PH cadangkan Anwar Ibrahim...
PPBM cadangkan Tun Mahathir...
MN cadangkan 'Bubar'...
Nampak sgt politik Malaysia perebutan kuasa antara TM dan AI. Mereka menggunakan alasan demi rakyat utk terus berkuasa.
AI dan TM sudah diberi peluang oleh rakyat apabila PH menang PRU14 tetapi mereka perjuangkan agenda peribadi apabila seorang nak jadi PM sampai mati dan seorang lagi nak jadi PM sblm mati.
Janji kpd rakyat tidak ditunaikan tetapi janji penyerahan kuasa yg diperjuangkan hingga lupa kuasa rakyat boleh menaikkan dan mejatuhkan mereka semula.
Dalam situasi skrg MN mohon memulangkan semula kuasa kpd rakyat.
Wednesday, February 26, 2020
Tuesday, February 25, 2020
Bubar Parlimen Amatlah Munasabah - Tok Mat
Umno/BN dan Pas sebagai mewakili Muafakat Nasional menyarankan Parlimen di bubar bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan.
Cadangan ini amatlah munasabah, wajar dan sangat sesuai untuk menyelesaikan kemelut politik pasca kejatuhan Pakatan Harapan.
Masa depan negara dan kestabilan politiknya mesti ditentukan oleh rakyat dan bukan elit politik.
Kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat adalah jalan terbaik untuk demokrasi Malaysia berfungsi sebaiknya. .
Semoga dilimpahkan rahmat taufik dan hidayah daripada Allah swt buat semua demi mendapatkan keputusan terbaik buat sekalian rakyat Malaysia... InsyaAllah.
Krisis Politik Suatu Petunjuk Dari Allah SWT
Malaysia segar dan ceria tanpa DAP. Selepas kejatuhan ini sukar lagi untuk DAP bangun. Ini adalah kerana kemenangan sebentar yg diberikan Allah kpd DAP itu ialah untuk memperkenalkan wajah DAP yg sebenar kpd rakyat Malaysia. Kini rakyat malaysia sudah kenal DAP. Lalu Allah kalah kan DAp kembali. Apakah rakyat malaysia masih mahukan DAP?.
Allah berikan PKR kemenangan bersama PH. Untuk Ahli Pas kenal PKR dan Anwar. Betapa angkuhnya Anwar mebelasah PAS dan TGHH, org yg pernah satu ketika memapah beliau dari lembah penghinaan. Itu lah aturan takdir Allah.
Allah kalahkan UMNO dan BN dlm pru 14 agar UMNO dapat mengenal PAS secara lebih dekat dan PAS dapat mengenal UMNO. Lalu Allah tautkan hati2 PAS dan UMNO atas kepentingan agama, bangsa dan Negara. Indah sungguh percaturan Allah.
Allah pecahkan PKR terbelah dua dan Bersatu keluar sepenuhnya dari PH agar PH lumpuh dan tumbang. Allah tumbangkan PH untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dari ideologi tanpa tuhan yg sedang cuba disebarluaskan oleh DAP.
Allah berikan PAN kemenangan besar bersama DAP dan PH. Sehingga mereka merasakan tindakan mereka keluar dari PAS adalah satu tindakan yg benar. Kalau mereka salah masakan Allah berikan mereka kemenangan secepat itu. Sehingga mereka merasakan tindakan keluar dari PAS itu satu tindakan yg tepat dan melanggar baiah itu tiada salahnya pada agama. Lalu semakin bersemangatlah mereka membelasah PAS. Namun Allah Maha Bijaksana. Kini dengan tersungkurnya DAP tiada lagi pohon untuk dedalu PAN menompang. Belum puas Pimpinan PAN menyedut manisnya saripati dan madu jawatan menteri dan timbalan menteri, lalu Allah sentap mereka dari kelopak segar menjadi layu serta merta. Allah Maha Kuasa. Ianya pengajaran buat siapa yg gelojoh dan tidak ikhlas dlm perjuangan.
PAS..?. Begini lah PAS. Dlm apa situasi pun PAS akan terus hidup. Kerana Rasul mengajar PAS, jagan sombong ketika menang dan jangan berputus asa ketika kalah. Selagi Allah ada dlm hati para pejuang PAS, selagi itu mereka akan terus hidup. Hatta jika di pancung sekalipun mereka tetap hidup. Kerana syuhada itu tidak pernah mati.
