Jadi Geng OKC

Saturday, May 7, 2011

ANWAR : DI AIB ATAU DI FITNAH?

  1. Secara purata, baik di pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang dan tak terkecuali pihak ke 3, sependapat mengatakan mendedahkan sesuatu keburukan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain adalah salah dan boleh dikira ‘cubaan mengaibkan’. Rata-rata berpendapat mendedahkan keaiban orang lain adalah salah si sisi agama.


  2. Saya secara peribadi terkeliru bagaimana sebetulnya untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Terkeliru bukan disebabkan mainan media kerajaan atau pun media pembangkang, tetapi terkeliru disebabkan sumber rujukan utama yang turut menyumbang kepada kekeliruan yang wujud.


  3. Para ulamak sepatutnya menjadi sumber rujukan utama. Tetapi hari ini jika kita minta pandangan atau fatwa dari 10 ulamak, maka kita akan diperdengarkan dengan 10 pandangan yang berbeza. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak yang tidak cukup ilmu untuk menilai. Ditambah pula dengan hujah-hujah dan serangan media dari ke dua belah pihak , akhirnya seluruh umat menjadi semakin keliru.


  4. Bagi saya secara peribadi, keadaan dan kekeliruan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh kegagalan para ulamak untuk berfungsi sebagai ulamak sebenar. Para ulamak gagal memberi pandangan yang benar-benar berlandaskan kepada al Quran, hadis, jumhur ulamak dan qias atau dari mana-mana sumber yang paling muktabar.


  5. Para ulamak dilihat sudah terikat dengan fahaman atau kecenderungan politik dan pandangan mereka sering kali akan disesuaikan mirip dengan kecenderungan politik mereka. Mereka hilang hilang kredibiliti kerana gagal menghindarkan diri dari kepentingan dan fahaman politik yang bersifat assabiah di dalam memberikan pandangan.


  6. Para ulamak politik atau ulamak ‘tidak sahih kefahaman’ ini sebenarnya lebih bersalah dari pelaku seks yang terlibat dan pihak yang mendedahkan perlakuan, mahu pun pihak-pihak yang ada kepentingan di dalam isu ini. Mereka gagal menggalas tanggungjawab sebagai ulamak dan sumber rujukan ummah yang sepatutnya berkhidmat hanya untuk agama Allah. Kaca mata yang mereka gunakan sama jenamanya dengan kaca mata orang politik. Mereka sudah ada kepentingan yang selain dari kepentingan agama yang mereka lebih utamakan.


  7. Merekalah sebenarnya lebih bersalah dari sesiapa pun dalam hal ini kerana status mereka sebagai ulamak warisan para nabi. Mereka sepatutnya bertindak menjadi orang tengah, penyelesai kepada kekusutan dan melerai setiap kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat.


  8. Malahan ada kalangan ulamak ini yang awal-awal lagi telah memihak kepada salah satu pihak yang sedang bertelagah, walau pun salah benar dan letak duduk perkara itu belum pun diketahui dengan jelas.


  9. Tingkah laku ulamak-ulamak inilah yang menyumbang kepada kekeliruan lebih besar di kalangan rakyat.


  10. Andai mereka benar-benar berfungsi sebagai rujukan muktabar dan tidak berpihak ke mana-mana pihak kecuali kepada Allah dan rasulnya, maka keadaan tidak akan menjadi sebegini terok.


  11. Jika ulamak ini bertindak mempertahankan Anwar disebabkan mahu menjaga keaiban yang telah berlaku, ia tidak menjadi masalah. Itu bergantung pada ijtihadnya sendiri. Tetapi tidakkah melindungi pemikiran rakyat keseluruhan dari keadaan ‘fitnah yang melata’ itu lebih penting dari tindakan melindungi aib seorang individu?


  12. Mana keutamaan atau ‘aulawiyyat’ dalam amalan yang sering mereka perkatakan?


  13. Apakah mereka tidak terfikir akan kesan buruk lebih besar kepada umat jika pendirian memihak terlebih awal ini akan menyebabkan pemikiran masyarakat lebih bercelaru? Bagaimana jika perlakuan atau aksi jijik dan kotor ini benar-benar dilakukan oleh Anwar? Tidakkah para ulamak yang memihak ini secara automatik akan tergolong ke dalam orang-orang yang bersubahat dengan kemungkaran?


