempromosikan kehadiran dan penglibatan mereka dalam politik Sarawak. Sebaliknya mesin-mesin propaganda Pakatan Rakyat lebih tertumpu kepada Anwar Ibrahim dan kejayaan DAP menguasai kerusi-kerusi bandar yang bermajoritikan Cina.

Biarpun pada masa yang sama, PAS cuba menumpang glamour PKR, Anwar Ibrahim dan DAP, ternyata usaha yang dilakukan oleh PAS itu langsung tidak diendahkan oleh sekutunya.

Sebabnya mudah, PKR, Anwar Ibrahim dan DAP tidak peduli langsung dengan PAS kerana peluang untuk PAS menang di Sarawak hampir tiada. Untuk apa PKR, Anwar dan DAP perlu menatang PAS sekiranya PAS hanyalah sebuah parti bodoh yang boleh diperbodoh-bodohkan di Sarawak?

Anwar tak cari PELABUR tapi cari PELACUR



Apa beza pelaBur dan pelaCur.. iaitu hanya hanya huruf B dan huruf C sahaja...

Inilah kehebatan punaisihat Ekonomi Negeri Selangor merangkap Aljuburi yang sentiasa menipu rakyat.. kali ini si Punaisihat ini mahu menipu rakyat Sarawak pula bersama kroni-kroninya..

Adakah anda ingat mengenai nassib yang menimpa kg Buah Pala.. apakah anda ingat dengan nasib peniaga di Komtar Pulau Pinang, apakah anda ingat dengan nasib peniaga bumiputra di Pulau Pinang, apakah anda ingat nasib Flat Rifle Range, Pulau Pinang yang telah dijanji oleh DAP untuk diperbaiki..

Semuanya mengalami nasib yang sama iaitu habis madu, sepah dibuang.. lepas dapat undi.. hilang... kemudian bagi dengan pelbagai Alasan..'

Kali ini mereka mahu menipu kaum Dayak pula di Sarawak, Guan Eng si Maharaja Penipu menjanjikan dana 1 Bilion kepada kaum dayak.. macam biasalah.. kalau bukan menipu, itu bukan Guang Eng..



Si Maharaja Penipu, Guan Eng berkata BN menindas kaum Dayak.. tapi Guan Eng terpula bagaimana DAP menindas kaum bumiputra di Pulau Pinang.. mereka dihalang untuk membuat rumah kos rendah di kawasan Pulau.. bahkan ruang niaga mereka dirobohkan demi nafsu serakah dan dendam DAP kepada kaum bumiputra.. lihatlah betapa keji politik si Maharaja penipu ni..

Lihatlah sahaja DAP, mereka kata mereka akan bantu kaum dayak.. mereka sebenarnya hanya membantu kaum Cina sahaja sebagaimana mereka membantu kaum Cina di Pulau Pinang.. mereka ialah parti perkauman... tapi lihat kepada BN.. PBB ialah parti Bumiputra, bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Iban, Dayak dan seluruh kaum bumiputra di Sarawak.. Ini adalah parti rakyat Sarawak, bukan macam DAP.. ianya adalah parti anak beranak.. Guan Eng dan bapanya Kit Siang, Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Guan Eng dan Isterinya Betty Chew..

Lepas tu nak tanya si Guan Eng.. si Maharaja Penipu.. mereka tuduh BN gagal nak bangun Infrastruktur Sarawak.. tapi apa Guan Eng buat untuk pulau Pinang.. apakah Infrastruktur dan pembangunan ekonomi yang Guan Eng buat..

Politik Guan Eng tidak jauh beza dengan politik Zionis dan Amerika.. mereka hanya mahukan minyak dan kekayaan negeri Sarawak.. mereka cuma tahu nak buang duit Petronas dan hasil balak.. ini pelaburan ala Pembangkang.. mereka nak jual minyak, jual balak dan jual pasir...

Tapi mereka sebenarnya gagal nak bagi tahu rakyat Sarawak bagaimana nak pertingkatkan ekonomi rakyat sarawak selain alasan minyak dan balak.. bagaimana untuk menarik pelabur asing.. bagaimana pelabur asing perlu bina kilang untuk pekerjaan kepada rakyat sarawak..


Lihat sahajalah di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah.. apa sebenarnya pelaburan yang mereka bawa.. berapa banyak pelabur yang mereka bawa masukk... apakah kejayaan mereka nak bangun ekonomi untuk negeri tersebut.. apa yang mereka dapat sekrang semuanya hasil tarik pelaburan daripada BN terdahulu..

Lihat sahaja di Selangor.. tanya Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor.. berapa banyak pelaburan yang telah dibawa kepada rakyat Selangor.. apa yang Anwar bawa ialah Video Seks sahaja dari pelacur luar... hebat.. inilah tahap penasihat ekonomi negeri Pakatan... pandai cari PELACUR bukan PELABUR..

