Mana-mana pemimpin MCA, GERAKAN, PPP atau MIC yang belum pernah membuat kenyataan mempertahankan mana-mana pemimpin UMNO apabila pemimpin UMNO tersebut disabitkan dengan isu perkauman silalah tampil demi memupuk semangat 1 Malaysia dalam parti barisan nasional.
Apa yang boleh dirumuskan pada sudut kebaikannya, kita bolehlah contohi cara yang dilakukan YB Khairy Jamaluddin dalam mempertahankan rakan sepasukan, biarpun pahit namun demi menjaga hubungan majmuk yang terpelihara berdekad yang lalu, pertahankan kenyataan rakan dalam parti adalah suatu pujian buat Khairy.
Belum ada lagi mana-mana pemimpin kaum MCA atau GERAKAN yang sanggup dan bersedia berdiri di sebelah mereka untuk menolong memperbetulkan apa yang sebenarnya telah diperkatakan. Bukan saja pemimpin MCA atau GERAKAN, malahan pemimpin UMNO juga takut untuk turut mempertahankan atau memperbetulkan kenyataan mereka.
Juga, tidak ada sesiapa yang mempersalahkan media kerana memutarbelitkan kenyataan.
Akhirnya mereka hilang jawatan tanpa ada sesiapa yang membela atau menyiasat kebenaran dari kenyataan mereka. Tapi berlainan sekali dengan nasib yang menyebelahi Dr. Wee Ka Siong. Kenyataan beliau telah dipertahankan, malah telah diperjelaskan lebih lanjut oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Inilah kelebihan yang ada kepada para pemimpin UMNO yang tidak ada pada pemimpin-pemimpin parti komponen yang lain. Keberanian dan kelantangan Khairy harus menjadi contoh kepada pemimpin muda yang lain dalam memastikan maruah parti tidak dipermainkan sewenang-wenangnya. Hanya mereka yang berfikiran kolot akan mengatakan tindakan KJ itu menggadaikan bangsa.
Namun, perlu di ingat, jika benar Dr Wee hanya memberi contoh bagaimana perasaan orang Melayu jika biasiswa MARA dihapuskan, itu memang menggambarkan bahawa beliau telah membuat kenyataan dari perspektif perkauman.
Sungguhpun kenyataan beliau dalam mempertahankan dasar pengeluaran biasiswa JPA dengan menjadikan MARA sebagai contoh, menggambarkan seolah-olah beliau memandang biasiswa JPA dari sudut perkauman, yang pasti kita kena sedar bahawa beliau juga turut runsingkan nasib pelajar cina jika Biasiswa JPA dihapuskan.
Tetapi selaku Timbalan Menteri Pelajaran adakah wajar beliau menentang secara terbuka sebarang cadangan dari kerajaan yang diwakilinya? Khairy bertindak mempertahankan Ka Siong mungkin kerana hendak menjaga kepentingan parti selain menegur kesilapan Ka Siong dalan hujahan beliau turut memainkan peranan sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional. Disini kita nampak kebijaksanaan Khairy.
Perlu juga diingat, Ka Siong mengakui secara terbuka menentang cadangan kerajaan untuk menghentikan secara berperingkat pengeluaran biasiswa JPA dengan mengatakan jika ianya berlaku maka ini tidaklah selaras dengan kosep 1 Malaysia yang dipromosikan oleh kerajaan.
Disebabkan kenyataan yang jujur itu, maka beliau dimarahi oleh Presiden Perkasa. Mungkin Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Ma situ melenting kerana menyangka Ka Siong cuba menyentuh isu perkauman, lalu ditafsirkan oleh Ibrahim kenyataan itu adalah ‘cakap berlapik’ yang ada maksud disebaliknya. Perlu di ingat, itu andaian Ibrahim sahaja. Kesimpulan pada isu ini, kalaulah ada mana-mana pemimpin MCA atau GERAKAN yang berbuat seperti mana Ketua Pemuda UMNO Malaysia lakukan, sudah pasti nasib mereka akan sama seperti yang dihadapi KJ. Sudah tentu akan ada yang menempelak bahkan meminta melepaskan jawatan.
Tidak tahulah siapa sebenarnya yang yang bijak dalam hal ini. Wee Ka Siongkah? atau Khairy Jamaludinkah? Apa yang pasti lawan kepada bijak adalah BODOH…