Apa lagi ditunggu oleh Melayu dan Muslim UMNO, PKR dan PAS ? Apakah Masih Belum Mampu Melepasi Rintangan Nafsu Politik Demi Kemuliaan dan Kedaulatan Agama Islam ?
MCA mohon bantuan DAP halang hudud
Ketua Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen gusar anggota Parlimen BN dari Umno akan menyokong usul membenarkan pelaksanaan hudud di Kelantan yang mungkin diusulkan PAS.
"MCA sudah berulang kali memberi amaran sekiranya PAS membentangkan rang undang-undang untuk membenarkan hudud, MP Umno dikhuatiri tidak akan membangkangnya, ini kerana perbincangan tentang undang-undang hudud di Terengganu sewaktu ia diperintah PAS juga tidak pernah dibantah Umno.
Justeru, MCA memohon bantuan DAP untuk memastikan PAS tidak membentangkan usul itu di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan di Kelantan. Ini kerana DAP bertindak mempertahankan PAS sebagai sebuah parti yang kini lebih terbuka dalam kempen pilihan raya umum lalu.
Sekarang apabila PAS secara terbuka mengumumkan akan menggesa MP mereka untuk membentangkan usul bagi membenarkan negeri Kelantan melaksanakan hudud, MCA harap sangat semua 38 orang MP DAP perlu tegas dan bertanggungjawab terhadap perkara ini.
No comments:
Post a Comment