Jadi Geng OKC

Saturday, November 30, 2013

Nik Aziz Tuduh Selama Jadi MB Takde Peluang Jumpa PM..

Kata Nik Aziz, pertemuan rasmi sebegitu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali kerana dakwanya sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi MB menerajui Kelantan tidak pernah ada perjumpaan sedemikian rupa diaturkan untuk membolehkannya menemui PM.

“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya Menteri Besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (Perdana Menteri) buka pintu,” itu keluhannya seolah-olah membayangkan inilah pertama kalinya PM meluangkan masa bertemu MB Kelantan.

Bagi penyokong PAS yang masih muda belia atau dari jenis totok hijau berkarat tentu sahaja merasakan betapa terpinggirnya Kelantan sewaktu Nik Aziz menjadi MB sehingga langsung tidak dipedulikan dan sengaja dipinggirkan oleh PM sejak dari zaman Tun Dr Mahathir, Pak Lah hinggalah ke zaman pemerintahan Datuk Seri Najib.
Berdasarkan beberapa imbasan di atas, tuduhan Nik Aziz kononnya hanya selepas 23 tahun barulah MB Kelantan dapat berjumpa PM jelas sekali adalah satu fitnah yang mungkin disnegajakan atau barangkali juga disebabkan masalah nyanyuk yang dialami Nik Aziz, itu pasal sakan meroyan tak ketahuan.

Kalau pun Nik Aziz cemburu melihat sambutan rasmi yang diterima Mat Yakob lebih mendapat publisiti meluas di media cetak dan elektronik, ia bukan alasan kukuh untuk menafikan hakikat bahawa sepanjang 23 tahun pemerintahan Nik Aziz sebagai MB Kelantan sudah acap kali berlaku pertemuan rasmi atau tidak diantaranya dengan PM.


Hakikatnya Nik Aziz dan Kelantan tidak pun terpinggir sebaliknya sering dibantu termasuklah ketika bekas MB Kelantan itu datang menemui meminta bantuan Tun Dr Mahathir sewaktu negeri itu dibebani isu air dengan syarikat Thames Water sekitar tahun 1990-an dulu.



Sunday, November 24, 2013

Hudud: Hatiku Kau Luka Lagi Hadi...


PAS kata mereka akan tetap laksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun pemimpin OKU DAP menghalang sedaya upaya perlaksanaannya. Presiden PAS bertegas akan buat jugak hudud di Kelantan meniru apa yang dilakukan Kerajaan Negara Brunei atas tiket sebuah parti Islam.

PAS nampaknya melepaskan tali selepas hampir 23 tahun main tarik tali dengan rakyat Kelantan sendiri. Nampaknya Karpal Singh mesti haru, confirm hangin satu badan..Silap hari bulan berdiri orang tua Karpal tu mengejar Haji Hadi dengan parang kontot..

Sebagai Islam, OKC alukan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan demi kebaikan Islam namun apakah serius PAS untuk melaksanakannya? Ingatlah, sesuatu yang dilakukan itu perlulah dengan ikhlas kerana Allah SWT demi menegakkan undang-undang Islam..bukan sebab terpaksa demi menutup malu sebagai sebuah parti Islam!!!

Hj. Hadi telah melukakan hati Karpal..maka kamu harus dihukum rejam oleh puak-puak kapir harbi DAP..rasakan!!!!

Saturday, November 23, 2013

Meluat Bila 'Mr. Arrogant' Bersepah Dalam PAS

paneh.blogspot.com
Muktamar PAS yang berlangsung menyaksikan luahan perwakilan dari Terengganu yang mempercayai terdapat ramai 'Mr. Arrogant' dalam parti itu. Mungkin luahan ahli membuktikan tahap bosan dan jelek ahli-ahli PAS akar umbi meluat sudah dengan kepimpinan PAS yang berlagak alim, berlagak pandai tapi tunduk pada orang luar yang di lihat menjadi kompas bagi PAS dalam menuju hala tuju parti itu.

OKC memang sudah tahu, memang berlambak orang-orang berlagak macam 'Mr. Arrogant' dalam PAS. Tak payah tengok jauh..kat kawasan OKC sendiri terserlah sombong bongkaknya pemimpin PAS..

Apapun, respeklah bila ahli PAS akar umbi terus terang dalam PAS terlalu ramai erdogan dan arrogant yang mempunyai cita-cita untuk menjahanamkan parti PAS demi sekutu yang dikasihi...hakkktuiiii

"Saya bimbang konflik dalaman bukan hasil pertembungan ulama dan 'Erdogan' atau 'Erdogan' dengan Ulama, tetapi ia lahir dari satu perkara baru yang suka saya sifatkan sebagai 'Mr Arrogant' yang muncul dalam PAS.