Pemimpin pembangkang hanya pandai menipu inilaj kemahiran mereka!!!

Rakyat Sarawak mesri pastikan BN menang lebih 2/3.. bagi ajar itu pembangkang dari semenanjung..

Tuesday, April 5, 2011

EKSLUSIF !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA VIDEO ANWAR IBRAHIM TERSEBAR !!!


INILAH KISAH SEBENAR VIDEO SEKS ANWAR YANG DI SEBARKAN OLEH SEMUA BLOG

Siapa kata Perut Anwar Ibrahim Buncit? Mana Buncit nya? Wartawan Harakah pun dah kata "Muka Serupa Anwar Ibrahim". Jelas dalam Video tersebut perut Anwar Ibrahim tidak buncit dan dari susuk tubuh badannya juga kita boleh minta Kak Wan untuk menafikan bukan suami beliau dalam Video Tersebut.



Video ini bukan Gomo yang perolehi tetapi sebaliknya ada seseorang yang telah meninggalkan Komen dalam Blogg Gomo pada jam 3.04 petang.

Gomo kemudiannya di maklumkan oleh Blogger Gelombang Wangsa Maju dan minta untuk Gomo menonton nya sendiri bagi memastikan kesahihan Video tersebut memandangkan Gomo telah menyaksikan rakaman Video Porno ini sebanyak 2 kali.



Gomo dan rakan Blogger GAP yang berada di Kantin Wisma Persekutuan yang sedang lepak minum kemudiannya membuka Tab Galaxy Gomo untuk menyaksikan sama ada Video tersebut Sahih ataupun tidak. Dan bila buka sahaja link yang di hantar oleh rakan Blogger GWM dan melihat kelibat Anwar Ibrahim Gomo terus menutup Tab Galaxy dan berlari keluar dari Kantin mencari Teksi menuju ke Hotel.

Fuh..Gomo dan GAP meninggalkan Laptop di Hotel dan kami terpaksa ke Hotel bagi menyebarkan Video Porno tersebut. Dalam Teksi juga Gomo membuka Video Porno tersebut dan membuat Tekaan kepada pemandu Teksi Berbangsa Cina. Gomo tayangkan kepadanya dan tanya. " Lu rasa ini orang sapa Auncle?"

Auncle tu dengan muka Khusyuk cakap " Saya rasa kenal ini orang, sangat sangat kenal sama dia" Gomo tak menyambung soalan lagi dan terus kata pada Auncle tu " U orang pertama dalam Sarawak dapat lihat Video Porno Anwar Ibrahim"

Auncle tu senyum dan mintak Gomo bagi kawan kawan dia tengok, Gomo kata " Auncel buka ini hari banyak media internet kasi main itu Video"

So ini hari paling Gumbira buat Gomo dan GAP serta Blogger Gelombang Wangsa Maju menjadi orang pertama yang mengeluarkan Video Porno Anwar Ibrahim dalam Blogg......



Kami buat ini kerana ingin Menyelamatkan Malaysia dari Bala Bencana dan menyedarkan rakyat Malaysia siapa itu Anwar Bin Ibrahim!!!

SUMBER PAPAGOMO

DIBAWAH ADALAH NAMA-NAMA YANG PERLU LIHAT VIDEO INI

1. Wan Azizah
2. Hadi Awang
3. Lim Kit Siang
4. Mahfuz Omar
5. Khalid Samad
6. Khalid Ibrahim @ Gagap

NAK TAMBAH LAGI ??? SILAKAN !!!

Monday, April 4, 2011

Karpal Lancar Taktik Jauhkan Diri Dari Anwar?

Semalam Karpal Singh buat kejutan..Dia minta agar kesemua ahli parlimen dibenarkan menonton video seks lucah Anwar Ibrahim.Confirm hal ini bukan kategori 18sx, tapi lebih daripada itu.

Kenyataan Karpal ini memang menyentak jantung RAJA PORNO. Silap haribulan ramai penyokong mereka pun tak senang duduk.

Selama ini Karpal dianggap malaikat yang melindungi Anwar. Karpal adalah hero kepada loyalis anwarista. Karpal tidak muncul sewaktu kes liwat 1998, waktu itu bukan Karpal yang menjadi hero parti keldaian.

Yang menjadi hero Anwar pada kes liwat 1998 adalah Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin, Pakwan Chik Merican, Gurbachan Singh, Allahyarham Christopher Rizal Fernando, Aziz Adruse, Sankara Nair dan Sulaiman Abdullah.

Karpal tidak mewakili Anwar pada ketika itu. Nama-nama di atas adalah pejuang kepada pembebasan Anwar. Daripada 8 peguam Anwar pada tahun 1998, yang tinggal dan loyal hanya satu, Sankara nair.

