Jadi Geng OKC

Monday, July 29, 2013

Geng Baring Depan Parlimen Di Dakwa Hari Ini

Nasib 33 aktivis yang didakwa menimbulkan kekecohan dengan berbaring di hadapan Parlimen akan diketahui apabila pendakwaan di mahkamah Jalan Duta hari ini.

SAMM sebelum ini dengan kenyataan tegas mengambil tanggungjawab penuh terhadap peristiwa yang berlaku di depan Parlimen pada tanggal 24 Jun 2013, di mana sekumpulan anak muda menyatakan protes terhadap penipuan pilihanraya di hari pertama Parlimen bersidang untuk penggal ke-13 ini. SAMM akan memastikan kesemua aktivis yang didakwa mendapat pembelaan dan dibebaskan.

Selain 33 aktivis yang akan ditentukan nasibnya di Mahkamah Jalan Duta, seorang lagi aktivis iaitu Azhar Achil selaku Penyelaras SAMM Selangor turut menghadapi pertuduhan di Mahkamah Klang di ketika yang sama. Pendakwaan beliau adalah kerana menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat di Sabak Bernam dalam salah satu aksi Jelajah SAMM #Blackout #SuaraRakyat505.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"