Jadi Geng OKC

Thursday, May 2, 2013

Surat Buat Teo Kok Seong Dari Orang Bahau

Makcik Cili tertarik untuk menulis dan menjawab serta menyoal kembali kepada kenyataan bekas ADUN Bahau ni.


Roket Kini: Sebagai ADUN Bahau, bagaimana penerimaan pengundi, penduduk di sana?

Teo Kok Seong: Berbanding sebelum 2008 saya akui ada sedikit kesukaran. Tapi sekarang tak ada masalah. Kita boleh buat program ceramah di kampung-kampung melayu dan ramai ramai yang datang.

Makcik Cili: Bilo maso pulak ekau buek ceramah di kampung-kampung sedangkan orang-orang kampung yang keseluruhannya menolak kau sobab ekau cino DAP? Cuba ekau torangkan kek makcik, kampung mano yang kau buek coramah? Kampung Baru Cino? Itu kau cakap kampung?

Roket Kini: Apakah falsafah hidup yang membuatkan saudara boleh terus berjuang dan berkhidmat kepada rakyat?

Teo Kok Seong: Sebagai ADUN, saya terima banyak tekanan dan cabaran bukan sahaja dari parti dan orang awam, kita maklum bahawa kita berhadapan dengan tekanan pihak lawan, BN. Apapun, kita harus sentiasa tenang terutamanya dalam membuat keputusan.

Makcik Cili: Tekanan apo yang kau maksudkan? Selamo kini orang-orang kampung dibawah wakil rakyat DAP macam kau takdo tompek nak diadu mahupun dirujuk sebagai wakil kepado suaro rakyat sobab kau selalu hilang di Bahau. Mujur Ahli Parlimen BN, Datuk Lilah Yasin ado untuk mendengar keluh kesah nasib orang-orang Bahau khususnyo selamo 5 tahun ni. Mano wakil rakyat DUN Bahu kami???

Teo Kok Seong: Saya berpegang kepada “rakyat itu tuan”. Jika berlaku masalah atau tekanan, saya biasanya akan cool down, saya akan mengimbas balik janji saya kepada masyarakat kepada pengundi ketika kita jadi calon pilihanraya. Bila dikenangkan, segala masalah, kesusahan dan tekanan boleh dilupakan.

Makcik Cili: Kalau betul kato kau Teo bahawo rakyat itu Tuan kau, kenapo kau takdo ketiko tuan kau ini memerlukan pertolongan dan khidmat kau untuk mewakili suara rakyat? Kenapa segala tugas-tugas kau sebagai wakil yang dipilih masyarakat Bahau tidak kau jalankan sewajarnyo? Sebab tu kau banyak masalah di Bahau ni dan sebab tu kau tak terpilih lagi di Bahau ni.
Usah kau cakap lagi untuk mengimbas segala janji kau Teo Kok Seong, sobab janji-janji kau bagi rakyat Bahau dah lamo dikuburkan bersamo jasad DAP.

Teo Kok Seong: Kedua, apabila saya sertai parti, saya berharap dengan menjadi ahli saya boleh melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat. Saya juga teruja dengan semangat yang ditunjukkan pimpinan-pimpinan utama DAP, walaupun mereka sudah berusia mereka masih bersemangat berjuang, turun padang kesana sini memberi input kepada rakyat, mesej yang benar.

Makcik Cili: Sudahlah Kok Seong oiii...ghimeh den dongan auta kau ni! Kau menjadi ahli DAP bukan untuk memberi manfaat kepado rakyat tapi kau kecewokan rakyat. Sopanjang kau di Bahau, kau hanyo pandai main isu bukit gondol, kau tuduh Yayasan N.Sembilan rakus gadai hutan di Jempol. Tapi cakap kau, rakyat Bahau tak terimo pakai sobab rakyat Bahau lebih arif dan cerdik tentang kemajuan dan kedamaian. Sudahlah Teo Kok Seong, Lain Kali Lah....

Sumber temuramah: Roket Kini

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"