Teman... Ternyata perjanjian Hudaibiyyah PAS dan UMNO telah membawa kita kepada hampirnya Fathul Makkah. Ingat teman2... Jgn sekali2 sombong dengan kemenangan. Saat memasuki kota makkah bersama golongan muslimin yg ramai, Rasulullah saw menundukkan kepalanya penuh tawadhuk sehingga janggut baginda yg mulia mencecah bulu2 diatas tengkuk kudanya. Baginda berzikir, memuja dan memuji Allah. Ingatlah semuanya dari Allah.
UMS
Pondok An Nuur Kuantan
25. Feb. 2020
Monday, February 24, 2020
DIAMNYA TUN MAHATHIR MUSUHNYA BERKECAI...
Sejak PRU lepas, Tun mahathir di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Kali ni corak pimpinan Tun berubah 360°. Bukan seperti Tun dulu kerana Tun hari ini dilihat begitu lemah, pendiam dan lembik. Itu rata-rata yang mula melihat sosok tubuh ini hari ini. Bertali arus di tibai pihak pembangkang, katanya Tun baruah DAP. Tun ni jadi badut je.
Segala propaganda di momokkan. Cuba dikucar kacirkan dari dalam barisan Kerajaan sedia ada. Tapi Tun tetaplah Tun.
Dalam diam, musuhnya hancur berkecai. Orang terlupa banyak perkara tentang Tun Mahathir sehingga mula sambil lewa memandang Diamnya Tun Mahathir. Sedang musuh meremehkan Tun Mahathir, mula cuba menekan Tun Mahathir, mereka terlepas pandang. Tun Mahathir sedang kusyuk menulis, merangka sesuatu yang besar.
Harimau kertas dipanggilnya? Alamak.
Apa yang mustahil bila disebutkan tentang Tun Mahathir?
Sejarah Mahathir dalam politik sendiri sepatutnya kau dah perlu ambik tahu, tua-tua dia. Licik dia tu level power. Di saat kau tengah berfoya, dia tengah leka mentelaah buku-buku Perang. Di saat kau sedang mentertawakan dia, Dia fokus menghuraikan di atas kertas segala kelemahan-kelemahan kau. Di saat kau mula rasa kau dah boleh makan dia, masa tu lah Senjata Besar dia dah siap. Endingnya apa?
Bersujudlah musuh-musuh swing 360°. Nak lawan pasti mati, nak sujud tercalar maruah. Akhirnya pilih spin pendirian dan create pandangan-pandangan yang meneutralkan hubungan antara mereka dan Tun Mahathir. Dalam tempoh beberapa tahun merasa menang besar, endingnya keliru, tak sangka dan terjerat.
Gila punya game Tun Mahathir. Game Tun nampak gila pun sebenarnya sebab team lawan terleka je. Terbiasa dengan perangai mudah selesa. Nampak sedang menguasai, padahal sebenarnya sedang dikuasai. Tup tup terjerat. Nahh, menyembah.
Kalau kau perasan, game Tun Mahathir bemula seawal dia di angkat semula menjadi Perdana Menteri. Dari dulu sewaktu bersama UMNO lagi, mana-mana meeting Tun akan tekankan betapa bahayanya DAP yang berkepalakan Lim Kit Siang. Betapa rasisnya Lim Kit Siang. Tiba-tiba Tun boleh bersama DAP? Realitinya semudah tu kah boleh berkawan? No no. Cerita dia sebenarnya, permainan baru bermula.
Dalam terpaksa, nak taknak inilah perjuangan. Kalau tak ambil keputusan gila tubuhkan PPBM dan bekerjasama dengan Pakatan, mungkin waktu tu kalau kalah, semuanya habis musnah. Dah lama UMNO terkubur sebaik tumbang PRU lepas kalau PPBM tak diwujudkan dan Tun jadi perdana menteri. Takda lagi siapa yang boleh pertahankan. Game ni pihak pembangkang jarang nak bercerita. Ramai tak berani nak akui yang Tun sebenarnya dah selamatkan diorang dari awal game bila UMNO tumbang. Ramai tak berani nak cakap pada masyarakat, yang Tun Mahathir nekad keluar dari UMNO dulu sebenarnya kerana Tun Mahathir nampak, melayu akan dibelasah cukup-cukup bila hilang kuasa.
