Jadi Geng OKC

Wednesday, February 5, 2020

KAMI TAKNAK MAHATHIR! KAMI TAKNAK ANWAR! KAMI TAKNAK DAP!



Pertama sekali, harap maaf kerana penulisan saya kali ini mungkin agak panjang. Penulisan saya kali ini lebih kepada ingin menyatakan pandangan yang telah saya pendam untuk sekian lamanya.

Dua tiga hari ini semakin kuat khabar angin yang mengatakan Tun M akan menyertai Muafakat Nasional bersama-sama dengan UMNO dan PAS. Kononnya untuk menghalang kemaraan Kem Anwar dan DAP.

Apabila saya terdengar mengenai perkara ini, saya meluangkan masa untuk berborak bersama beberapa orang (pelbagai peringkat umur) untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai hal ini. Majoriti daripada mereka semua mengatakan mereka tidak bersetuju dengan perkara ini (Tun M dalam Muafakat Nasional).

Saya juga mempunyai pendapat yang sama seperti mereka. Kenapa ? Pertama sekali kita perlu ingat siapa itu Tun M. Kita semua tahu taktik politik beliau. Sangat licik dan busuk. Lihat semula sejarah politik beliau. Siapakah seteru politik beliau yang selamat dari ditipu oleh beliau ? Tiada. Semuanya tersungkur belaka.

Jadi berbaloi ke untuk kita percaya kepada Tun M sekarang ? Apa jaminan yang beliau tidak akan belot kepada Muafakat Nasional ? Berbaloi ke berkerjasama dengan beliau walaupun kita tahu ianya satu risiko yang besar terhadap jangka hayat Muafakat Nasional ?

Yang kedua, saya ada terdengar suara-suara yang mengatakan mereka kasihan melihat Tun M “berjuang” seorang dalam mentadbir kerajaan Pakatan Harapan. Ya, saya faham perasaan itu, saya pun pernah rasa begitu (Maklumlah rasa kesian tengok orang tua).

Tetapi, kalian semua jangan lupa! Kenapa Tun M berapa di dalam kemelut politik hari ini ? Adakah kita yang minta beliau supaya kerjasama dengan DAP ? Tidak! Adakah kita yang merayu kepada beliau supaya bersama dengan Anwar dalam PRU 14 yang lepas ? Tidak! Adakah kita yang paksa beliau untuk kembali semula ke kancah politik setelah pencen ? Jawapanya Tidak!

Tun M berada dalam keadaan hari ini adalah kerana silap dan pilihan beliau sendiri. Beliau ingatkan beliau mampu untuk kawal kem DAP dan Anwar. Tapi realitinya beliau tersilap langkah dan kini beliau tersepit. Sekarang beliau terdesak dan buntuh (padan muka), sebab itu beliau perlukan kita (UMNO & PAS) untuk selamatkan beliau.

Tapi wahai saudaraku sekalian, takkan kita lupa apa yang Tun M lakukan pada kita tatkala beliau sedang senang (Bersama DAP) ? Kita dicaci, dihina dan dicerca sebagai sebuah parti yang konon sudah mati. Beliau sendiri yang talkinkan kita! Sekarang bila susah, cari kita pula ?! Cis, hina sangat ke kita ini ? Tiada maruah ke kita ini ? Sudahlah beliau yang mahu menyertai kita, tetapi beliau pula yang meletakkan bermacam-macam syarat. Pelik dan ajaib sungguh! Fikir-fikirlah saudaraku.

Yang terakhir, perenggan ini dan seterusnya saya tujukan khas kepada kepimpinan atasan UMNO & PAS. Wahai pemimpinku sekalian, tolonglah buat keputusan yang bijak. Dan tolonglah dengar apa yang akar umbi mahukan. Jangan buat keputusan syok sendiri ! Jangan hanya fikir nak selamatkan tembolok sendiri ! Terdesak sangat ke nak jadi kerajaan semula ? Terdesak sangat ke nak jadi menteri semula ? Ingat, rakyat dibawah ini perhati semua gerak geri kamu.

Jika ditambah jumlah ahli UMNO dan PAS, mencecah hampir 5 juta, bermakna jika dibahagikan jumlah barisan kepimpinan dan jumlah ahli, barisan kepimpinan adalah lebih kurang 1% sahaja, yang 99% adalah akar umbi. Jadi bila membuat sesuatu keputusan besar itu, tolonglah dengar suara kami yang 99% ini.

Suara akar umbi jelas ! Ya, kami MAHU kerajaan ditukar, TETAPI kami TIDAK MAHU ianya kerajaan PINTU BELAKANG. Kami TIDAK MAHU Mahathir, Kami TIDAK MAHU Anwar dan Kami TIDAK MAHU DAP. Apa yang kami mahu ? Kami MAHU Muafakat Nasional menjadi kerajaan melalui cara yang bermaruah, iaitu PILIHANRAYA UMUM.

Mungkin akan ada yang jawab “Tapi nak tunggu PRU lama lagi (2023)”. Jawapan kami, tidak mengapa ! Kami sanggup tunggu ! Kalau kami yang dibawah ini sanggup tunggu, takkan yang diatas tak sanggup ? Jelas dan nyata kemahuan kami. Tolong jangan buat-buat pekak dan buta !

Akhir kata, saya mohon maaf kerana penulisan saya kali ini mungkin agak kasar dan kurang sopan. Saya sudah cuba melalui cara dan bahasa yang lebih berkias dalam penulisan saya sebelum ini, namun jelas cara tersebut tidak sesuai dalam keadaan politik hari ini. Penulisan saya kali ini mungkin menjejaskan perjalanan politik saya, tapi tidak mengapalah, saya terima ianya sebagai satu risiko dan pengorbanan yang perlu saya lakukan sebagai seorang akar umbi yang sayangkan Muafakat Nasional.

Bantu saya sebarkan penulisan ini hingga pemimpin kita dapat baca dan hadamkan.

Sekian. Terima kasih.

Madyasir Ahmad Basir
Akar Umbi Muafakat Nasional

OKC said:-

Saya bukan pemimpin tinggi UMNO dan saya tiada apa-apa autoriti untuk bercakap bagi pihak UMNO. Tetapi jika saya pemimpin UMNO, saya akan belajar daripada DS Najib Razak

Selepas PRU14, beliau disakiti, dinista, dilayan bagai tiada jasa. Beliau disekat dengan pelbagai cara, dihakimi oleh media massa. Tetapi dia tidak pernah sesekali tunduk menyerah kalah kepada sesiapa.

Apabila Anwar Ibrahim beri jaminan bahawa jika UMNO menyokongnya maka DS Najib akan diberi keadilan yang sempurna, dia tetap tidak memilih untuk menyambut tangan yang mahu mengeluarkan dia daripada bahaya.

Walaupun itu menyebabkan sebelah kakinya bagaikan sudah di penjara. ketika untung nasibnya menjadi taruhan, dia tidak memilih Anwar dan tidak memilih Mahathir
Tetapi dia memilih saya. Dia memilih kamu. dia memilih untuk bersama kita semua.

Kerana DS Najib mahu UMNO bangkit dengan bermaruah, bukan dengan menumpang tuah.

UMNO mesti bangun sendiri dengan gagah daripada rebah, bukan dengan memaut tongkat yang salah. UMNO mesti berdiri sendiri menjulang senjata, bukan menjadi perisai kepada musuh yang nyata.


No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"