Jadi Geng OKC

Monday, August 31, 2009

PETUA UNTUK BERTAHAN LEBIH LAMA...

PETUA UNTUK TAHAN LAMA.......
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2005. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2006. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan ?... Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...


NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!


PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...


KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...


UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...


TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.


HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.


KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

PAHAM TAK ORANG CAKAP NI......DAH GI WAT KEJE TU !

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Itulah laungan keramat yang terkeluar dari anak tekak bapak kemerdekaan kita 52 thaun yang lalu dimana ketika itu punyalah susah diorang ni dapatkan satu kehendak, mencapai satu matlamat iaitu menuntut kemerdekaan negara yang tercinta ini.Negara mana lagi dol...Malaysia lah...

Namun apa yang korang dah sedia maklum lamanya...laungan yang sepelaung boleh di dengar ketika ini (maksud aku ketika aku sedang tup tap tup tap kat depan pc ni...) waima kalau dulu memang susah nak dengar bunyi-bunyi yang membingitkan jika tidak hanya di bandar-bandar besar macam kolumpo nun...

cuba korang tengok dengan ikhlas hati korang dalam gambar di bawah ni..ada tak korang terfikir indahnya situasi dalam gambar ni dengan hakikat dan realitinya yang sebenar?

Kalau la korang hayati dalam-dalam gambar yang aku showoff kt korang ni,confirm korang akan dapat merasai betapa tak merdekanya waktu ni. Memang ler korang dapat lihat keindahan bunga api la..hiburan pentas yang kaw-kaw punya show korang dapat tengok tapi korang jangan tak tahu...pada saat inilah, betapa Maha panasnya muka bumi Malaysia ni (tambah-tambah kolumpo nun..) akibat sambutan Kemerdekaan yang sedang berlangsung ketika ini.

Argghhh...persetankan dengan prolog frame tu..kita pegi pada hari ni...ya Allah ya Tuhanku..
apa yang aku nak khabarkan, yelah, tahun ni bukankah hari kemerdekaaan negara kita yang ke-52 di sambut sederharna kerana menghormati bulan Ramadhan Al-Mubarak yang sedang berlangsung 'live' selama sebulan.tapi, tak sangka pulak hari merdeka tahun ni jatuh hari cuti.. jadi, apa lagilah kan, bukan aku je kot...ramai lagi umat manusia kat Malaysia ni turut join aku balik kampung....

nak di jadikan cerita, aku ingat balik kg ni dapat r rest skit kepala hotak yang dah hampir jem ni, tapi jangkaan gua meleset beb...kat kampung ni rupanya lagi meriah dari Kuala Lumpur tu.Apa tidaknya, kat kampung ni dah macam-macam ader...eh,eh..macam dalam Astro ler pulak..hu3.
Okey, back to the story...Tengah aku duk lepak2 depan halaman rumah, kawan aku yang tinggal tak berapa jauh dari rumah datang mengajak aku keluar ronda-ronda 360 kat sekitar kampung bagi meninjau sambutan ambang kemerdekaan.

Aku pada mulanya takde la ambil peduli sangat, sebab setahu aku meriah mana sangat ler function kat kampung ni jika nak dibandingkan dengan kolumpo tu...tapi jangkaan gua sekali lagi meleset beb...apabila tayar kereta jejak je di permukaan jalan besar, vrrrooooommmmm...premm..premmmm... bunyi motor. Dah macam kat Dataran pulak aku rasa kat kampung ni.

Ha..ni r contoh babak yang sempat aku ambil baru je jap tadi...
Tak tahu lah aku apa nak jadi dengan melayu Malaysia hari ni..korang tengok je dah excited kan? Belum buat lagi tu...

Dan..untuk makluman korang suma..time aku tengah taip story ni pun masih kedengaran lagi bunyi motor honda cup milik atuk-atuk diorang berkumandang di tengah-tengah jalan mengalahkan bunyi bacaan orang di masjid yang sedang bertarawih..

Huraian aku...memang benda-benda sebegini akan berlaku sepanjang masa, sepanjang era milenium ni sehinggalah wujud satu kenderaan baru yang tak membingitkan dan membahayakan. Sebab memang dah lumrah jiwa anak-anak melayu khususnya untuk mencuba sesuatu yang lain dari yang lain.kalau korang kurang setuju dengan pandangan aku korang boleh bagi respone kat aku balik then kita akan bincangkannya okey..mata aku dah makin kuyu..jiwa dah makin syahdu dengan bunyi enjin nath apa-apa ntah.

Tuesday, August 25, 2009

Berita Dalam Akhbar Tak Sama Dengan Berita Dalam Tv?


Salam Ramadhan,

Dah lama Jejaka tak tekan huruf-huruf yang terdapat di papan keyboard pc Jejaka ni...bukannya apa, kadang-kadang kita ni tak sangka perjalanan hidup kita ni sesibuk mana.Apapun, bagi yang mengenali Jejaka, pasti tahu rutin Jejaka yang sibuk sana-sini mencari sesuap nasi.
Walaubagaimanapun,apa yang berlaku disekeliling kita ni, kadang-kadang tanpa disedari penuh dengan pelbagai ragam dan cerita yang hampir sama dengan apa yang kita saksikan di kaca televisyen.

Bukanlah Jejaka nak melalut apa kebenda bulan-bulan posa ni tapi Jejaka nak berkongsi cerita sikit dengan korang tentang citer orang-orang yang pro dengan politik ni.Kisahnya macam ni, baru-baru ni Jejaka pulang ke Kg. di daerah Jempol, N.Sembilan nun...nak dipendekkan cerita, Jejaka singgah di sebuah warung kopi dimana kebanyakan pelanggan yang berada di situ adalah terdiri daripada orang-orang muda pada tahap belia la katakan..

Sambil menunggu pesanan makanan yang diminta, Jejaka membeleklah sebuah akhbar tempatan yang memang menjadi bahan bacaan kesukaan rakyat Jempol. (kononnya).Tiba-tiba kedengaran satu suara yang menegur Jejaka, " tak payahlah baca suratkhabar tu dik..kalau nak baca gak, nah...ambil ni, baca yang ni..." kata si pekedai kepada saya.

Tentulah menjadi suatu yang pelik bagi Jejaka kerana kedua-dua akhbar tersebut adalah berbahasa melayu dan popular di kalangan rakyat tetapi.... " kenapa pulak pakcik? Apa bezanya akhbar yang ni dengan yang tu?, Jejaka cuba bertanya untuk mencari kepastian.
" Memang jauh bezanya, yang kau pegang tu suratkhabar 'pembongak', hah..! Kalau kamu nak baca dan mencari kebenaran, kamu baca hak yang ni.." balas si pekedai tadi sambil menghulurkan akhbar yang popular dengan motto suara cakna komuniti mereka itu.

Jejaka merasakan adalah lebih baik mengetahui perbezaan dua akhbar tersebut daripada terus membaca akhbar-akhbar tersebut.Sambil menghirup minuman yang terhidang, Jejaka mengambil kesempatan yang ada untuk bertanya.
" Kenapa Pakcik? Apa yang membuatkan dua akhbar ni berbeza?"
" Ha..kalau kamu nak tau, akhbar yang kecik ni banyak info yang betul-betul berlaku dalam daerah ni dan cerita-cerita di dalamnya tidak berat sebelah, tidak macam yang kamu pegang tu..penuh dengan pembohongan..kalau kamu nak tahu, orang-orang kampung kat sini dah lama pulaukan akhbar tu...merapu ntah apa-apa..." jelasnya panjang lebar.

Bagi memastikan kebenaran kata-kata pakcik tadi, Jejaka cuba memastikan dan membezakan kedua-dua akhbar tersebut dan mungkin ada kebenarannya dengan penjelasan si pekedai tadi kerana dari apa yang Jejaka baca dan bezakan, dapat Jejaka simpulkan dimana terdapat banyak tajuk dan berita yang sama tetapi lain pula bentuk jalan cerita yang disampaikan.

Apa yang membuat Jejaka teruja, semua berita yang mempunyai tajuk yang sama tetapi penyampaian yang berlainan adalah kisah-kisah yang berkaitan dengan politik...politik...politik...
Aduhai....Bahkan apabila Jejaka balik ke rumah, tajuk berita yang Jejaka baca semasa di warung siang tadi sama dengan apa yang Jejaka saksikan di kaca TV, cuma jalan cerita je lain-lain...

Mungkin benar ngomelan mereka-mereka di luar sana, mana satu lah cerita atau berita yang betul-betul sahih sebab dalam suratkhabar lain, dalam TV lain....dalam internet kut yang betul????



















PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"