Jadi Geng OKC

Tuesday, July 22, 2014

Bapak Kroni Malaysia



Semakin hari semakin nampak belang si Anwar Ibrahim kutty ni.

Kalau dulu beria-ria benar dia minta Tun Mahathir letak jawatan sebab memecatnya, tetapi akhirnya dia terpenjara kerana 'kenakalannya' sendiri.

Kemudian dia desak pula Tun Abdullah letak jawatan kononnya dia dapat sokongan 30 ahli Parlimen BN yang akan lompat parti dalam drama 16 September 2008. Tu pun gagal. Sebaliknya beliau yang melompat ke kedutaan Turki cari perlindungan.

Bila dah terlalu kemaruk nak jadi PM, habis lanun-lanun Kiram diupahnya membuat onar di Sabah.

Masih tak puas hati dengan keputusan PRU 13, dia buat pulak drama black out, fitnah 30,000 undi Bangla, undi hantu dan dakwat kekal yang tak kekal untuk menekan DS Najib meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri secara free kepadanya.

Konon beliau menang undi popular yang melayakkan Pakatan Rakyat memerintah bukannya UMNO-BN dan Najib.

Kini Anwar buat hal lagi, tak dapat perintah Malaysia dia buat hal di Selangor pulak. Dari lantik diri sendiri sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, dia paksa kosongkan kerusi DUN Kajang untuk letak bininya jadi ADUN baru. Sekarang dia namakan pula bininya sebagai Menteri Besar yang baru.

Tak cukup jadikan PKR jadi harta pusaka dia, sekarang kerajaan Selangor pun hendak difaraidkan pada kaum keluarganya.

Dahlah salah di segi moral, apa yang Anwar buat di Selangor hari ini jelas menunjukkan perjuangannya dalam politik selama ini adalah untuk kepentingan peribadinya semata-mata, langsung tiada kepentingan rakyat.

Bininya si Azizah, selain berkipas ke hulu ke hilir, apa yang dia tahu pasal pentadbiran negeri, melainkan hanya menjadi boneka kepada si suaminya semata.

Mana pergi janji-janji manifesto PRK Kajang dulu, berapa banyak yang terlaksana? Kajang semakin sesak, tiada perubahan pun sejak Azizah jadi ADUN? Harga sate pun tak pernah turun, makin sikit isi dan kuah adalah.

Tapi pada tangan yang sibuk mengipas dan mengelap peluh ini jugalah yang akan diserahkan masa depan Selangor untuk dia kendalikan.

Kalau hal Rosmah sibuk Nuar anak beranak dan para macai canangkan itu dan ini. Penyudahnya, bini dia pulak yang semakin over nak dijadikan Menteri Besar wanita pertama di Selangor...PAS dah mula kata; Jijah ni boleh jadi imam solat kami kaa?

Dulu kata BN kroni dan nepotisme. Tapi sekarang siapa yang lebih kronisme dan nepotisme?

Habis anak beranak jadi ketua itu dan ini dalam parti.

Manusia macam Anwar ni mana ada soal moral dan integriti. semuanya auta dan flip-flop. Sekejap nafi, lepas tu salahkan orang lain tetapi akhirnya jawatan Menteri Besar jadi idaman.

Habis rakyat diperbodohkan. Sampai orang nak jadi ahli PKR pun malu. Lebih baik masuk DAP...kononnya lebih cool tak dak main baling-baling kerusi sampai berdarah bila nak kalah.

Nampak sangat Anwar dah terdesak...Mungkin ini kifarah yang diterima Anwar setelah begitu banyak menimbulkan huru-hara di Malaysia ini.

1 comment:

Anonymous said...

Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of any
widgets I could add to my blog that automatically tweet
my newest twitter updates. I've been looking
for a plug-in like this for quite some time and was
hoping maybe you would have some experience with something like
this. Please let me know if you run into anything.
I truly enjoy reading your blog and I look forward
to your new updates.

Here is my homepage: free video thumbnail generator - ,

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"