Situ bermulanya susunan demi susunan. Macam mana Tun susun kabinet. Tiba-tiba diwujudkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, di binakan pengaruh kepada orang kanan Anwar Ibrahim, dia hantar pula orang bersyair pada pimpinan-pimpinan UMNO dan PAS. Waktu gerak kerja ni berjalan, pembangkang buat apa? Ghairah cuba meneka dan merasa jaguh bila dapat teka permainan Tun? Untuk apa? Buang masa!
Kau tak akan dapat jangka!
Orang buat kerja, kau sibuk nak bagi pandangan itu dan ini untuk orang nampak kau pandai. Last sekali kepandaian kau dimakan oleh orang yang buat kerja.
Apa je gerakan yang Logik dari Tun Mahathir? Banyak yang tak masuk dek akal.
UMNO buat pertama kali dalam Sejarah di tumbangkan pun satu perkara yang sangat tak masuk dek akal. Kalau cerita dekat moyang-moyang kita dulu yang hari ni UMNO dah berjaya ditumbangkan, diorang gelak je. Tak masuk akal. Tapi Tun berjaya buat. Lagi angpa mau pandang kecik orang tua ni? Parti keramat orang Melayu yang tak pernah kalah sejak Merdeka. Di tumbangkan oleh sosok tua yang geng lawan kata dah nyanyuk. Hina betul. Tapi kesudahannya yang Hina tu siapa? Pastinya yang kalah lawan orang nyanyuk. Kena faham satu perkara. Dalam perlawanan bola sepak sekalipun, untuk menang dan dapat mata, kau kena menang. Apa cara kau menang, itu cerita lain. Waimah kau gol pakai tangan sekalipun, kalau menang, menang lah jawabnya. Kau yang akan julang PIALA!
Ibarat Liverpool lawan Manchester United. Keputusan akhir, Liverpool menang 3-2. Kau sebagai penyokong Liverpool peduli ke bila penyokong Manchester united asyik ulang yang team kau menang nasib? Sebab penalti je? Lepas tu depa cakap pulak team depa nasib tak baik sebab bola banyak kena tiang? Eh peduli apa. Sembang boleh lah.
HATI-HATI DENGAN GAME GILA SI PEMIMPIN TUA. MUDA DIA PANGLIMA PERANG, BUKAN PENDEBAT ULUNG. DIA MEMBINA PENGARUH DENGAN TINDAKAN, BUKAN PERCAKAPAN.
Banyak musuh di bunuh mati, tapi ramai masih tak belajar lagi. Tak ulangkaji. Balik-balik nak sedapkan hati, cerita keburukan orang tua ni berbanding kebaikan orang tua ni. Selama ni dia senyum, game LAST ni kau boleh nampak muka dia dah tak senyum. Ketat semacam. Macam tahan berak pun ada. Siapa mati dulu kita tak tau, kita cuma boleh pura-pura happy, pura-pura menganjing sambil simpan dalam-dalam apa game seterusnya bakal jadi. Ini bukan cerita siapa teka betul, ini cerita siapa kena kitai dulu dan mati terus.
DAP nampak gaya dah mula kenal erti sopan santun. Jalan depan pun dah tunduk, nak angkat dada risau esok kena tanam. Dah mula tahu, baki legasi Bangsa Melayu Kurang ajar masih belum mati. Meniti usia, sambil mencorak sejarah baru yang terakhir. Jauh lebih kurang ajar daripada DAP itu sendiri. Kurang Ajar lawan Bapak Kurang Ajar.
.
.
Sekarang ni mana suara Tun Mahathir khadam DAP? Kalau game last ni berjaya, HERO yang belum pernah dikalahkan oleh DAP dalam sejarah Malaysia ni bukan UMNO. Tapi Tun Mahathir Mohamad. Nak kata Tun Mahathir minta talian hayat? Bukan minta talian hayat, ceritanya Tun dah cengkam telur seko-seko dari awal lagi untuk follow perancangannya. Kalau berani, tolak lah talian hayat tu. Kalau betul Tun terhegeh. Aku bagi contoh, kau bergaduh dengan sorang member kau yang dah khianat kau gila-gila. Dia tinggalkan kau. Esok member kau tu datang jumpa kau ajak join dia. Kau join tak? Mustahil. Melainkan member kau tu keluarkan satu bukti perangai buruk kau, yang boleh buat imej kau tercalar teruk dan kau dibuang oleh keluarga kau sendiri. Situ baru kau akan fikir untuk akur join dia. Kan? Ni basic punya logik. Kena ada benda yang menggetarkan jantung kau untuk kau boleh terima untuk join.