"Arrogant inilah yang telah mengusai diri dalam sebilangan pemimpin PAS, sehingga kita merasakan kitalah yang terbaik, pandangan kita yang paling hebat menyebabkan kita memandang sinis kepada sebilangan kepimpinan diberi kepercayaan oleh perwakilan," katanya. - Hishammuddin Karim

Thursday, November 21, 2013

PAS N.Sembilan Nak Buat Hukum Hudud???

Sana sini heboh bercerita tentang hukum hudud. Ada yang hairan kenapa Brunei yang takde parti Islam tu boleh steady jer jalankan akta hudud? Sedangkan Kelantan yang digelar 'serambi mekah' masih takut dan ragu-ragu nak jalankan hudud.

Tengah syok layan isu hudud ni tetiba ada pulak yang menyampuk  kononnya PAS di N.Sembilan akan tuntut laksanakan hukum hudud..

Wahhh..hebat tul orang PAS kat N.Sembilan ni...Betul ke?? Jangan-jangan korang nak ambik perhatian tok guru je kut.....Kalo beria nak laksana hudud korang buatlah hukum sesama sendiri..Orang PAS N9 kalo salah, orang PAS jugaklah yang bagi hukum..kitorang BN tak campur..Sorry la kalo nk hudud kat N9 ni...

N.Sembilan diperintah oleh kerajaan yang membela nasib rakyat..Undang-undang syariah sudah cukup untuk memartabatkan hukum-hukum Islam..so..jangan nak mengada-ngada hudud di bumi pepatih ni...Nak hudud?? Poei boghambuih duduk Kelantan!!

Friday, November 15, 2013

Alahai Tun, Standard Ler...'Wawasan 2020' Relevan Lagi...

Alamak Tun, standard ler setiap PM akan ada slogan dan visi masing-masing dalam membawa Malaysia maju dipersada dunia. Dan memang lazim la kalau satu-satu slogan dan ayat tu boleh dijadikan modal untuk terus dihati rakayt..Tun pun macam tu jugak dulu kan??

InsyaAllah Tun, rasanya anak-anak didik Tun dalam kabinet mahupan dalam parti masih utuh memegang prinsip dan janji utnuk menggerakkan negara tercinta ini kepada sebuah negara maju yang dikenali seluruh pelusk dunia..Insya Allah, Tun tak payahlah nak risau dengan matlamat peninggalan 'Wawasan 2020' Tun tu..Insya Allah Tun, tahu ler Tok Najib dengan tenteranya nak realisasikan matlamat Tun tu..jangan isau ek!!

Tak baik tau pandang sisih 'Islam Hadhari ke, NKRA ke, Transformasi ke..ala, Malaysia Muhibah Tun tu pun apa citer sekarang??? So, standard ler tu Tun, Insya Allah, pastinya orang-orang yang di amanahkan akan memacu negara dan memartabatkan agama Islam kita ni TUN..Insya Allah...

Nak cari yang buruk itu mudah. Kadang-kadang kita buat tidak kena, orang suruh kita berhenti. Pada OKC, penerusan itu perlu berlaku kerana ia ada kaitan. Perkara yang kita buat sebelum ini tidak boleh dilupakan.


“Saya tidak tahu apa dah jadi selepas zaman saya,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika program sepetang bersamanya di pekarangan Muzium Padi di sini, hari ini.

Ini kerana pada kebiasaannya seorang pemimpin akan buat sesuatu atau agenda yang baru supaya terus diingati rakyat.

Sebagai contoh, beliau menjadikan Wawasan 2020 sebagai matlamat tetapi sudah tidak digunakan lagi pemimpin baru dalam memajukan negara ini selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.

“Kita buat Wawasan 2020. Kalau dia buat juga Wawasan 2020 sudah pasti orang tidak akan mengingatinya. Sebab itu dia buat yang lain untuk rakyat mengingatinya.

“Kemudian muncul Islam Hadhari. Selepas pemimpin berkenaan tidak memegang jawatan lagi, muncul pula National Key Result Areas (NKRA), transformasi dan sebagainya. Siapa yang terlibat dalam perkara ini, sudah pasti si pulan dan si pulan,” katanya sambil senyum sinis, menurut sumber Sinar Harian.

Sunday, November 10, 2013

Indon Musibat Rompak Ambank Kena Cekup

Tahniah & Syabas OKC ucapkan pada PDRH yang berjaya memberkas penjenayah musibat yang menembak pegawai bank Ambank tempohari. Penjenayah tu ditangkap di Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.
Sampai lubang cacing kau diburu..padan muka kau lahanat!! Sekarang ni kita tunggu pula penangkapan indon sial lagi sekor yang rompak kedai emas tu..

