Antara dalang penyebaran mesej tersebut dipercayai dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amirudin Shari dan ADUN Seri Muda Shuhami Shafie.
Ahli Jawatankuasa PASMEB, Wan Adnan Wan Abdul Rahman menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang kurang ajar, apatah lagi turut mengheret nama istana di dalam isu pengguguran menteri besar.
"Dakwaan ini dibuat terhadap Habib Mazlan (Facebooker), Najwan Halimi (Setiusaha Politik Azmin Ali), Shamsul Iskandar Md Akin, Shuhaimi Shafiei, Abdullah Sani Abdul Hamid, Rafizi Ramli dan Amiruddin Shaari.
"Kami mempunyai bukti dari yang tersebut melalui laman sosial dan Internet, ia bukti yang sah mereka menjadi dalang terhadap komplot yang telah dirancang untuk menjatuhkan dan mengaibkan Khalid.
"Di dalam beberapa kenyataan memetik istana telah memperkenankan peletakan jawatan MB," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, petang tadi.
Menegaskan Khalid seorang berintegriti dan tidak wujud masalah kepimpinannya, Wan Adnan dalam pada itu berkata atas nama tanggungjawab PASMEB akan mengadakan jelajah ke seluruh Selangor untuk memberi penjelasan terhadap konflik jawatan nombor satu negeri itu.
"Kami sedang merangka beberapa 'road tour' untuk menangani hal ini bagi memberi maklumat dan penjelasan kepada rakyat supaya mereka faham akan kedudukan sebenar. Siapa yang menjadi dalang dan siapa yang menjadi mangsa dalangnya," ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment