Jadi Geng OKC

Tuesday, August 25, 2009

Berita Dalam Akhbar Tak Sama Dengan Berita Dalam Tv?


Salam Ramadhan,

Dah lama Jejaka tak tekan huruf-huruf yang terdapat di papan keyboard pc Jejaka ni...bukannya apa, kadang-kadang kita ni tak sangka perjalanan hidup kita ni sesibuk mana.Apapun, bagi yang mengenali Jejaka, pasti tahu rutin Jejaka yang sibuk sana-sini mencari sesuap nasi.
Walaubagaimanapun,apa yang berlaku disekeliling kita ni, kadang-kadang tanpa disedari penuh dengan pelbagai ragam dan cerita yang hampir sama dengan apa yang kita saksikan di kaca televisyen.

Bukanlah Jejaka nak melalut apa kebenda bulan-bulan posa ni tapi Jejaka nak berkongsi cerita sikit dengan korang tentang citer orang-orang yang pro dengan politik ni.Kisahnya macam ni, baru-baru ni Jejaka pulang ke Kg. di daerah Jempol, N.Sembilan nun...nak dipendekkan cerita, Jejaka singgah di sebuah warung kopi dimana kebanyakan pelanggan yang berada di situ adalah terdiri daripada orang-orang muda pada tahap belia la katakan..

Sambil menunggu pesanan makanan yang diminta, Jejaka membeleklah sebuah akhbar tempatan yang memang menjadi bahan bacaan kesukaan rakyat Jempol. (kononnya).Tiba-tiba kedengaran satu suara yang menegur Jejaka, " tak payahlah baca suratkhabar tu dik..kalau nak baca gak, nah...ambil ni, baca yang ni..." kata si pekedai kepada saya.

Tentulah menjadi suatu yang pelik bagi Jejaka kerana kedua-dua akhbar tersebut adalah berbahasa melayu dan popular di kalangan rakyat tetapi.... " kenapa pulak pakcik? Apa bezanya akhbar yang ni dengan yang tu?, Jejaka cuba bertanya untuk mencari kepastian.
" Memang jauh bezanya, yang kau pegang tu suratkhabar 'pembongak', hah..! Kalau kamu nak baca dan mencari kebenaran, kamu baca hak yang ni.." balas si pekedai tadi sambil menghulurkan akhbar yang popular dengan motto suara cakna komuniti mereka itu.

Jejaka merasakan adalah lebih baik mengetahui perbezaan dua akhbar tersebut daripada terus membaca akhbar-akhbar tersebut.Sambil menghirup minuman yang terhidang, Jejaka mengambil kesempatan yang ada untuk bertanya.
" Kenapa Pakcik? Apa yang membuatkan dua akhbar ni berbeza?"
" Ha..kalau kamu nak tau, akhbar yang kecik ni banyak info yang betul-betul berlaku dalam daerah ni dan cerita-cerita di dalamnya tidak berat sebelah, tidak macam yang kamu pegang tu..penuh dengan pembohongan..kalau kamu nak tahu, orang-orang kampung kat sini dah lama pulaukan akhbar tu...merapu ntah apa-apa..." jelasnya panjang lebar.

Bagi memastikan kebenaran kata-kata pakcik tadi, Jejaka cuba memastikan dan membezakan kedua-dua akhbar tersebut dan mungkin ada kebenarannya dengan penjelasan si pekedai tadi kerana dari apa yang Jejaka baca dan bezakan, dapat Jejaka simpulkan dimana terdapat banyak tajuk dan berita yang sama tetapi lain pula bentuk jalan cerita yang disampaikan.

Apa yang membuat Jejaka teruja, semua berita yang mempunyai tajuk yang sama tetapi penyampaian yang berlainan adalah kisah-kisah yang berkaitan dengan politik...politik...politik...
Aduhai....Bahkan apabila Jejaka balik ke rumah, tajuk berita yang Jejaka baca semasa di warung siang tadi sama dengan apa yang Jejaka saksikan di kaca TV, cuma jalan cerita je lain-lain...

Mungkin benar ngomelan mereka-mereka di luar sana, mana satu lah cerita atau berita yang betul-betul sahih sebab dalam suratkhabar lain, dalam TV lain....dalam internet kut yang betul????



















No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"