Hari ni pulak Pegawai Tinggi Kerajaan mati ditembak dirumahnya, sekorlagi lahanat diburu.. Inilah perlunya ada Ordinan Darurat, Langkah-Langkah Pencegahan Khas, ISA dan PCO tu semua.. OKC harap Kerajaan menimbang balik desakan rakyat yang mahu akta-akta tersebut di kuat-kuasakan balik..KDN perlu lebih tegas dan jangan bagi muka kesian dengan makhluk-makhluk tak guna yang masih berleluasa disebalik nama, pangkat & jawatan...
SAMPAI LUBANG CACING AKAN DIBURU. AKHIRNYA KAU MERENGKOK JUGA. ABANG POLIS YOU KNOW WHAT TO DO LAH..........
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

"Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman... terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia," ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.

Sementara itu, menurut Facebook Polis diRaja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.



Thursday, November 7, 2013

Salah Langkah, ADUN BN a.k.a Bekas Ketua Bahagian Lepas Geram Pada Rakyat?

Salam to all,

Sebelum ni OKC dedahkan sikap ego dan mentaliti sorang ADUN BN yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian yang memunggah kesemua barang-barang di pejabat Ahli Parlimen. Sungguh biadap perlakuannya dan kesian pulak OKC pada Ketua UMNO Bahagian yang masih tidak dapat menjalankan khidmat kepada rakyat akibat terpaksa membaik pulih keadaan pejabat tersebut. OKC difahamkan Ketua UMNO Bahagian yang baru tu buat masa ni menjalankan tugas sebagai Ketua Umno hanya dirumah sementara kerja-kerja pembersihan siap.

Berbalik kepada ADUN yang biadap tersebut, sebenarnya apa yang berlaku  adalah disebabkkan rasa tidak puas hati kerana kalah daam pemilihan UMNO yang lalu dan rasa sebal akibat terlalu baik tunduk sangat dengan tawaran yang diterima agar melepaskan Parlimen untuk diberi laluan kepada orang lain yang kini menjadi orang kuat bagi masyarakat Felda.

OKC tak tau la berapa banyak yang dia dapat dari MP BN tu tapi yang OKC tahu ADUN tu nyesal tak sudah sebab kesanggupan beralih ke DUN merupakan satu bala apabila tewas dalam pemilihan parti. 

OKC respek orang-orang di Parlimen dan DUN-DUN sekitarnya kerana setia pada perjuangan dan bijak dalam memilih untuk pastikan Barisan Nasional terus memerintah di kawasan mereka..Memang orang-orang di situ menolak Pakatan Rakyat, meskipun ada satu DUN yang berpihak pada DAP sejak sekian lama..Tu OKC taknak komen la sebab dasar cinabeng balik bukit...tak sedar dek untung dengan apa yanbg kerajaan dah bagi.

YB UMNO tu sebenarnya tahu orang-orang di DUN dia tak berapa berkenan dengan dia, tapi macam OKC cakap tadi lah, undi kerana parti UMNO/BN..bukan sebab calon..Kalau ikutkan calon memang kalah teruk DUN tu..Inilah martabat tinggi orang-orang Parlimen dan DUN di sana.

Apa yang OKC nak bagitau dan seru pada YB Dato' tu..kalau komputer, sofa dan lain-lain peralatan pejabat UMNO Bahagian tu ekau yang punyo, takpo lah..ambiklah..tak hadap dek ahli-ahli UMNO yang setia ni der...Tapi kalau barang-barang tu Hak Kerajaan BN atau hak mutlak parti UMNO..pulangkan tempat asal dia, takkan lah kat pejabat DUN kamu takde komputer, takde sofa???

Ops!! YB, ingat lagi apa yang terkeluar dari mulut YB dulu?? "Lopeh ni, mintak tolong dongan dio, jangan jumpo sey laei...esey bukan Ketuo Bahagian dah..."
Ado  ko patut cakap macam tu?? Kalau bukan Ketua Bahagian lagi, awak tu tetap pemimpin lagi..still ADUN yang boleh membela dan membawa suara rakyat!!

Tunggu pendedahan selanjutnya...

Wednesday, November 6, 2013

PANAS!! Bekas Ketua Bahagian Angkut Lari Barang-Barang Ofis UMNO Bahagian

OKC betul-betul tak sangka begitu rendah mentaliti pemimpin UMNO yang kini menjadi mantan kepada Ketua Bahagian. Pemilihan UMNO yang lalu telah menyaksikan kekalahan menimpa diri beka Ketua Bahagian ni, namun kalau di ikutkan masih stabil lagi kedudukannya sebagai ADUN di kawasan yang di monopoli oleh orang-orang felda.

Terkejut jugak OKC bila sahabat OKC bercerita tentang keadaan pejabat UMNO Bahagian yang tunggang langgang akibat perbuatan macai-macai yang tunduk pada 'bos' mereka apabila habis berselerak pejabat tersebut.

