Jadi Geng OKC

Saturday, January 11, 2014

Isu Kalimah: Mana Perginya PAS Selangor?? Apa Respon Melayu PKR Selangor?

Kerajaan PKR Selangor terus dibidas kerana dua arahan yang dikeluarkannya berhubung tindakan JAIS menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya baru-baru ini.

Mufti Pahang telah mempertahankan tindakan JAIS. Beliau berkata tindakan JAIS adalah tepat kerana mereka bertindak atas kuasa yang telah diberikan berdasarkan peruntukan undang-undang dan tidak perlu dipertikaikan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pula mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertegas dan tidak sekali-kali memulangkan kesemua 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah seperti mana diarahkan.

Ini kerana tegas beliau, kesemua kitab penganut Kristian itu dirampas berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam sebarang penerbitan agama Kristian.
Menurut Harun, mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikan tindakan JAIS itu kerana mereka mempunyai alasan kukuh untuk merampas Bible tersebut yang secara terang-terangan menggunakan kalimah Allah tanpa menghiraukan keputusan mahkamah.

Persoalannya, sejauh manakah berkesannya kritikan-kritikan di atas dan yang lain sebelum ini?

Dan apakah benar kerajaan PKR Selangor ditekan oleh pemimpin-pemimpin DAP untuk mengeluarkan 2 arahan kontroversi tersebut?

Soalan ini timbul apabila rakyat mempertikaikan pemahaman MB Selangor yang sepatut tahu bahawa JAIS adalah di bawah bidang kuasa Sultan Selangor dan bukannya kerajaan negeri.

Seperti yang dilaporkan, JAIS adalah badan pelaksana MAIS (Majlis Agama Islam Selangor), satu institusi agama yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam negeri.

Isu DAP ini juga timbul kerana isu JAIS ini telah dikritik hebat oleh anak beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum ini. Malah, Lim Kit Siang telah menuduh berlakunya 'illegal raids' atau 'serbuan tak mengikut undang-undang'.




Padahal, satu Malaysia tahu JAIS bertindak mengikut enakmen yang sah.

Untuk rekod, arahan pertama Kerajaan PKR negeri ialah JAIS perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah sekiranya kitab penganut Kristian itu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Arahan kedua, Kerajaan PKR Selangor mengeluarkan SOP baharu yang mewajibkan JAIS mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan MAIS dan Exco-exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.

1 comment:

Anonymous said...

sebelum ko Tanya kemana perginya PAS Selangor...lebih baik ko cari aroon din dan gangs ulamak majlis syura....aroon din dan masuk muzium dah jadi artifak pameran atau dah jadi tukun untuk campak ke laut buat rumah ikan...Mujahit dah cakap di masjid tasek gelugor pulau pinang perbezaan syiah dan sunnah adalah sangat kecil...apakah mengkafir sahabat nabi, menghina isteri nabi dan nikah mutaah suatu oerbezaan yang kecil...??

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"