Jadi Geng OKC

Friday, September 3, 2010

PAS Buang Hudud Demi Cinta DAP



Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.

Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.

“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.

“Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya. klik di sini


Komen PB

Ternyata PAS pun sudah tutup buku nak laksana hukum Hudud. Dulu PAS setiap hari dok canang dalam ceramah2 mereka bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud apabila memerintah negara ini tetapi nampaknya kini telah menjadi seperti munafik dan fasik apabila telah berbohong kepada pengikutnya .

Jadi , lepas ini PAS jangan lagi dok salahkan UMNO jika mereka tak boleh laksanakan hukum hudud kerana terbukti perjanjian PAS dalam dasar Pakatan Rakyat tidak akan melaksankan hukum hudud sebaliknya meneruskan perlembagaan yang sedia ada .

Selain itu , PAS dulunya termasuk Nik Aziz selalu menuduh UMNO kafir kerana menolak hukum hudud tetapi hari ini PAS sendiri pun terpaksa menolak hukum Hudud kerana kena penangan gertakan DAP diketuai Karpal Singh dan juga Melayu liberal dalam PKR . Memang benar cakap blogger Pas sendiri , lebih baik PAS buang saja nama Islam itu dalam parti mereka kerana PAS kini sudah menggadai idealisme perjuangan sebenar mereka dek kerana gila kuasa bersama DAP dan PKR .

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"