Jadi Geng OKC

Saturday, May 10, 2014

Rafizi: Antara Bodoh & Bangang...Siri 1



Antara orang yang wajar dipijak-pijak dan dijentik-jentik telurnya adalah Rafizi Ramli. Orang ini sentiasa mewujudkan pelbagai isu untuk memastikan negara ini tidak aman, sentiasa berlaku kekecohan, kekacauan dan dia akan cukup senang hati kalau rakyat keluar beramai-ramai ke jalanraya, memburu setiap kepimpinan negara ini dan membunuh mereka seperti yang berlaku di beberapa negara Afrika atas alasan kononnya menyelewengkan wang negara.

Rafizi Ramli yang terbabit dalam tiga saman besar membabitkan isu BAFIA, NFCorps dan MOSTI, terus-menerus mempersoalkan tentang Rosmah Mansor yang menurutnya, merupakan umpan terbaik kepada para penyokong dan pengikut Pakatan Rakyat, khususnya PKR, terutama dalam menghadapi masalah memalukan dari dalam PKR sendiri ekoran pergaduhan dan kekacauan ketika proses pemilihan yang turut menyaksikan beberapa Cabang PKR digantung proses pengundian memandangkan wujudnya terlalu banyak pembohongan, penipuan serta pengecohan.

Rafizi Ramli mempersoalkan segala-galanya tentang Rosmah Mansor. Agak aneh, dia tidak pula mempersoalkan mengapakah Rosmah Mansor tidak bertelanjang sahaja ke sana ke mari kerana segala pakaian yang menyaluti tubuh Rosmah Mansor itu mungkin dari wang negara. Mengapa hanya dipersoalkan tentang kedudukan Rosmah Mansor selaku isteri Perdana Menteri yang menemani suaminya membuat lawatan. Apakah Rafizi Ramli buta dan benak serta tidak melihat sendiri pembaziran yang melibatkan Ketua Umum dan Presiden partinya sendiri?

Rakyat Malaysia membayar segala kos membabitkan Ketua Umum PKR, Presiden PKR dan Naib Presiden PKR yang merupakan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia. Ketiga-tiga mereka adalah dari sebuah keluarga dan ketiga-tiganya berusaha untuk mewujudkan sebuah dinasti dalam politik di Malaysia. Rakyat Malaysia membiayai keseluruhan perbelanjaan keluarga ini termasuklah kos perceraian Nurul Izzah dan suaminya tanpa sedar membabitkan keistimewaan dan peruntukan selaku Ahli Parlimen.

Begitu juga dengan segala perbelanjaan Anwar Ibrahim yang bergerak ke sana ke mari dengan menggunakan pesawat tanpa sebarang tujuan yang jelas dan tidak mendatangkan keuntungan kepada Malaysia mahupun Selangor apabila Anwar merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.





Wan Azizah ketika menjadi isteri Timbalan Perdana Menteri turut menggunakan segala keistimewaan termasuklah menaiki pesawat dengan pembiayaan wang rakyat. Mengapa tidak dipersoalkan oleh Rafizi Ramli?

Nurul Izzah melanjutkan pelajarannya dengan pembiayaan wang negara menerusi PETRONAS, bahkan Rafizi sendiri, mengapa tidak dipersoalkan? Anwar Ibrahim menggunakan wang negara untuk mengumpulkan kekayaan dengan bukti nyata membabitkan rumah besarnya di Bukit Segambut, mengapa langsung tidak disentuh dan dipersoalkan?

Mengapa hanya Rosmah? Mengapa tidak keluarga Anwar Ibrahim? Adakah Anwar Ibrahm menggunakan wangnya sendiri? Sumber mana yang Anwar Ibrahim perolehi sedangkan seluruh keluarganya bukanlah dari golongan berada dengan bapanya sendiri hanyalah bekas pembantu perubatan?

Bodoh punya budak!!

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"