Jadi Geng OKC

Friday, August 2, 2013

Kaki Kipas Dalam Wanita UMNO Perlu Bersikap 'Open Minded'

Salam to all,

Pemilihan parti UMNO yang akan datang bagai dirasai kehangatannya. Apa yang OKC nak conteng kat sini betapa taksubnya dan takutnya para pengampu calon yang bakal bertanding kala ini. OKC nak ambik contoh tentang perebutan kerusi Ketua Wanita Umno Malaysia yang makin hari dirasakan bahangnya dengan pelbagai telahan yang dibuat.

Kemungkinan besar Sharizat bakal berembat dengan Azalina dan kemungkinan juga bakal berdepan dengan Halimah Sadique yang di ura-ura akan merebut jawatan tertinggi dalam pergerakkan wanita itu.

Apapun, buat pengampu dan penyokong janganlah terlalu obses hinggakan ada yang mengatakan bahawa akan berlaku perpecahan dalam wanita jika Sharizat diganggu-gugat dan dicabar pada pemilihan parti disember nanti.

Inilah publisiti murahan para exco dalam pergerakkan yang sengaja mencipta persepsi dimana hanya Syarizat sahaja yang layak memegang jawatan berkenaan. OKC faham, memanglah exco berhak mempertahankan Shahrizat tapi jangan membuat iklan berlebihan hingga dapat dilihat sebagai pengampu dan 'kaki kipas' kepada calon yang bertanding.

Sebenarnya, perlakuan sebegitu mencemarkan lagi reputasi Ketua Wanita itu yang dikait dengan isu NFC. Apapun, apa yang digembar-gemburkan oleh sesetengah exco wanita bahawa perpecahan akan berlaku sebenarnya tidak benar kerana janganlah disebabkan cabaran oleh bekas Ketua Puteri Umno itu, mereka sudah merasakan perpecahannya...

Jika ada yang mengatakan tiada kelayakan untuk menandingi Shahrizat, ternyata pergerakkan itu gagal untuk melahirkan pemimpin pelapis, gagal mengeluarkan produk terbaik untuk masa depan negara

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"