Jadi Geng OKC

Wednesday, September 11, 2013

Hilang Pulak Namo Den! Dah Macam DAP UMNO ni...


Hampir 100 ahli Umno Cawangan Kampung Gadong, Labu, di sini mengadakan demonstrasi aman di hadapan Bangunan Umno Bahagian Rasah, ahad lalu kerana tidak berpuas hati nama mereka digugurkan sebagai ahli tanpa sebarang sebab kukuh.

Demonstrasi berkenaan sebagai tanda protes terhadap pemimpin Umno cawangan berkenaan yang dipercayai bertindak menggugurkan nama yang merupakan penduduk tetap Kampung Gadong, sejak tahun lalu.

Bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Gadong, Baharudin Abu Bakar berkata, masalah nama ahli digugurkan dikesan sejak 2009.

“Pada 2009, ahli Umno Kampung Gadong seramai 258 orang. Kemudian, pada 2010, ahli Umno datang mesyuarat di balairaya mendapati ada 50 ahli baru terdiri daripada orang luar tidak dikenali.

“Pada tahun lepas pula, ahli Umno direkodkan seramai 268. Seramai lebih 100 ahli yang terdiri penduduk kampung telah digugurkan nama kemudian dimasukkan ahli baru yang terdiri daripada India Muslim,” katanya.

Menurutnya, masalah berlarutan apabila ahli Umno tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat cawangan pada 1 September lalu.

“Apabila orang kampung datang balai raya untuk bermesyuarat, mereka memberitahu nama tiada dalam senarai dan dihalau keluar. Ahli Umno yang lain bengang dan mesyuarat terpaksa ditangguh-kan ke hari ini (semalam) di Bangunan Umno Bahagian Rasah,” katanya.

Baharudin berkata, mesyuarat yang dihadiri kira-kira 150 ahli Umno itu terpaksa ditangguhkan apabila berlaku pergaduhan

“Kami semua amat tidak puas hati dengan pemimpin cawangan yang bertindak sesuka hati membuang ahli tanpa sebab dan memasukkan ahli baru yang tidak dikenali hanya kerana mahukan jawatan.

“Kami berdemonstrasi ini sebagai tanda tidak puas hati dan mahu Majlis Tertinggi Umno dan juga Presiden Umno campur tangan dalam masalah ini agar ada jalan penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli Umno cawangan berkenaan, Rohayati Ayub, 63, berkata, dia kecewa apabila dihalau daripada menghadiri mesyuarat Umno Cawangan Kampung Gadong pada 1 September lalu.

“Saya hadir bawa kad keahlian Umno dan apabila sampai balai raya mereka mengatakan nama saya tiada dalam senarai dan tidak dibenarkan masuk.

“Saya tanya atas sebab apa nama saya digugurkan, mereka kata kena tanya pemimpin cawangan. Saya penduduk asal kampung ini dan sejak zaman muda lagi saya dah menjadi ahli Umno," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Tetap Umno Cawangan Kampung Labu, Mokhtar Othman berkata, mesyuarat terpaksa ditangguhkan berikutan berlaku pertikaman lidah.

“Mengikut perlembagaan Umno, mesyuarat yang berjalan dalam keadaan huru-hara sehingga berlaku pergaduhan perlu dihentikan.

“Saya mengambil keputusan untuk menangguh mesyuarat ke tarikh yang lain. Setakat ini, sudah dua kali penangguhan mesyuarat terpaksa dibuat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Mokhtar bagaimanapun mengakui terdapat beberapa nama ahli digugurkan pemimpin cawangan, namun sebab digugurkan tidak diketahui sehingga kini.

"Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Umno Bahagian, namun masalah ini masih gagal diselesaikan,” katanya.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"