Alamak??? Mana pergi yang lain? Christopher Fernando sudah meningal, Pakwan Chik Merican, Zainur, Zulkifli, Aziz Adruse, Sulaiman Abdullah, Gurbachan Singh semuanya telah meninggalkan anwar.

Sewajarnya dalam kes liwat antara Anwar dan Saiful, 7 bekas peguam Anwar ini yang patut kembali menerajui kes Anwar tapi wajah mereka tidak kelihatan pula waktu-waktu nazak macam ni?? Kenapa ?

Mengimbau kembali...Karpal pada tahun 1997 dalam sesi Parlimen mahu Perdana Menteri yang ketika itu Dr Mahathir, menangkap Anwar kononya kerana Anwar telah meliwat dua lelaki.

Sebebarnya GAME Karpal mudah dibaca. Dia tahu namanya masih punyai kredibel dalam sejarah perundangan negara tetapi apabila melihatkan petunjuk kebenaran yang semakin jelas membuktikan Anwar ini TIDAK BERMORAL, Karpal sudah mula pusing kepala.

Liciknya OKU ni..dia pernah pusing dalam kes Teoh Beng Hock (isu suruhanjaya). Karpal berkeyakinan isu ini tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada namanya.

Hari ini? Kes video seks pulak telah keluar. Karpal menyebut supaya Anwar Ibrahim harus bertaubat selepas insiden perak tumbang.

Hari ini? Karpal buat kejutan lagi. Video seks yang mendakwa dilakonkan oleh salah seorang pemimpin pembankang itu hendaklah ditayang dihadapan semua ahli parlimen.

Persoalannya yang ingin dikongsi.. Adakah ini caranya untuk Karpal Singh menjarakkan diri daripada anwar?

Segalanya mungkin..Karpal tahu siapa Anwar, maka untuk dijadikan alasan Karpal memberambuskan dirinya daripada terus dikaitkan dengan Anwar, maka sesi tayangan wajib video seks di parlimen telah diusulkan olehnya..

7 peguam kes liwat Anwar pada tahun 1998 sudah cabut lari daripada dikaitkan nama mereka dengan Anwar.

Hari ini giliran karpal pula, esok lusa....mana tahu PAS? Minggu depan? Bulan depan? Silap haribulan Wan Azizah sendiri angkat kaki..

Makanya, selepas ini akan berkumandanglah irama shahdu menyanyikan lagu 'selamat tinggal anwar'..semoga selamat bersemadi di penjara Sungai Buloh.

Jejaka yakin Karpal akan datang menonton video seks Anwar di parlimen dengan wajah sebegini?! hehe...

Wednesday, December 15, 2010

Isu Wikileaks Peluang Anwar Untuk Membelit

Agensi Perisikan Singapura mengesahkan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Pandai betul Si Anwar ni dapat menjalankan tugasnya sebagai tukang belit dan dalam masa yang sama menghadapi perbicaraan di mahkamah. Malam kelmarin di mana berlangsungnya Ceramah pendedahan oleh Anwar Ibrahim mengenai isu yang melanda dirinya yang telah di dedahkan oleh Wikileaks bahawa Anwar Ibrahim melakukan Seks Luar Tabii ke atas Saiful Bukhari.

Tetapi tunggu punya tunggu, cerita Wikileaks Anwar tak juga keluar, apa yang diucapkan oleh si juburi ni semua beransurkan fitnah dan hasutan yang mengaitkan UMNO. Anwar Ibrahim telah berjaya menipu hadirin yang hadir.

Memang ramai yang memenuhi lokasi ceramah tersebut dan ramai juga yang menyumpah seranah bila mana tersedar diri di kelentong buat ribuan kalinya setelah terpesona dengan promosi ceramah yang bertajuk sedemikian. Maklumlah, sesuatu isu yang sedang hangat diperkatakan, makanya tentulah ramai yang datang untuk mendengar penafian atau pengakuan Anwar Ibrahim yang kononnya beliau akan menjelaskan Isu Wikileaks ini.

Begitulah akibatnya apabila terlalu taksub dengan propaganda sehingga tertipu begitu mudah dengan omongan al-Juburi. Sesungguhnya Anwar sememangnya mahu mengelak dari menyentuh isu Wikileaks ataupun salahlaku tabi'i beliau kerana ianya akan menjerat leher Anwar sendiri untuk di lihat sebagai 'Mentor Peliwat'.

Namun, di sebalik kekecewaan hadirin yang hadir, terselit senyuman dari insan-insan yang menolak kepimpinan Anwar apabila memandang kepada barisan 'banner & bunting' yang menyambut kehadiran si peliwat.

