Jadi Geng OKC

Sunday, August 4, 2013

Pendedahan Bankleaks Anwar / Karpal Tarik Perhatian Penduduk Permatang Pauh

Pendedahan TV3 dalam isu Bamkleaks Anwar dan Karpal mengejutkan rakyat Malaysia khususnya penduduk Permatang Pauh yang mungkin terkesima dengan risalah yang membongkar sejumlah jutaan ringgit dalam akaun bank wakil rakyat mereka yang sememangnya menimbulkan keraguan dengan jumlah pemilikan akaun tersebut.

Apa yang lebih menarik bilamana risalah yang hampir 6000 naskah itu diterima oleh bekas calon BN di Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail dengan cara pos dan dimasukkan ke dalam peti surat rumahnya.

Perbuatan itu dikatakan merujuk kepada beliau sebagai bekas calon BN yang boleh bersuara dalam mendedahkan keperihalan Anwar dan Karpal berhubung akaun bank milik mereka berdua.
"Memandangkan saya tidak lagi menjadi calon BN, mungkin mereka beranggapan saya tiada komitmen lain dan merupakan orang paling sesuai untuk membantu mereka bagi mendapatkan penjelasan," katanya.
Mazlan yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri memberitahu, beliau tidak mahu mengulas tentang kandungan surat berkenaan kerana melibatkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
Setelah diselidiki laporan Bankleaks Anwar/Karpal yang diedarkan kepada penduduk di kawasan ini sejak beberapa hari lalu didakwa ditulis oleh bekas kakitangan pejabat guaman di Kuala Lumpur.
Menurut penulis laporan setebal lapan muka surat itu, dia terpaksa merahsiakan identitinya atas faktor keselamatan. Tujuannya ialah rasa tanggungjawab kerana maklumat yang disimpannya selama ini terlalu penting.
Menurut kandungan laporan itu, sejak 2008, dakwanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat beberapa pembayaran guaman berjumlah jutaan ringgit.
Bagi membuktikan perakuannya itu benar, dia menyenaraikan beberapa akaun bank yang dikatakan milik Anwar dan baki setakat 15 Februari lalu.
"Saya sangat berharap agar penduduk Permatang Pauh dapat berbuat sesuatu daripada pendedahan ini," katanya.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Karpal gagal kerana difahamkan beliau masih berada di hospital.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"