Mampuslah Nik Abduh dan Harun Taib Lepas ni...
Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Exco kerajaan negeri, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan Pakatan Rakyat malam tadi, dengan mendakwa pemimpin PAS yang tidak hadir pada himpunan itu sebagai pengkhianat parti.
"Kalau pemimpin kita tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin kita dahulu. Kalau kita berjaya menghimpun orang Cina sehingga berpuluh ribu tetapi pemimpin kita pula tidak ada, ini adalah satu pengkhianatan," katanya ketika berucap pada perhimpunan itu yang dipetik Utusan Malaysia.
Jejaka said: Apalah bangang sangat kita nak ikut telunjuk orang yang terang-terang mahu membangkitakan kekecohan dan huru-hara dalam tanahair yang tercinta ni?
Apakah kita mahu melibatkan diri dalam kategori bodoh alang atau dungu kerana mengikut kata si Husam yang belum tentu pun ambil tahu tentang susah payah dan ghairahnya kita dengan perhimpunan haram ni? Apatah lagi mengenali korang?
Tuhan anugerahkan kita otak dan akal untuk berfikir, apakah logiknya tak hadir 'join' perhimpunan Pakatan maka kita telah menjadi pengkhianat? Siapa yang pengkhianat sebenarnya?
Dimana Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-Undang yang para pemimpin macam Husam ini pegang dan ikrar dari kecik dulu?
Husam menzahirkan kebodohan dengan menghukum rakyat sebagai pengkhianat jika tidak sertai perhimpunan itu. Ini termasuklah rakyat yang memberi mandat padanya dalam memilih wakil rakyat tempohari. Kesian, bagi undi kat Husam dapat anugerah pengkhianat pula...
Seperkara lagi, Husam mengatakan kalau pemimpin PR dari PAS khususnya tidak turut serta pada protes 'blackout' 505 nanti, termasuklah juga dalam senarai pengkhianat Husam.
Ini kerana Husam mengatakan kebangkitan ini telah diasaskan oleh pimpinan PAS yang terdahulu. (iye ke?) Tak tau pulak jejaka Pok Nik pernah berarak di jalan..
Nampaknya Nik Abduh Nik Aziz dan Datuk Harun Taib kenalah punch card hadir perhimpunan haram itu nanti, kalau tak dapat gelaran pengkhianat Pakatan @ musuh dalaman PAS itu sendiri...Aduiiiiii....
No comments:
Post a Comment