Salam Pembaca OKC Blog...
Assalamualaikum Palestin! Assalamualaikum Gaza! Assalamualaikum para mujahid dan mujahidah! Assalamualaikum anak-anak kecil yang kehilangan ibu ayah! Assalamualaikum ibu ayah yang putera-puterinya syahid demi mempertahankan tanah air! Assalamualaikum buat penduduk yang dizalimi! Assalamualaikum buat bumi suci yang dicerobohi!
Seruan OKC buat semua...
1. Remaja Malaysia mesti “join” kempen boikot barangan Israel
Ini sangat penting sebab siapakah pengunjung teramai McDonald kalau bukan golongan remaja dan belia. Boleh dikatakan golongan muda merupakan antara pengguna utama produk-produk keluaran Israel. Kita boleh melakukannya (boikot) bukan kerana desakan ibu bapa semata-mata, namun atas kesedaran sendiri. Jom boikot barangan Israel!
2. Menabung untuk Palestin
Usah terpedaya dengan saiz dan usia kita. Sungguhpun remaja, kita boleh melakukan perubahan jika kita lakukan bersama-sama. Kenapa bazirkan duit untuk rokok, clubbing, gadget dan lain-lain? Apa kata simpan sedikit untuk Palestin. Salurkan sumbangan kalian kepada badan-badan NGO yang menjadi wakil Palestin di Malaysia. Antaranya Aqsa Sharif. Sedikit bagi kita di sini amat penting dan bernilai untuk rakyat Palestin yang terus menderita angkara kekejaman Israel.
3. Tak cool lah kalau tak alert tentang Palestin
Pastikan remaja Malaysia alert tentang isu Palestin. Anda tak cool langsung kalau tak alert tentang Palestin. Post banyak-banyak tentang Palestin dalam FB. Share dengan kawan, keluarga, jiran dan semua orang. Pastikan info yang dikongsi benar dan bukan rekaan semata-mata. Banyak sekali dalam lebuh raya multimedia. Boleh sahaja singgah ke http://www.aqsasyarif.org.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Palestin.
4. Contohilah remaja Palestin
Remaja Palestin amat istimewa. Mereka berjuang pada usia muda demi mempertahankan tanah air. Contohilah kehebatakan mereka dalam perjuangan. Sungguhpun negara kita bukandalam medan peperangan, namun peperangan paling hebat dalam kalangan remaja Malaysia ialah melawan hawa nafsu dan gegala sosial negatif yang semakin membarah. Berjuanglah mempertahankan jati diri demi agama dan bangsa!
5. Berdoalah untuk rakan-rakan kita di Palestin
Walaupun tangan kita tak terjangkau untuk turut berjuang di bumi Palestin, namun hulurkan doa buat saudara kita yang sedang menderita di sana. Usah lupakan Palestin! Berdoalah kesudahan yang baik buat rakan-rakan kita di Palestin.
Amin...amin..amin..Ya Rabbul a'laminn..
No comments:
Post a Comment