Tuesday, December 27, 2016
Selamatkanlah UMNO Wahai Pemimpin ku..
Wahai pepimpin UMNO.. Handal urus negara bukan tiket selamat untuk terus bertahkta jika urus tadbir dalam parti huru-hara..
Persoalan yang mungkin terlintas bagi mereka yang sinonim dengan arena politik apabila 2017 bakal menjelang adalah "Bilakah PRU14?", "Bolehkah UMNO/BN pertahankan takhta pemerintahan?".. Malah ada yang turut sinis mengatakan "Anwar akan bebas pada 2017!".
Adegan politik di Malaysia makin menarik. Bahkan Jejaka berani mengatakan drama & lakon layar perfileman politik negara berada dalam bahagian klimaks dimana di antara kita pasti sinis beranggapan dengan permasyhuran ke bawah duli Tuanku, Sultan Kelantan sebagai DYMM Yang Dipertuan Agong, maka peluang Anwar untuk mendapat pengampunan melalui rayuan yang dibuat besar kemungkinan menjadi kenyataan. Jangan lupa, Allah bersama orang-orang yang sabar!!
Sepanjang tirai 2016, kita dapat melihat keghairahan Pembangkang. Lupakah kita Anwar pernah mengatakan bahawa terdapat pimpinan Umno yang akan keluar dari parti.. Dan ianya terbukti sekarang..
Apa yang silap dalam pemerintahan Najib??
Rasanya tidak banyak ketirisan yang berlaku biarpun ada. Tetapi itu dalam pengurusan dan pentadbiran dalam kerajaan.. Cuba kita kaji pula dimanakah silap pimpinan Najib dalam parti??
Hebat dalam urusan hal negara tidak menjanjikan kepuasan ahli dalam parti. Kerana yang ditendang keluar mahupun yang menghalalkan diri untuk keluar Umno merupakan individu yang berjasa pada negara oleh kerana tugas yang dipikul.. Kita boleh nampak kan setiap hasil kerja puak-puak yang derhaka pada parti ni? Mereka bukanlah calang-calang orang. Kalau lah yang keluar Umno tu tak boleh harap, makan gaji buta, hampeh, tak jalan tugas dengan baik.. Jejaka rasa takkan terhasil macam-macam kejayaan seperti sekarang ni.. Itu jelas menunjukkan mereka tu berkhidmat kepada rakyat.
Jadinya.. Macam yang Jejaka sebutkan tadi.. Cemerlang dalam pengurusan hal negara tak sama dengan kejayaan dalam parti.. Cuba kita fikir, nyanyuk ke Mahathir? Tamak ke Muhyiddin? Kelahapkan mereka-mereka tu?? Jika betul, maka orang gila mana yang menyokong membabi-buta? Kita ni tahu sangat yang menyokong diorang tu hebat-hebat belaka.. Lawyer, engineer, doctor.. So, bodoh ke diorang tu nak sokong bekas ahli Umno yang dikatakan derhaka waima celaka dalam parti tu???
Jika benar kesilapan yang berlaku berpunca dari dalam parti, patutlah diperbetulkan.. Takut nanti terlambat.. Sebab kita tahu, pembangkang juga pandai menguruskan hal negara.. Pembangkang hebat juga membangunkan wassatiah, pembangkang tahu camne nak mendahulukan rakyat dan pembangkang juga tahu taktik mengutamakan pencapaian..
Walaubagaimanapun, Jejaka akui Kerajaan BN hari ni bijak.. Pergunakanlah kebijaksanaan tu.. Fahami maksud "Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan" tu.. Kalau dari akar dah bercelaru, terbelit-belit.. Memang tumbanglah pokok yang rendang.. Gagal dalam parti.. Gagal lah segalanya.. Bila parti keramat UMNO ni sudah tak di ingini.. Jangan mimpilah dapat realisasikan slogan YAB PM tu..
Mana silapnya?? Pentadbiran negara atau pentadbiran Parti? Kerana inilah salah satu punca kehancuran.. Kerana RINGGIT MALAYSIA tak kenal kau parti mana..
Salam 2017.. Sekadar pendapat.... :)
Jejaka Lantang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGUMUMAN
Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"
No comments:
Post a Comment