Lenyap segala prasangka jahat dan zalim yang dah di doktrin dalam minda masyarakat oleh puak yang melebihi nafsu dari akal kepada satu-satunya Fighter Tua berusia 94tahun bangsa melayu ini. Yang mendesak dari kem PKR hari ni, tersepit lain macam dah. Agaknya dah kena penampar dengan Anwar sorang-sorang sebab taktik tu mengeruhkan lagi keadaan. Melenyapkan cita-cita.
Ibarat sekarang ni kita boleh bayangkan Tun Mahathir dengan sinis bercakap macam ni kepada puak-puak yang tengah konfiden nak makan dia.
"Masa aku berjaya bina KLCC, korang baru belajar mengaji. Bila dah khatam, kau cuba nak ajar aku pasal ABC? "
Inilah Godfather politik MELAYU MALAYSIA BARU.
Sunday, February 9, 2020
Bukan Di Pecat!! Tapi Di Buang!?? Ada Paham Ka?
“Datuk Lokman Noor Adam bukan dipecat daripada jawatan MKT UMNO tetapi dibuang daripada menjadi ahli UMNO. Justeru, Lokman hilang kelayakan sebagai ahli MKT.
“Sesungguhnya Lokman dalam banyak perkara tidak bercakap benar dan tidak memahami Perlembagaan UMNO terutama membabitkan kedudukan dan bidang kuasa Presiden dan ahli MKT yang dilantik,” kata Annuar.
Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendedahkan selepas mesyuarat MKT bahawa Lokman dipecat sebagai ahli UMNO atas syor Biro Politik dan bukan atas syor Lembaga Disiplin serta menyifatkan tindakan itu sebagai ‘kurang bijaksana’.
Lokman yang tidak hadir mesyuarat berkenaan, dalam satu kenyataan selepas itu mendakwa beliau dipecat melalui “proses mengundi angkat tangan”.
Mengulas lanjut, Annuar menegaskan, Lokman cuba mencipta persepsi kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyalahguna kuasa, selain melaga-lagakan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak dengan kepemimpinan tertinggi parti.
“Datuk Seri Najib Razak telah beberapa kali mengatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri semula. Lokman berbohong dan cuba mengelirukan selain memberi harapan palsu kepada pengikut beliau,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
“Sesungguhnya Lokman dalam banyak perkara tidak bercakap benar dan tidak memahami Perlembagaan UMNO terutama membabitkan kedudukan dan bidang kuasa Presiden dan ahli MKT yang dilantik,” kata Annuar.
Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendedahkan selepas mesyuarat MKT bahawa Lokman dipecat sebagai ahli UMNO atas syor Biro Politik dan bukan atas syor Lembaga Disiplin serta menyifatkan tindakan itu sebagai ‘kurang bijaksana’.
Lokman yang tidak hadir mesyuarat berkenaan, dalam satu kenyataan selepas itu mendakwa beliau dipecat melalui “proses mengundi angkat tangan”.
Mengulas lanjut, Annuar menegaskan, Lokman cuba mencipta persepsi kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyalahguna kuasa, selain melaga-lagakan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak dengan kepemimpinan tertinggi parti.
“Datuk Seri Najib Razak telah beberapa kali mengatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri semula. Lokman berbohong dan cuba mengelirukan selain memberi harapan palsu kepada pengikut beliau,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
Saturday, February 8, 2020
PRU15 masih jauh??
Saya ada sikit gusar. betul ke suara majoriti rakyat? atau suara ahli parti? PRU masih jauh. mampukah nak hadap bila Anwar naik PM? dah tentu dia akan ubah balik segala rungutan rakyat. spt yg kita tahu, dia manusia yg sanggup habiskan segalanya demi dilihat cantik dimata rakyat. mampukah kita nak lawan dgn kekangan kewangan yg kita hadapi?
Berapa kos kena keluar utk menang setiap PRK? dan berapa pula kos setiap bahagian utk hadap PRU? berapa kerat Ketua Bahagian sanggup keluar duit sdiri? atau memang kita mengharapkan kesedaran pengundi semata2?dlm PRK pun bkn 100% kesedaran pengundi, apatah pula PRU nant yg melibatkan 1 Malaysia. yakinkah kita semasa PRU nant, selepas Anwar tabur segala2nya rakyat masih kekal utk jatuhkan PH spt hari ini?
