Jadi Geng OKC

Wednesday, November 6, 2013

PANAS!! Bekas Ketua Bahagian Angkut Lari Barang-Barang Ofis UMNO Bahagian

OKC betul-betul tak sangka begitu rendah mentaliti pemimpin UMNO yang kini menjadi mantan kepada Ketua Bahagian. Pemilihan UMNO yang lalu telah menyaksikan kekalahan menimpa diri beka Ketua Bahagian ni, namun kalau di ikutkan masih stabil lagi kedudukannya sebagai ADUN di kawasan yang di monopoli oleh orang-orang felda.

Terkejut jugak OKC bila sahabat OKC bercerita tentang keadaan pejabat UMNO Bahagian yang tunggang langgang akibat perbuatan macai-macai yang tunduk pada 'bos' mereka apabila habis berselerak pejabat tersebut.

Apa yang mencuit hati OKC bilamana sofa dan peralatan seperti komputer dan yang lain-lainnya turut di angkut lari. Tak taulah OKC samada barang-barang pejabat UMNO Bahagian tu keluar duit poket mantan Ketua Bahagian tu..

Moral yang ditunjukkan oleh mantan Ketua Bahagian tu amat menjengkelkan dan menyerlahkan lagi sikap busuk hati dan ego seorang pemimpin yang kurang ajar kepada rakyatnya. OKC harap pendedahan ni akan dibaca oleh pimpinan UMNO tertinggi untuk dijadikan sempadan dan ukuran.

OKC kesian jugak la dengan Ketua Bahagian yang baru ni, tak pasal-pasal kena modified dan renovate pejabat UMNO Bahagian tu hanya kerana hasad dengki mantan Ketua Bahagian yang di'reject' oleh ahli akar umbi kerana  sikap angkuh dan ego beliau selama menjadi Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen di kawasan tersebut.

OKC malas nak dedahkan kawasan dan nama tempat apatah lagi nama pemimpin yang kini hanya menjadi ADUN ditempat baru.

OKC juga dikhabarkan bahawa kawasan dimana dia menjadi ADUN ketika ini mempunyai ramai kroni-kroninya berkumpul untuk mengatur corak dalam tempoh lima tahun akan datang. Yang best, Menteri Besar pun dijadikan musuh hanya kerana bukan team MB tetapi team mantan MB.

Nasihat OKC agar YB berkenaan muhasabah diri dan terima kekalahan. Kembali kepada perjuangan parti. Lagipun yang mengganti tempatnya pun orang UMNO jugak.

Masih terngiang-ngiang ditelinga OKC apabila ada hamba Allah ni yang begitu kecewa dan makan hati dengan kata-kata YB ni..Ingat sikit YB oiii..''Duit yang ada bukan ''ayah kau'' yang punya!!''

OKC akan terus menulis lagi tentang keburukan sikap YB UMNO ni yang begitu hina dan kurang ajar kepada rakyat..Tunggu artikel selanjutnya.....Orang Kampung Cyber


No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"