Apa yang mencuit hati OKC bilamana sofa dan peralatan seperti komputer dan yang lain-lainnya turut di angkut lari. Tak taulah OKC samada barang-barang pejabat UMNO Bahagian tu keluar duit poket mantan Ketua Bahagian tu..

Moral yang ditunjukkan oleh mantan Ketua Bahagian tu amat menjengkelkan dan menyerlahkan lagi sikap busuk hati dan ego seorang pemimpin yang kurang ajar kepada rakyatnya. OKC harap pendedahan ni akan dibaca oleh pimpinan UMNO tertinggi untuk dijadikan sempadan dan ukuran.

OKC kesian jugak la dengan Ketua Bahagian yang baru ni, tak pasal-pasal kena modified dan renovate pejabat UMNO Bahagian tu hanya kerana hasad dengki mantan Ketua Bahagian yang di'reject' oleh ahli akar umbi kerana  sikap angkuh dan ego beliau selama menjadi Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen di kawasan tersebut.

OKC malas nak dedahkan kawasan dan nama tempat apatah lagi nama pemimpin yang kini hanya menjadi ADUN ditempat baru.

OKC juga dikhabarkan bahawa kawasan dimana dia menjadi ADUN ketika ini mempunyai ramai kroni-kroninya berkumpul untuk mengatur corak dalam tempoh lima tahun akan datang. Yang best, Menteri Besar pun dijadikan musuh hanya kerana bukan team MB tetapi team mantan MB.

Nasihat OKC agar YB berkenaan muhasabah diri dan terima kekalahan. Kembali kepada perjuangan parti. Lagipun yang mengganti tempatnya pun orang UMNO jugak.

Masih terngiang-ngiang ditelinga OKC apabila ada hamba Allah ni yang begitu kecewa dan makan hati dengan kata-kata YB ni..Ingat sikit YB oiii..''Duit yang ada bukan ''ayah kau'' yang punya!!''

OKC akan terus menulis lagi tentang keburukan sikap YB UMNO ni yang begitu hina dan kurang ajar kepada rakyat..Tunggu artikel selanjutnya.....Orang Kampung Cyber


Saturday, November 2, 2013

Lepas Abby Ababi, Aisyah Pula Menyalak di Sg. Limau


Ada 11 persoalan yang menjadi isu dari keberanian dan kelantangan penyanyi 90an Aishah bekas calon PAS tewas di kerusi Parlimen Jempol, mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak Islam dalam urusan pentadbiran negara patut ditelitikan semula oleh semua pihak.

1. Tanya Aisyah sama ada dia betul ditindas oleh kerajaan BN?
2. Ada ke kerajaan BN tak bagi dia sembahyang? 
3. Ada ke kerajaan BN tak bagi dia pergi sekolah agama? 
4. Ada ke kerajaan BN tak bagi dia berdakwah? 
   (Jika tidak ada. Bagaimana Aishah katakan BN tak menjalankan syariat Islam?)

5. Aishah mendakwa penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sedia ada membuktikan kepimpinan parti pemerintah mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Selama ini pun, tidak kiralah ahli-ahli politik baik UMNO BN atau sebaliknya, jika salah pun kena tangkap. Orang terlibat rasuah kena tangkap. Semalam orang imegresen kena tangkap pasal rasuah. Undang-undang tetap dijalankan. Yang tak tertangkap, mungkin belum tertangkap. Jangan puak sendiri ditangkap Aishah membela pulak?

6. Adakah dengan menyembunyikan gerakan NGO COMANGO yang disokong Pakatan Rakyat menuntut penghapusan status Negara Islam Malaysia dianggap cukup islam.

7. Adakah dengan menyokong Khalimah Allah menjadi hak tuntutan gereja dikatakan cukup Islam?

8. Adakah bersetongkol dengan perjuang hak LGBT dianggap cukup islam?

9. Adakah penyelewengan wang derma Tabung Memali juga dikatakan cukup islam hingga Aishah menghentam BN tidak islam.

10. Apakah tujuan Aishah bermain dipentas politik PAS?

Adakah kerana Aishah yang sebelum ini tengelam dan hidupnya sekarang dibiayai oleh PAS.
Bila Aishah melaung-laungkan perkataan zalim? Tidak pernah pula Aishah boleh buktikan dirinya benar-benar dizalimi?

Aishah ini boleh katakan paling cukup Islam di Malaysia hingga dia paling layak bercakap dan menuduh tanpa perlu membuktikan dengan bukti-bukti yang kukuh?

11. Adakah Aishah boleh diiktiraf dengan benar-benar menjalankan dakwah berdasarkan rukun Islam?

Inilah sendiwara Aishah demi sesuap nasi di PRK DUN SUNGAI LIMAU.

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"