Syabas kepada 'si pembuat' banner-banner tersebut kerana sekali lagi membuatkan Anwar merasa kubur politiknya sudah siap di gali, tinggal untuk di kebumikan sahaja lagi. Syabas sekali lagi buat bloggers Wangsa Maju kerana menyambut Anwar dengan semeriah rupa..

Paiseh Mizie - N9




HASAN ALI ISYTIHAR BOIKOT PROGRAM PAKATAN !!

Sejak akhir-akhir ini, saya memang banyak mengkaji tentang penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama sahabat-sahabat blogger yang lain. Banyak juga info-info baru yang dapat dikenalpasti. Tiba-tiba terlintas di fikiran saya, di mana Exco Selangor yang mewakili PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali? Sudah lama tidak nampak beliau dalam mana-mana program yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan.

Ianya bermula apabila saya ditugaskan membuat liputan pada PRK DUN Galas. Sepanjang 13 hari berada di sana, tidak nampak langsung kelibat Hasan Ali. Apabila saya bertanya jentera PAS Selangor di Galas, beliau diam membisu lalu menjawab, "Ala, YB. Khalid Samad kan ada". Semua sedia maklum Khalid Samad merupakan musuh politik Hasan Ali di dalam PAS.

Ianya disusuli dengan Perhimpunan 'Selamatkan Air Selangor' yang berlangsung Ahad lepas. Tiada juga kelibat Hasan Ali. Beliau sepatutnya orang penting dalam isu ini kerana beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)?

Tapi bukan sahaja tiada pada perhimpunan tersebut, malah tiada langsung sebarang komen dari beliau mengenai masalah SYABAS seperti yang didakwa Kerajaan Negeri. Saya mendapat maklumat bahawa Dr. Hasan Ali tidak bersependapat dengan usaha penyerahan SYABAS kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Masyarakat Gombak juga banyak mengeluh dengan khidmat yang diberikan oleh Hasan Ali yang juga merupakan ADUN Gombak Setia. Banyak aduan yang dibuat tidak mendapat sebarang maklum balas dari Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, semalam beberapa penduduk kawasan Batu 12, Gombak dilaporkan telah berulang kali membawa isu ancaman tanah runtuh di kawasan tersebut kepada Hasan Ali.

Beliau memberi jaminan akan mengemukakan masalah itu. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas. Dengar kata Kerajaan Negeri sengaja melengah-lengahkan laporan permasalahan masyarakat di DUN Gombak Setia sebagai usaha menyingkirkan Hasan Ali dari bertanding pada PRU 13.

YB Hasan Ali memang sudah mengalah nampaknya. Tindakan beliau seolah-olah memboikot Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim. Beliau dikatakan semakin dipinggirkan bukan sahaja dari Kerajaan Negeri, malah PAS Selangor sendiri bersikap seolah-olah meminggirkan beliau.

Manakala dari pihak PKR dan DAP Selangor pula lebih senang berhubung dengan Khalid Samad mewakili PAS Selangor yang dikatakan lebih liberal. Sementara Hasan Ali lebih selesa menghadiri program-program seperti tahlil bersama rakan-rakan beliau dari UMNO Gombak.

Hasan Ali sebelum ini dikatakan seorang pemimpin PAS dari puak Pro Ulama' di dalam PAS yang menyokong usaha ke arah Kerajaan Perpaduan UMNO - PAS dan pernah menyuarakan beberapa isu yang menggoncang kerjasama Pakatan seperti isu arak dan SELCAT.

Beliau juga merupakan punca utama desakan diadakan Perhimpunan Khas PAS di Taman Melewar bagi menentu hala tuju PAS bersama Pakatan. Nik Aziz merupakan antara individu yang berang dengan Hasan Ali.

YB. Hasan Ali, bersabarlah. Tapi saya hendak bertanya, adakah berbaloi perjuanganmu bersama Pakatan membina sebuah Negara Islam di Selangor?

Sunday, December 5, 2010

Keluarlah dari kerangka pemikiran sempit

Sama ada dipersetujui atau tidak, kemelut politik dalam negara pada masa kini agak meruncing dan membimbangkan orang awam seperti penulis. Setidak-tidaknya itulah pandangan orang awam seperti saya.

Betapa tidaknya, kemelut perebutan jawatan dalam UMNO menjadi-jadi, sebuah parti Melayu yang mengakui mewakili masyarakat Melayu Muslim. Apakah ertinya disebalik perebutan itu? Maknanya seolah-olah tidak ada lagi mereka yang benar-benar tertonjol dan berkredibiliti untuk mewarisi kepimpinan. Semuanya merasakan mereka lebih afdhal daripada orang lain.