PRU masih jauh, bukan esok hari..
Maaflah.. ini kegusaran dlm hati sy jer. jgn marah.. kerana hakikatnya pilihanraya dlm media social adalah lbh mudah berbanding di lapangan.
* budak pasang bendera pun x akan gi pasang kalo x hulur..
Berapa kos kena keluar utk menang setiap PRK? dan berapa pula kos setiap bahagian utk hadap PRU? berapa kerat Ketua Bahagian sanggup keluar duit sdiri? atau memang kita mengharapkan kesedaran pengundi semata2?dlm PRK pun bkn 100% kesedaran pengundi, apatah pula PRU nant yg melibatkan 1 Malaysia. yakinkah kita semasa PRU nant, selepas Anwar tabur segala2nya rakyat masih kekal utk jatuhkan PH spt hari ini?
PRU masih jauh, bukan esok hari..
Maaflah.. ini kegusaran dlm hati sy jer. jgn marah.. kerana hakikatnya pilihanraya dlm media social adalah lbh mudah berbanding di lapangan.
* budak pasang bendera pun x akan gi pasang kalo x hulur..
Wednesday, February 5, 2020
KAMI TAKNAK MAHATHIR! KAMI TAKNAK ANWAR! KAMI TAKNAK DAP!
Pertama sekali, harap maaf kerana penulisan saya kali ini mungkin agak panjang. Penulisan saya kali ini lebih kepada ingin menyatakan pandangan yang telah saya pendam untuk sekian lamanya.
Dua tiga hari ini semakin kuat khabar angin yang mengatakan Tun M akan menyertai Muafakat Nasional bersama-sama dengan UMNO dan PAS. Kononnya untuk menghalang kemaraan Kem Anwar dan DAP.
Apabila saya terdengar mengenai perkara ini, saya meluangkan masa untuk berborak bersama beberapa orang (pelbagai peringkat umur) untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai hal ini. Majoriti daripada mereka semua mengatakan mereka tidak bersetuju dengan perkara ini (Tun M dalam Muafakat Nasional).
Saya juga mempunyai pendapat yang sama seperti mereka. Kenapa ? Pertama sekali kita perlu ingat siapa itu Tun M. Kita semua tahu taktik politik beliau. Sangat licik dan busuk. Lihat semula sejarah politik beliau. Siapakah seteru politik beliau yang selamat dari ditipu oleh beliau ? Tiada. Semuanya tersungkur belaka.
Jadi berbaloi ke untuk kita percaya kepada Tun M sekarang ? Apa jaminan yang beliau tidak akan belot kepada Muafakat Nasional ? Berbaloi ke berkerjasama dengan beliau walaupun kita tahu ianya satu risiko yang besar terhadap jangka hayat Muafakat Nasional ?
Yang kedua, saya ada terdengar suara-suara yang mengatakan mereka kasihan melihat Tun M “berjuang” seorang dalam mentadbir kerajaan Pakatan Harapan. Ya, saya faham perasaan itu, saya pun pernah rasa begitu (Maklumlah rasa kesian tengok orang tua).
Tetapi, kalian semua jangan lupa! Kenapa Tun M berapa di dalam kemelut politik hari ini ? Adakah kita yang minta beliau supaya kerjasama dengan DAP ? Tidak! Adakah kita yang merayu kepada beliau supaya bersama dengan Anwar dalam PRU 14 yang lepas ? Tidak! Adakah kita yang paksa beliau untuk kembali semula ke kancah politik setelah pencen ? Jawapanya Tidak!
Tun M berada dalam keadaan hari ini adalah kerana silap dan pilihan beliau sendiri. Beliau ingatkan beliau mampu untuk kawal kem DAP dan Anwar. Tapi realitinya beliau tersilap langkah dan kini beliau tersepit. Sekarang beliau terdesak dan buntuh (padan muka), sebab itu beliau perlukan kita (UMNO & PAS) untuk selamatkan beliau.
