Jadi Geng OKC

Monday, July 29, 2013

Menteri Penyapu Kritik Ketua Pemuda Untuk Rampas Jawatan?

Dalam menanti hari pemilihan dan Perhimpunan Agung Umno 2013 pada 2 hingga 7 Disembar ini nanti, banyak pulak cakap-cakap yang kita dengar sekarang ini tentang perebutan jawatan dalam parti. Antaranya perebutan jawatan Ketua Wanita Umno, Ketua Puteri dan tidak ketinggalan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dalam cakap-cakap mengenai jawatan tiba-tiba muncul pula seorang bekas Menteri Penyapu yang bersuara mengkritik kepimpinan pemuda sedia ada dan seperti memberi signal untuk menawarkan diri turut sama bertanding bagi merebut jawatan tertinggi dalam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Dengan tetiba jugak, Bekas MB Selangor, Dr. Khir Toyo mengeluarkan kenyataan bahawa Pemuda kini memerlukan seorang pemimpn yang mempunyai idea baru dan mampu menarik sokongan pengundi Cina pada pilihanraya akan datang.

Apakah Khir Toyo yang mempunyai rekod rasuah dan pesalah jenayah ini mampu menarik sokongan cina kembali mengundi BN?

Khir Toyo berkata, "Khairy seorang yang popular tapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpan yang sebenar bukannya popular," katanya.

Persoalannya di sini, kepopulariti seseorang pemimpin itu bukankah turut memainkan peranan dalam menarik anak muda menyokong kerajaan? Apakah Khir Toyo yang berlagendakan politik wang dan bersejarahkan rasuah itu cukup popular?

Sebagai ahli dalam Pemuda Umno Malaysia, penulis juga berpendapat, pimpinan Pemuda ketika ini stabil dan pendekatan yang dibawa oleh KJ amat memberansangkan kami. Jadi, biarlah KJ popular dengan kepimpinannya bukan popular dengan kes-kes yang merosakkan imej pergerakkan itu sendiri.

Setidak-tidaknya, tiada langsung sumbangan Khir Toyo ni, Selangor tak jugak dapat dirampas kalau punya hati kohok (busuk) sesama parti...

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"