Dalam pandangan Islam, orang tidak boleh berebut-rebut untuk menjadi pemimpin. Samalah halnya orang tidak boleh berebut untuk menjadi imam sembahyang. Imam dalam sembahyang samalah dengan pemimpin di luar sembahyang. Tidak ada dualisme.

Jika perebutan sebegitu sengit, ertinya sudah tidak ada kepercayaan di antara satu sama lain. Masing-masing merasakan mereka sama rata berada atas padang yang sama rata. Lebih merisaukan lagi jika ada yang merasuah untuk memimpin.

Ajaran Islam mengajar kita yang muda menghormati yang tua, yang tua pula menyayangi yang muda. Kalau “fatwa” ini dipakai, orang muda malu untuk merebut daripada orang tua, dan yang tua pula sedia menyerahkan kepada yang muda tetapi yang lebih berwibawa. Inilah padahnya bila politik kita sudah begitu taksub kepada demokrasi liberal. Semangat syura yang dianjur oleh Islam sudah hilang.

Di luar UMNO pula, Pakatan Rakyat menjadi pembangkang yang taksub akan meruntuhkan kredibeliti UMNO tanpa mengira siapa yang naik. Tidak bolehkah satu kompromi, atas alasan menjaga bangsa, agama dan negara dalam gelodak ekonomi dunia yang merudum hari ini, mereka duduk berbincang secara tenang mencari jalan penyelesaian. Politik barat yang bersifat “sanggup membunuh dan dibunuh” satu sikap politik adu domba yang menakutkan. Masing-masing berpegang “Kalah jadi abu dan menang jadi arang”.

Semua pihak seharusnya melihat asas iman sebagai teras politik. Ia membawa makna kasih sayang dan juga toleransi yang cukup tinggi. Kadangkala kita membaca ayat itu dan hadis ini, tetapi apabila sampai kepada terjemahan praktis dalam kehidupan, semua pihak membelakangkan ajaran al-Quran dan Sunnah nabi. Saya cukup risau dengan keadaan politik yang ada; politik membunuh karekter dan membunuh secara fizikal melalui beberapa cara. Akhirnya tidak ada lagi pemimpin yang bersih. Semuanya sudah kotor.

Kita kadangkala seperti hilang rasa malu dan hormat sesama kita. Malah masing-masing sudah hilang malu dan hormat kepada diri sendiri, apalagi kepada pihak lawan. Nabi bersabda; “Jika sudah hilang malu, buatlah apa sahaja yang kamu mahu”! Ingatlah kembali kepada ajaran agama secara sebenar, sebelum nasi menjadi bubur. Allah menjanjikan jika satu kaum itu gagal membawa keadilan dan kesaksamaan, Allah boleh menggantikan kaum lain pula. Inilah yang berlaku dalam sejarah. Pelajarilah cerita kaum Thamud dan kaum `Ad, malah kaum Fira`un, ia bukan sekadar cerita penglipor lara atau cerita seribu satu malam, tetapi kesah benar yang perlu dijadikan iktibar.

http://mindamuslim.com/

Sunday, November 28, 2010

Kalau Berkalau Anwar: Lim Kit Siang, Bakal TPM


Dalam akhbar Sin Chew bertarikh 26hb November, Anwar si pengkhianat bangs atelah berkata, "Kalau Pakatan perintah pusat nanti, saya akan jadi PM dan Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kata Anwar lagi " PR mengamalkan sistem demokrasi. Orang Cina jadi TPM tidak bertentangan dalam perlembagaan dan saya percaya Melayu tidak akan tentang".

Itulah kata-kata keramat tahap kunyit yang dikeluarkan oleh si peliwat tegar yang juga merupakan pengkhianat negara. Anwar haramjadah ni demi kuasa, anak bini pun aku rasa dia sanggup jual dah pada tahap ini. Yalah, dia tau kamar di Sg Buloh amat merindukan dia, sebab itu dia jadi desperado ni.

Jangan takut Anwar, kita tau, bukan setakat TPM, kalau kau masih ada aku percaya Komunis pun boleh jadi Perdana Menteri kita punya. Kau adalah manusia paling bangsat pernah aku tengok, kebangsatanmu sanggp menghancurkan bangsa demi memuaskan nafsu sendiri!

Tidak ada maki hamun yang sesuai lagi untuk kau wahai anak Ibrahim! Kau adalah DAJJAL yang dilaknat dan aku harap kau mendapat balasan yang sepedih-pedihnya di dunia ini, isteri kau kata Tuhan bagi dia suami macam kau dan aku tau dia mengatakan begitu kerana ada yang tersirat disebalik yang tersurat!

Hanya Wan Aizzah saja yang tahu betapa deritanya dia kena berkongsi katil dengan Shamsidar dan ramai jantan-jantan jambu yang lain! Inilah masalahnya dengan manusia yang suka manin bontot, dah la takde iman, negara pun sanggup digadainya!

