Jadi Geng OKC

Thursday, June 24, 2010

Siapa Ibrahim Untuk Desak KJ dan Ka Siong Berhenti Jadi Ahli Parlimen??







Bermula dengan salah faham isu biasiswa JPA, Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) melenting tidak tentu pasal sehingga keluar kenyataan dari Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang mendesak Ketua Pemuda UMNO Malaysia agar meletak jawatan, dengan alasa
n kononnya menggadaikan bangsa melayu.

Ingin ditekankan disini, PERKASA merupakan sebuah NGO dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia. Hal ini jelas dan bukan menjadi hak Ibrahim Ali untuk mendesak Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan kerana PERKASA tiada kena-mengena dalam kerajaan dan PERKASA tiada hubung-kait dalam Parlimen.Siapa Ibrahim Ali untuk membuat keputusan sebegitu?

Semalam, Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong mempersoalkan tentang isu biasiswa dimana pihak kerajaan berhasrat untuk memansuhkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Justeru, Wee mengandaikan jika biasiswa JPA dimansuhkan sedangkan biasiswa MARA masih diberi, ini bermakna tidak selaras dengan konsep 1 Malaysia yang dipromosikan kerajaan.

Lantaran kenyataan Wee itu, bermulalah perdebatan hebat antara mereka tatkala Khairy Jamaluddin pertahankan kenyataan Ka Siong yang dilihat tidak berbaur perkauman dan penjelasan yang dibuat mengambil kira hak dan keutamaan bumiputera.


Dalam siding akhbar, Wee mengatakan bahawa beliau tidak menyentuh soal biasiswa MARA tetapi soal Biasiswa JPA, beliau juga mengakui hak-hak bumiputera dalam MARA. Hal inilah yang dipertahankan Khairy apabila Ibrahim mencelah dengan mengatakan Ka Siong biadap dan Khairy pula tidak faham maksud Ka Siong yang ‘cakap berlapik’.

Ibrahim ada menyebut, PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral. Makanya, melenting tak tentu pasal tanpa usul periksa sehingga mengeluarkan kenyataan agar kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan meletakkan jawatan dianggap pemimpin yang bermoral?

Kembali ke alam nyata..PERKASA adalah NGO, bukan sebuah parti politik..jangan campur-adukkan..


No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"