Jadi Geng OKC

Tuesday, April 22, 2014

Pemilihan Parti Pun Anuwar Nak Buat Lawak...kihkihkih



Kelakar sungguh permainan sepasang laki bini ni.. 10 tahun yang lalu OKC dah tahu temberang orang tua ni..Laki bini sama je hidup nak menipu jer..Takde apa yang dihairankan sangat bila Anuwar sahkan menarik diri dari melawan Isteri angguk2 geleng2 nya tu.

Lawak bodoh!! Lepas ni macai masing-masing bercakap sesama sendiri la, mana hala tuju Azmin, Khalid dan team rekaan Nurul Izzah..kahkahkahkah..drama lawak sungguh puok juburi ni..

KUALA LUMPUR 22 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi menarik diri dari merebut jawatan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul berkata, tindakan Anwar itu atas nasihat peguamnya dan satu surat rasmi bertarikh 19 April telah diserahkan kepada jawatankuasa berhubung keputusan tersebut.

"Pengundurannya juga mengambil kira keadaan semasa termasuk kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan rayuan kesnya selain pendaftaran ROS.

"Kita lihat tidak ada calon lain selain isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang masih mengekalkan pencalonan," katanya pada sidang di ibu pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Jawatankuasa Pemilihan PKR menetapkan 25 April hingga 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti dan akan dijalankan mengikut zon secara berperingkat dalam tempoh tiga minggu.

Keputusan undian dijangka diketahui selewat-lewatnya 5 petang sebaik proses pengundian tamat manakala barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei.

Tuesday, April 8, 2014

Mohon Keluarga Mangsa MH370 Saman Anwar Kalau Khamis Depan Dia Kelentong Pasal MH370


Pihak berkuasa perlu menyiasat sejauhmana kebenaran dakwaan laporan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu, di Dewan Rakyat minggu depan.

Mungkin ini satu pembohongan yang dirancang kerana Anwar sememangnya kaki pembohong, tetapi apabila membabitkan pesawat yang hilang, ianya satu perkara serius dan perlu segera disiasat

Dalam kes ini, Anwar yang kononnya tahu di mana lokasi tersebut, OKC lihat ianya satu provokasi jahat untuk mencemarkan imej negara.

Lagipun, Anwar pernah beberapa kali berbohong apabila beliau sebelum ini beraia-ia mendakwa akan menguasai Putrajaya dan seterus menjadi Perdana Menteri.

Anwar merupakan pengkhianat yang sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa kerana Ketua Pembangkang itu sengaja menangguk di air keruh berhubung kehilangan pesawat MH370 - OKC #DoakanMH370

Monday, April 7, 2014

Demi Kedaulatan Islam Di Malaysia, Melayu Islam UMNO, PAS & PKR Wajib Bersatu


Sudah Terang Lagi Bersuluh. DAP Terang Menentang, MCA Terang Menentang,
Apa lagi ditunggu oleh Melayu dan Muslim UMNO, PKR dan PAS ? Apakah Masih Belum Mampu Melepasi Rintangan Nafsu Politik Demi Kemuliaan dan Kedaulatan Agama Islam ?


MCA mohon bantuan DAP halang hudud

Ketua Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen gusar anggota Parlimen BN dari Umno akan menyokong usul membenarkan pelaksanaan hudud di Kelantan yang mungkin diusulkan PAS.

"MCA sudah berulang kali memberi amaran sekiranya PAS membentangkan rang undang-undang untuk membenarkan hudud, MP Umno dikhuatiri tidak akan membangkangnya, ini kerana perbincangan tentang undang-undang hudud di Terengganu sewaktu ia diperintah PAS juga tidak pernah dibantah Umno.

Justeru, MCA memohon bantuan DAP untuk memastikan PAS tidak membentangkan usul itu di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan di Kelantan. Ini kerana DAP bertindak mempertahankan PAS sebagai sebuah parti yang kini lebih terbuka dalam kempen pilihan raya umum lalu.

Sekarang apabila PAS secara terbuka mengumumkan akan menggesa MP mereka untuk membentangkan usul bagi membenarkan negeri Kelantan melaksanakan hudud, MCA harap sangat semua 38 orang MP DAP perlu tegas dan bertanggungjawab terhadap perkara ini.

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"