Wednesday, November 24, 2010

Anwar Nak Jadi PM Untuk Apa??


Dalam satu artikel kolum berjudul "Tujuh Kesilapan", Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan menyenaraikan tujuh kesilapan yang dilakukan Anwar, menurut penilaiannya terhadap Anwar dalam tempoh lebih dua tahun kebelakangan ini.

Pertama, Anwar tidak respon kepada Program Transformasi Ekonomi yang diketengahkan oleh PM Najib;

Kedua, membiarkan semangat Pakatan Rakyat untuk terus menjunam;

Ketiga, tidak melaksanakan idealisme reformasi;

Keempat, organisasi Pakatan Rakyat yang lemah;

Kelima, Anwar tidak menggunakan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menggabungkan sumber politik yang ada di empat negeri Pakatan Rakyat, misalnya mengemukakan dasar penyelesaian ekonomi;

Keenam, gagal menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR;

Ketujuh, kekurangan daya pimpinan dan membuat pertimbangan.

Menurut Lim Sue Goan, Anwar memperlihatkan semangat yang tinggi sebelum 8 Mac 2008, tetapi amat berbeza setelah terjerat dengan kes mahkamah dan kegagalan rancangan 16 September 2008.

Nelayan Desak DAP Bina Jeti Baru

Semalam berita di TV memuatkan isu nasib 24 nelayan Jeti Nelayan di Sungai Gelugor yang majoritinya Melayu mendesak kerajaan DAP diketuai Guan Eng supaya memberikan mereka satu penempatan tetap sebelum bertindak merobohkan penempatan lama mereka di Jeti Sungai Gelugor.

Menurut nelayan di situ , mereka sedia untuk berpindah bagi memberi laluan kepada pembangunan di kawasan penempatan lama sekarang iaitu projek hartanah The Light Waterfront Penang bersebelahan Lebuh Raya JE yang dianggar bernilai jutaan ringgit.

Tetapi mereka juga mahu kerajaan DAP memberi jaminan untuk menyediakan satu penempatan jeti yang tetap dan baru untuk nelayan Sg Gelugor ini dapat menjalankan aktiviti mereka seperti biasa.

Selain itu, mereka juga merungut mengenai penempatan jeti sementara di Batu Uban tidak sesuai kerana arus yang kuat menyebabkan sampan sering pecah terkena batu.Malah mereka mendakwa cadangan LKIM untuk menempatkan lima lagi kumpulan nelayan pantai di sekitar kawasan pulau ke situ kurang bijak kerana ia bakal menimbulkan kesesakan, selain masalah pengurusan.


Lebih teruk lagi , Exco boneka Guan Eng iaitu Malik Abul Kassim ini pernah berjanji kepada mereka bahawa kerajaan negeri akan membina satu jeti baru berhampiran dengan jeti lama sebagai satu jalan penyelesaian. klik di sini

Nampaknya janji yang dicakap oleh konco-konco Guan Eng ini hanyalah janji kosong dan pembohong ! Siapa Malik Kassim untuk minta jeti bernilai RM 400, 000 daripada Ketua Menteri berlidah biawak itu untuk kegunaaan nelayan ini ??? Duit sebanyak itu bagi Guan Eng lebih baik digunakan untuk dasar populisnya yang terkenal seperti beri duit kepada RM 100 setahun kepada warga emas dan ibu tunggal .

Jelas sekali, laungan kerajaan berjiwa rakyat oleh Guan Eng hanyalah satu pembohongan . Tiada pembelaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membela nasib nelayan2 ini yang berdepan tindakan pemaju ini . Malah mereka juga pernah diancam oleh samseng2 yang dikatakan diupah oleh pemaju untuk merobohkan bangsal mereka . klik di sini


Sudah lah nak kena halau , lepas itu kena kencing pulak dengan kerajaan DAP ..

Sunday, November 21, 2010

Logo, Warna Lambang BN Akan Berubah – Najib

Logo dan warna dacing pada lambang Barisan Nasional (BN) mungkin akan berubah. Ia antara kejutan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen BN, 28 November ini.

“Perubahan-perubahan lain akan kita umumkan pada hari konvensyen itu. Ada sedikit perubahan dari segi logo dan warna. Saya akan umum pada hari itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Najib berkata, segala persiapan konvensyen yang akan diadakan di Wisma MCA di sini sedang berjalan lancar mengikut jadual.

Temanya nanti, katanya, akan berkisar kepada konsep mendahulukan rakyat selaras dengan gagasan nasional, 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Ini kerana, jelas beliau, dalam amalan demokrasi berparlimen, rakyat merupakan kelompok terpenting dan BN sebagai parti memerintah mestilah sanggup berkhidmat, berjuang, membela rakyat pada setiap masa dan ketika.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kemenangan BN merampas kembali Galas dan mengekalkan kemenangan di Batu Sapi tidak akan sesekali meletakkan parti dalam zon selesa.