Tapi wahai saudaraku sekalian, takkan kita lupa apa yang Tun M lakukan pada kita tatkala beliau sedang senang (Bersama DAP) ? Kita dicaci, dihina dan dicerca sebagai sebuah parti yang konon sudah mati. Beliau sendiri yang talkinkan kita! Sekarang bila susah, cari kita pula ?! Cis, hina sangat ke kita ini ? Tiada maruah ke kita ini ? Sudahlah beliau yang mahu menyertai kita, tetapi beliau pula yang meletakkan bermacam-macam syarat. Pelik dan ajaib sungguh! Fikir-fikirlah saudaraku.
Yang terakhir, perenggan ini dan seterusnya saya tujukan khas kepada kepimpinan atasan UMNO & PAS. Wahai pemimpinku sekalian, tolonglah buat keputusan yang bijak. Dan tolonglah dengar apa yang akar umbi mahukan. Jangan buat keputusan syok sendiri ! Jangan hanya fikir nak selamatkan tembolok sendiri ! Terdesak sangat ke nak jadi kerajaan semula ? Terdesak sangat ke nak jadi menteri semula ? Ingat, rakyat dibawah ini perhati semua gerak geri kamu.
Jika ditambah jumlah ahli UMNO dan PAS, mencecah hampir 5 juta, bermakna jika dibahagikan jumlah barisan kepimpinan dan jumlah ahli, barisan kepimpinan adalah lebih kurang 1% sahaja, yang 99% adalah akar umbi. Jadi bila membuat sesuatu keputusan besar itu, tolonglah dengar suara kami yang 99% ini.
Suara akar umbi jelas ! Ya, kami MAHU kerajaan ditukar, TETAPI kami TIDAK MAHU ianya kerajaan PINTU BELAKANG. Kami TIDAK MAHU Mahathir, Kami TIDAK MAHU Anwar dan Kami TIDAK MAHU DAP. Apa yang kami mahu ? Kami MAHU Muafakat Nasional menjadi kerajaan melalui cara yang bermaruah, iaitu PILIHANRAYA UMUM.
Mungkin akan ada yang jawab “Tapi nak tunggu PRU lama lagi (2023)”. Jawapan kami, tidak mengapa ! Kami sanggup tunggu ! Kalau kami yang dibawah ini sanggup tunggu, takkan yang diatas tak sanggup ? Jelas dan nyata kemahuan kami. Tolong jangan buat-buat pekak dan buta !
Akhir kata, saya mohon maaf kerana penulisan saya kali ini mungkin agak kasar dan kurang sopan. Saya sudah cuba melalui cara dan bahasa yang lebih berkias dalam penulisan saya sebelum ini, namun jelas cara tersebut tidak sesuai dalam keadaan politik hari ini. Penulisan saya kali ini mungkin menjejaskan perjalanan politik saya, tapi tidak mengapalah, saya terima ianya sebagai satu risiko dan pengorbanan yang perlu saya lakukan sebagai seorang akar umbi yang sayangkan Muafakat Nasional.
Bantu saya sebarkan penulisan ini hingga pemimpin kita dapat baca dan hadamkan.
Sekian. Terima kasih.
Madyasir Ahmad Basir
Akar Umbi Muafakat Nasional
OKC said:-
Saya bukan pemimpin tinggi UMNO dan saya tiada apa-apa autoriti untuk bercakap bagi pihak UMNO. Tetapi jika saya pemimpin UMNO, saya akan belajar daripada DS Najib Razak
Selepas PRU14, beliau disakiti, dinista, dilayan bagai tiada jasa. Beliau disekat dengan pelbagai cara, dihakimi oleh media massa. Tetapi dia tidak pernah sesekali tunduk menyerah kalah kepada sesiapa.
Apabila Anwar Ibrahim beri jaminan bahawa jika UMNO menyokongnya maka DS Najib akan diberi keadilan yang sempurna, dia tetap tidak memilih untuk menyambut tangan yang mahu mengeluarkan dia daripada bahaya.
Walaupun itu menyebabkan sebelah kakinya bagaikan sudah di penjara. ketika untung nasibnya menjadi taruhan, dia tidak memilih Anwar dan tidak memilih Mahathir
Tetapi dia memilih saya. Dia memilih kamu. dia memilih untuk bersama kita semua.
Kerana DS Najib mahu UMNO bangkit dengan bermaruah, bukan dengan menumpang tuah.
UMNO mesti bangun sendiri dengan gagah daripada rebah, bukan dengan memaut tongkat yang salah. UMNO mesti berdiri sendiri menjulang senjata, bukan menjadi perisai kepada musuh yang nyata.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGUMUMAN
Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"