Jadi Geng OKC

Saturday, June 1, 2013

Bukti: PLKN Latih Tentera Gempur Anwar Ibrahim

Nama: Mohd Haizal Yatiran
Asal: Kg. Sg. Manila, Sabah
Status terkini : Bekas pelajar USM dari pusat pengajian seni, melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di UPM
Pernah terlibat dlm beberapa siri demonstrasi Pembangkang seperti Bersih 2.0, 3.0, Himpunan Hijau, Anti PTPTN.
Dipercayai terpengaruh dengan fahaman kiri (komunis)
Merupakan jurulatih di kem PLKN, Paya Indah
Taksub dengan agenda menukar kerajaan dan menjatuhkan institusi raja-raja Melayu.
Pernah dibelasah ketika menuntut di USM kerana sikap melampaunya.

Semasa Demo Bersih
Beliau dipercayai antara ribuan komrad Anwar dan PR yang dihantar masuk dalam agensi-agensi kerajaan untuk merosakkan imej kerajaan dari dalam. Ini terbukti apabila program-program yang dianjurkan oleh kerajaan boleh dikatakan GAGAL. Kebanyakkan program-program ini tidak mencapai objektif dan matlamat yang sepatutnya walaupun ia berjaya mengumpulkan ribuan peserta.



Tugas mamat ini di dalam PLKN adalah mempengaruhi para peserta supaya membenci pihak kerajaan. Mamat ini dipercayai menerima 'upah' khas sekiranya berjaya menarik sokongan golongan muda dalam dikalangan peserta PLKN kepada PR. Sumber dalaman MB mengatakan “upah” ini mencecah puluhan ribu ringgit. Hasil desakan untuk kemewahan berumah tangga, Mamat ini telah tekun melaksanakan tugas-tugas merekrut jentera-jentera untuk Bang Anwar Bin Ibrahim.



Persoalan MB disini, bagaimana pihak berkuasa memilih jurulatih-jurulatih ini? PLKN adalah tunjang harapan negara dalam mendidik anak bangsa generasi muda diperingkat remaja. Jika tunjang ini telah gagal, apakah nasib negara ini? Adakah Pengarah PLKN ini merupakan talibarut kepada Bang Anwar Bin Ibrahim? Atau penilai-penilai semasa ditemuduga yang menjadi talibarut?






Ini baru seorang? Bagaimana dengan komrad-komrad lain yang tidak didedahkan lagi? Apakah agenda mereka? Sejauh mana hasil yang telah dicapai oleh mereka? Bagaimana dgn agensi-agensi kerajaan lain seperti sekolah dan universiti serta kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan kepada anak bangsa dan kakitangan awam?





Malah terlalu banyak pendedahan yang dilakukan tentang talibarut-talibarut didalam kerajaan hinggakan orang kepercayaan kepada Perdana Menteri sendiri ada yang menjadi pengkhianat. Tetapi di mana tindakan yang diambil? MB mengharapkan kembali bersatu wahai pemimpin yang masih sayangkan negara ini. Bersatulah berjuang menghukum pengkhianat-pengkhianat yang ada.


Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.





Anda lihat dan nilai sendiri.




No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"