Tanpa Kita Sedar, Masalah Pendidikan Anak Melayu Makin Ketara
Setiap kali kita mendabik dada dan berikrar "UNTUK BANGSA, AGAMA dan NEGARA"; apakah kita sedar atas intisari sebenar yang terkandung didalam kalimah mulia itu? Elok jika kita renung semula keadaan terkini supaya ikral kita tadi lebeh bermakna. Oleh demikian OKC huraikan fakta fakta berikut dengan secara ringkas.
- Perihal Bangsa. Sedarkah saudara bahawa masa depan anak anak kita terancam oleh kerana di sekat peluang mempelajari ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
- Pentingnya bahasa Inggeris dalam bidang ini ialah kerana hampir lebih 90% nota rujukan, teks penyelidikan dan lain-lain adalah dalam bahasa tersebut. Ini amat penting kerana penguasaan ilmu 'Science, Teknology, Engineering dan Mathematics (STEM)' merupakan asas kepada pembangunan dan akan melonjakkan tahap keupayaan anak bangsa untuk bersaing di zaman globalisasi ini.
- Justeru, alangkah cerah masa hadapan anak kita jika polisi Pembelajaran dan Pendidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dikembalikan semula?
- Tahukah saudara keadaan amat sedih yang menimpa anak bangsa kini? Tahukah saudara pada masa ini adanya lebih kurang 70,000 graduan yang masih menggangur, dan majoritinya terdiri daripada graduan bangsa Melayu?
- Semua ini ialah akibat kurang penguasaan bahasa 'penjajah' iaitu bahasa Inggeris. Syor anda yang masa diperuntukan untuk mempelajari bahasa Inggeris sekarang iaitu 300 ratus jam (20%) seminggu adalah mencukupi untuk menguasai bahasa tersebut, ialah seperti suatu khayalan sahaja.
- Perihal Agama. Sudah tentu saudara lebih ariff dalam hal ini. Tetapi ada hikmahnya jika kita menghayati semula bahawa ujudnya tamadun kegemilangan Islam dahulu, ialah susulan cendekiawan cendekiawan pada masa itu rela mempelajari dan menguasai bahasa Yunani, Latin (bahasa penjajah pada masa itu) dan lain-lain. Dengan sekali gus mereka dapat menimba ilmu ilmu yang ada, dan meningkatkan kecemerlangan ilmiah yang terkandung.
- Perihal Negara. Secara amnya, negara akan dapat maju kehadapan bukan hanya dengan menguasai ilmu ilmu tertentu, malah ia mesti dapat menghasilkan sumber manusia yang celik dan berpelajaran untuk melaksanakan kesemua inisiatif inisiatif yang dirumuskan sama ada dalam bidang ekonomi, perbankan, sains, pendidikan atau sebagainya.
- Tetapi tahukah saudara bahawa di dalam penilaian akademik antarabangsa TIMMS dan PISA, pencapaian negara kini jauh di bawah negara lain termasuk negara jiran. (Kami sedia menyediakan statistik dan data berkenaan jika saudara perlu). Oleh yang demikian, perlukah kita hanya berdiam sahaja?
PENGUMUMAN
Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"
No comments:
Post a Comment