Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Wednesday, June 12, 2013

Kain Anwar Makin Terlondeh..



Satu demi satu kegagalan rancangan jahat Anwar Ibrahim di dedahkan di media massa mahupun saluran sosial yang lain.

Kempen boikot Parlimen ternyata menjadi haru-biru bilamana sekarang ini ramai Ahli Parlimen Pakatan mula menyuarakan hasrat untuk hadir pada 24 Jun ini dengan alasan masing-masing.

Provokasi Anwar dalam demo ‘blackout’ 505 turut melondehkan kain Anwar sendiri bilamana ramai NGO Pakatan menyatakan akan memboikot demo protes ‘blackout’ 505 itu kerana alasan masing-masing.

Kini, barisan kepimpinan PAS di Kelantan pula menyatakan hasrat untuk tidak melibatkan diri dalam demo yang bakal diadakan dengan alasan terikat dengan pelbagai komitmen yang lebih berfaedah daripada berdemo yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Al-kisah ini jugalah yang akan menjadi titik kesudahan rancangan Anwar setelah menyedari tentera peliharaannya sudah liar dan tidak jinak lagi seperti tahun 1998 dahulu.


Mungkinkah ini petanda berakhirnya karier politik Anwar Ibrahim apabila orang-orang yang disangkakan setia mula menyelar segala rancangan dan sikapnya? Berundurlah...

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"