Jadi Geng OKC

Tuesday, September 24, 2013

Rakus - 3H

Ramai yang menganggap perpecahan umat ini angkara UMNO. Berapa ramai yang sedar bermula dari 3H kita semua bertelingkah. Bermula dari 3H juga anak saman ibu-bapa malah cucu mencederakan datuk nenek. Bahkan ada yang sanggup berbunuhan. Walhalk ramai juga yang menyedari perpecahan umat bukan kerana UMNO tapi pimpinan parti yang lain.

3H itu adalah 1- Harta pangkat kemegahan dunia. 2- Hasad dengki. 3- Hasut menghasut. Kita sengaja diajar diajak oleh mereka yang berilmu dan berpengaruh mempergunakan kesucian islam bagi mempengaruhi kita dengan mengajak kita memburu kemegahan dunia lalu menghasut kita supaya membenci memusuhi yang lain kononnya mereka menzalimi kita. 

Setahu OKC, rakan-rakan yang kerja sebagai pencuci jamban pun tak pernah merasakan diri dizalimi, kerana rezeki yang Allah kurniakan adalah kurniaan dari-Nya dengan bahagian masing-masing. 

Malah segala apa kelebihan dan kekurangan setiap antara kita adalah ujian dari-Nya kepada masing-masing. Jadi, kenapa mereka perlu berusaha bersusah payah berceramah dimasjid dan surau dengan MENGHASUT jemaah agar memburu HARTA dan KEMEGAHAN KEDUDUKAN DUNIA lalu mengajak jemaah supaya mengamalkan HASAD DENGKI IRI-HATI!

Ramai yang berkata pemerintah ZALIM. Seolah-olah mereka dizalimi. Tetapi mereka ada rumah besar. Kereta berderetan depan rumah, semua peralatan dalam rumah serba mewah, makan gaji dengan pemerintah, kalau pencen goyang kaki dibayar sampai mati, perubatan semua free. 

Jelaslah, 3H ini menyerang dan menghantui pimpinan yang melawan arus..Sedarkah kita, perpecahan dalam masyarakat berpunca dari ikutan dan hasutan yang dibawa oleh puak yang gilakan kuasa dan pangkat.. 

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"