  14. Apakah perbezaan antara ‘mendedah keaiban orang lain yang benar-benar berlaku’ dengan ‘mendedahkan sesuatu yang tidak berlaku’?


  15. Sudah pasti ia berbeza walau pun ke dua-duanya salah. Satu akan jatuh dalam kategori mengaibkan orang lain dan satu lagi jatuh dalam memfitnah dan mendustakan.


  16. Kenapa perbezaan antara mengaibkan dan memfitnah ini pun para ulamak gagal memberikan penjelasan?


  17. Mendedahkan dan bertindak terhadap sesuatu keaiban yang benar-benar berlaku masih terpulang kepada niat seseorang. Jika niat mereka semata-mata atas maksud untuk memalukan dan mengaibkan atas maksud agenda tertentu yang salah, sudah pasti mereka akan dihukum secara tunai kerana ini janji Allah. Malahan keaiban yang bakal diterima mereka, Allah janjikan dengan keaiban yang lebih besar sebelum mereka mati.


  18. AMBIL CONTOH LIWAT 1.


  19. Jika benar-benar Tun Mahathir berniat jahat untuk menjatuhkan Anwar dengan cara mengaibkan dia dengan kes liwat, sudah pasti Tun Mahathir akan diaibkan oleh Allah swt dengan keaiban yang lebih besar. Keaiban ini akan diturunkan sebelum Tun Mahathir meninggal. Ini janji Allah di dalam Al Quran. Sehingga kini walau pun sudah berumur lanjut, kita lihat Tun Mahathir masih sihat dan masih belum menerima aib besar.


  20. Diambil pula di sebelah pihak Anwar. Apakah keaiban yang berlaku kepada Anwar pada tahun 1998 tidak bersebab? Apakah keaiban itu tidak berlaku dengan izin Allah?


  21. Allah maha adil dan tidak sesekali mungkir dengan janjinya. Sudah pasti berlakunya aib kepada Anwar bersebab kerana dunia ini adalah darul-asbab. Tidak mungkin Allah saja-saja mengaibkan seseorang itu sesuka hati.


  22. Cubalah semak semula akhbar-akhbar lama. Ada atau tidak Anwar melakukan perbuatan yang mengaibkan orang lain sebelum dia menerima aib yang sebesar itu?


  23. Jika kita rasional dan buat carian kita akan dapati antaranya, Anwar pernah melakukan perbuatan ‘mengaibkan Rahim Thamby Chik melalui pendedahan kes rogol gadis bawah umur’.


  24. Mungkin sebahagian hari ini masih boleh mengingati bagaimana RTC diaibkan melalui TV3 siang dan malam walau pun mahkamah ketika itu masih belum menghakimi kes beliau. Isteri dan anak-anaknya telah turut ‘teraib’ dan dipandang serong oleh masyarakat. Siapakah yang mengawal 100% TV3 ketika itu jika bukan Anwar?


  25. Keaiban terkini yang dihadapi oleh Anwar adakah semata-mata atas kehendak dan nafsu manusia yang mendedahkannya semata-mata? Adakah Allah sekali lagi telah mengaibkan Anwar tanpa sebab?


  26. Jika di download semua ceramah-ceramahnya di youtube, tidak ada satu ceramah pun yang beliau berucap tidak mengaibkan musuh politiknya. Yang paling dahsyat dia bukan saja mendedahkan aib orang lain malah merekayasa secara jijik dan kotor segala keaiban terhadap Dato Najib. Belum pernah lagi orang merekayasa tuduhan terhadap seseorang sehingga ke tahap mempergunakan pihak ke 3 membuat akuan bersumpah palsu. Anwarlah pencetus kepada budaya akuan bersumpah fitnah dan palsu.


  27. Saya secara peribadi tidak terkejut jika hukum karma tuhan yang lebih dahsyat akan diturunkan oleh Allah kepada Anwar selagi dia tidak mahu bertaubat dan berhenti dari melakukan kerja politik jijik dan kotor.


  28. Kepada para pentaksub dan penganut fahaman Anwarisma, mereka tidak akan dapat mencari punca kenapa Anwar tidak henti-henti menerima aib Allah. Bagi mereka Anwar suci dan cuma Allah saja yang tak pasal-pasal nak mengaibkan dia.


  29. Bolehkah para ulamak mengambil iktibar ini dari cerita seorang jahil seperti saya?
**Penulis: Kamarudin Kamdias

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"