“Memang kejayaan itu membawa maksud sokongan rakyat kepada BN sedang meningkat. Bagaimanapun Dewan Tertinggi BN mengambil ketetapan bahawa usaha melakukan pembaharuan dan perubahan secara positif akan terus digiatkan.

“Usaha menambah keyakinan rakyat akan diteruskan iaitu selaras dengan dasar BN yang mengutamakan rakyat, akan terus menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang dapat mendekati dan menyentuh hati rakyat,” katanya.

Najib berkata, secara sebulat suara semua parti komponen juga akan memastikan sebarang permasalahan sama ada antara parti komponen atau sesama sendiri dibendung bagi mendorong kepada sifar masalah.

“Apabila kita dapat capai perkara ini, maka rakyat akan lebih yakin bahawa BN bukanlah parti yang suka berbalah sesama sendiri tetapi sebuah parti yang akan terus bergerak, berjuang dan berusaha demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Thursday, November 11, 2010

Kerajaan DAP Berbelit Lagi Isu Kontraktor UMNO

GEORGE TOWN, 11 Nov – Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengakui mengeluarkan sepucuk surat kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri yang menyenaraikan kontraktor yang ada hubung kait dengan UMNO.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam Abdul Malik Abul Kassim memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa kerajaan negeri telah menerima pelbagai aduan daripada kontraktor-kontraktor terutamanya kelas F bahawa masih ada kontraktor yang mendapat layanan berbeza disebabkan kaitan mereka dengan UMNO.

“Senarai kontraktor yang terkandung dalam surat itu bukan bermakna untuk menyenarai hitam mereka yang ada hubungan dengan UMNO tetapi adalah untuk pengetahun semua jabatan dan agensi kerajaan negeri,” katanya.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011, Abdul Malik berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menambah baik dan membangunkan kontraktor kelas F, antaranya dengan menubuhkan

Majlis Perundingan Kontraktor Kelas F untuk menyelesai masalah kontraktor berkenaan.

Terdahulu Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) meminta penjelasan kenapa kontraktor-kontraktor lain di Pulau Pinang tidak disenaraikan dan hanya kontraktor yang ada hubung kait dengan UMNO Pulau Pinang disenarai.

“Saya berpendapat itu adalah sepucuk surat yang berniat prejudis dan jahat untuk mempergaruhi mana-mana pihak supaya tidak memberikan kontrak projek kepada kontraktor berkenaan,” katanya.

Abdul Malik menjawab: ” Itu adalah aduan yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor Kelas F dan pihak kerajaan hanya menyenaraikan kontraktor berkenaan dalam kepilan surat tersebut.”

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) bingkas bangun dan menyoal sama ada betul apa yang dikatakan dalam surat tersebut bahawa masih terdapat ketua-ketua jabatan yang juga kroni UMNO.

Abdul Malik berkata bahawa walaupun kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka, tetapi jabatan dan agensi kerajaan negeri yang merupakan kroni-kroni UMNO, masih mendapat projek lagi.

Apabila Shahbudin bertanya kenapa kontraktor-kontraktor lain termasuk yang bukan Bumiputera dan kontraktor daripada parti politik selain UMNO, tidak disenaraikan dalam surat itu, Abdul Malik tidak menjawab dan meneruskan dengan penggulungannya.

sumber: UMNO ONLINE

Sedar sikit siapa yang biaya pengajian korang!

Rasa panas hati meluap-luap bila baca komen di page seorang budak USM ni. Aku tau ramai budak yang tinggal di SP menyokong PAS. Maklumlah Kedah kan negeri PAS.

OK, baru-baru ni banjir melanda Kedah. Keadaan sangat teruk. Kawasan yang kena semua area atas. Punca banjir mestilah sebab hujan lebat dan saliran air yang kurenggg seikit.Diulangi..Kurenggggggggg.

Banjir satu hal. Lepas banjir sehari,maka berlakulah gelombang politik yang seiring dengan arus banjir itu.

"Kami minta bantuan,tapi depa tak bantu kami sebab kami bukan orang PAS"

"Terima kasihlah sebab bantu kami,anak ni orang Kerajaan Negeri ka?"

"Depa tu harap ja pakai ketayap.kopiah semua,tapi bila nak tolong kena tengok dulu dahi ni ada cop bulan dak?"

