Sunday, June 30, 2013
Orang Melayu Kalau Sayangkan UMNO, Baca Ni..
Berkongsi pendapat dan ulasan dari rakan blogger, eden setuju dengan pemikiran para blogger yang sedikit risau dengan perkembangan Pertubuhan Organisasi Melayu Bersatu (UMNO) yang kini makin lupa akan misi dan visi dalam memperkukuhkan kubu politik yang diwarisi semenjak merdeka.
Eden nak kupas sikit kebenaran analisis para blogger yang wajib diambil peduli akan relevan fakta ini.
Cuba bayangkan apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika diteliti aktiviti dan usaha pendaftaran pemilih baharu selepas 55 hari berlangsungnya PRU-13.
Dalam Perbincangan Meja Bulat, Cabaran Dalam Menghadapi PRU-14... Kelangsungan Politik Bangsa anjuran Mubarak Malaysia dengan kerjasama Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Mubarak, Bangunan UMNO Lama, Kuala Lumpur pada Rabu lalu, sesuatu perlu difikir dan disusuli tindakan perlu diambil segera oleh bangsa Melayu. Sila baca di sini.
Amati angka pendaftaran baharu yang dikumpul oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Mei 2013. Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO berjaya mendaftarkan 449 orang sebagai pemilih baharu; MCA (43) dan MIC (24). Tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas mampu mendapatkan 110 pendaftar baharu, PKR (65) dan DAP (524).
Jika digabungkan ketiga-tiga parti BN itu, jumlahnya 516 pemilih, angka itu belum mampu mengatasi jumlah pungutan DAP (524), dan jumlah yang dikumpul ketiga-tiga parti pembangkang pula ialah 699.
Dari segi pendaftaran pemilih baharu sahaja BN sudah tewas. Bagaimana jika keadaan ini berterusan sehingga menjelang PRU-14?
Justeru, pengdekatan apakah yang bakal diambil sewajarnya dalam memastikan kepopulariti UMNO masih dihati rakyat Melayu?
Kepada barisan kepimpinan janganlah terlalu mendabik dada dikala ini kerana akar umbi kebanyakkannya lalang yang mudah tumbang mengikut angin dan emosi yang tidak menentu dalam sessi politik masakini.
Buat Presiden, gerakkanlah tenteramu dalam usaha menarik kembali semangat juang anak muda generasi 2020 untuk turut serta memelihara perjuangan Melayu sejak dulu, kini dan selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGUMUMAN
Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"
No comments:
Post a Comment