Inilah realitinya di negara kita ketika ini, hak-hak orang Melayu cuba dinafikan atas alasan kesamarataan. Islam sebagai agama resmi Persekutuan juga cuba dinafikan. Segala yang hak bagi orang Melayu sebagai 'tuan' di Tanah Melayu ini cuba dipertikaikan, bahkan sejarahpun cuba mereka ubahkan.
Apabila kita menuntut sesuatu yang hak kita, mereka tuduh kita tiada sikap tolak-ansur, apabila kita pertikaikan perbuatan mereka yang sememangnya salah maka kita akan dituduh rasis. Berilah segunong intan sekalipun, mereka tetap tidak akan berpuas hati. Jika negara ini kita benarkan mereka perintah sekalipun tetap mereka akan membenci dan mengkhianati kita. Mereka adalah 'yahudi' sebelah sini.
Mereka menyusup dikalangan kita dan memecahbelahkan kita. Mereka akan sentiasa menghalang kita dari bersatu kerana mereka sedar bahawa mereka masih minoriti, justeru kita dipecahbelahkan kepada beberapa kumpulan namun dalam masa sama mereka tetap teguh bersatu dan menjadi majoriti serta suara penentu.
Perpecahan dikalangan orang Melayu telah memberi peluang dan ruang yang besar untuk mereka merebut seberapa banyak kuasa dalam politik yang akhirnya juga akan menentukan kekuasaan ekonomi dapat mereka cengkam 100%.
Apabila Melayu UMNO dan Pas sudah hampir kearah penyatuan maka mereka sudah menjadi semakin gusar. Lalu Cina MCA tidak dapat lagi menyembunyikan 'warna' mereka yang sebenarnya. Lihat akhir-akhir ini, terutama dalam isu hudud, DAP dan MCA sudah semakin akrab bersatu dan mula memberikan tekanan kepada kerajaan UMNO.
Ketika kaum Cina itu semakin merasa terancam (oleh perpaduan Melayu), mereka semakin akrab mereka bersatu sedangkan bangsa Melayu sendiri apabila dilanda kesusahan semakin susah untuk bersatu padu. Mungkin ini bukan kehendak orang Melayu sendiri, namun terpengaruh dan akur terhadap kehendak pemimpin parti mereka yang hanya mementingkan diri sehingga sanggup menolak perpaduan.
Demi pertahankan agama dan maruah bangsa, orang Melayu mesti bersatu walau atas nama apa sekalipun. Ini kalilah, bangsa Melayu mesti mempertahankan tanah air kita sendiri kerana kita tidak ada tanah air selain Tanah Melayu ini sendiri, berbeza dengan sikap kaum pendatang, mereka tidak ada kesetiaan kepada negara. Jika Melayu menganggap negara kita sebagai tanah tumpah darah, mereka hanya menganggap se bagai negara tanah tempat berak yang sanggup mereka tinggalkan bila-bila masa saja.
Aku tidak takut digelar rasis, kerana aku tahu dan pasti bahawa aku adalah nasionalis.
No comments:
Post a Comment