Itu adalah sebahagian rungutan mangsa banjir. Aku faham kalau semua mangsa banjir mudah emosional kalau tak dilayan. Yela, semua orang dalam kesusahan. Dah lah rumah rosak teruk, bantuan lambat sampai, kenderaan tak dak,sistem perhubungan terputus. Tapi kita patut bersyukur sebab kita sekadar banjir.Buatnya banjir disertai arus deras,haaa baru tau syok ke tak syok warga Pakistan hari tu.....

Berbalik kes gelombang politik.

Tak dinafikan kerajaan negeri memang ambil berat. Memang dia wajib ambil berat sebab ni tanggungjawab dia. Cuma pertikaian berlaku apabila ada kawasan yang mereka sendiri tak sempat nak melawat. Dan yang lebih menyakitkan apabila bantuan yang sampai dulu kat tempat-tempat tak tercapai tu telahpun dicapai oleh BN dan adik beradiknya. Apalah masalahnya kalau kerajaan pusat bantu?

Kerajaan pusat hantar bantuan. Kerajaan negeri kata bias. Kerajaan pusat kononnya hanya hantar bantuan ke kawasan kuat UMNO je. OK, sekarang kita tgk balik. Kalau depa kata BN hanya hantar bantuan ke kawasan Pro Umno je, maknanya PAS lah yang pilih kasih. Awat bantuan untuk kawasan yang dikatakan pro Umno lambat sampai.Haa,tolong jawab sat.

Kerajaan pusat hantar bantuan dapat liputan meluas dari media utama

Ish.. memangla... Nama pun kerajaan pusat yang sememangnya dari luar kawasan datang membantu.Mestilah ramai rasa terharu dan teruja sebab orang luar sudi membantu. Adat la manusia. Macam Pakatan Rakyat jugak. Orang Singapore nak mai Penang,depa nak sambut dengan universiti khas. Tak bising pulak puak PAS sekalian. Pelik la depa ni.

Yang terbaru, ada pulak video oleh MB Kedah susulan kes banjir,Ni kira video untuk dia cover diri dia yang mungkin terlewat salur bantuan di sesetengah tempat. Beliau sempat menyalahkan Gamuda kerana landasan berkembar tidak memenuhi spesifikasi keselamatan. OK, mungkin itu salah satu sebab. TETAPI, landasan tu bukan penyebab banjir. Landasan itu hanya melambatkan aliran air. Bukankah kerajaan negeri juga mempunyai jurutera bertauliah, kenapa tak bincang pasal hal ni awal-awal? See…nampak sangat jurutera pun tak buat kerja. Yang depa tau pukul 10 keluar minum,pukul 12 makan,pukul 3 minum,pukul 4.30 balik. Jangan tipu!

Penyokong PAS pula, ramai yang faham setiap ahli yang bertentangan parti akan saling kutuk mengutuk. Seperti yang aku tengah lakukan ni. Tapi, sila pastikan siapa diri anda. Macam aku tak kisah untuk mengutuk sebab aku bayar semua cukai.

Just tell me, cukai pintu, tanah, jalan...bil api, air, indah water...parking kereta...semua aku bayar. dan yang penting, aku seorang yang mempunyai kerjaya profesional atas usaha dan duit sendiri. Walaupun pinjaman, aku tetap bayar balik.

Cukup menyedihkan apabila ada pemegang biasiswa JPA...Diulangi, JPA langsung tidak menyokong kerajaan. Ya, mereka boleh berkata yang duit JPA bagi tu adalah duit rakyat. Benar. Tapi berbaloikah anda guna duit free tu untuk merosakkan hidup rakyat lain?

Pilih kerajaan yang bengong, taksub, tiada moral.dan banyak lagi yang negatif. Dah la kalian belum tamat pengajian tapi ada hati nak tunjuk pandai. Kalian cukup bertuah sebab ibubapa korang memang orang kerajaan. Korang hanya perlu dapatkan sokongan ibubapa untuk bekerja nanti.Konfem dapat keje kerajaan jugak. Ibu bapa korang pun sama, makan gaji kerajaan tapi sokong Pakatan Haram.

Bapa borek anak rintik. Sedarlah diri tu. Kami tak macam korang. Kebanyakan orang UMNO bekerja swasta sebab nak bantu negara tingkatkan pendapatan. Cari pelaburan masuk. Korang apa tau.

Dengar-dengar dulu anak arwah Fadzil Noor belajar kat UiTM jugak. Hmmmm,kata anti kerajaan,tapi belajar dekat universiti subsidi penuh jugak.Apa cer?

Mesti alasan mereka adalah nak dapatkan pendidikan prestij. Sedar tak siapa yang berusaha menjadikan UiTM sebagai universiti berprestij? Lu fikirlah sendiri!

Yang pasti bukan Lim Guan Eng, Karpal Singh,Nik Aziz mahupun ustaz Azizan. Anwar Ibrahim? Mungkin pernah lah kot....

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"